Thursday, February 17, 2011

AL-QURAN SBG PBELA D ARY AHIRAT....>

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, ...di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."...~
 
 

PAHLAWAN NERAKA>>>>>>>>>>>>>>>>

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak ...pulang ke markas masing-masing.
Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.
Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."
Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.
Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."
Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."...~~\


<LILLAH HI TAALA.~~>>

Tuesday, February 8, 2011

bebankan rakyat..umno be end perlu minta maaf..

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Buat masa sekarang, Umno BN perlu memohon maaf kepada rakyat dan menjelaskan kenapa ia membebankan rakyat sedemikian rupa selama ini.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali (gambar) berkata, ini termasuk hutang isi rumah, harga rumah dan kereta yang mahal kepada rakyat.
Justeru, pihaknya telah mengkaji gejala kenaikan hutang isi rumah yang ditanggung oleh rakyat sejak kebelakangan ini.
Keadaan ini, katanya merunsingkan kerana punca keberhutangan rakyat adalah pinjaman perumahan dan kenderaan keluarga yang menjadi sebahagian besar dari bayaran pinjaman setiap bulan oleh setiap keluarga di Malaysia.
“Secara langsung, ini mengurangkan pendapatan boleh belanja rakyat yang sepatutnya digunakan untuk menaikkan taraf hidup keluarga,” ujarnya.
Beliau merujuk kepada kenyataan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan statistik bulan Bank Negara Malaysia, pada akhir November 2010 hutang isi rumah telah mencecah RM577 bilion iaitu bersamaan dengan 74% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Daripada jumlah itu, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion adalah pinjaman peribadi dan RM225 bilion adalah pinjaman perumahan.
Ini menimbulkan dua persoalan besar:
Pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan yang menjadi sebahagian besar hutang rakyat adalah hutang yang tidak dapat dielakkan, kerana rakyat sekurang-kurangnya memerlukan rumah dan kenderaan.
Jumlah hutang kredit kad yang ditanggung rakyat adalah terlalu tinggi, dianggarkan berjumlah RM200 bilion yang mungkin menunjukkan rakyat menggunakan kredit kad untuk menanggung perbelanjaan harian.
“Angka-angka ini menunjukkan prospek yang malap bagi ekonomi negara dan keupayaan rakyat menikmati taraf hidup yang lebih baik, terutamanya apabila kadar gaji tidak meningkat sekian lama,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Nisbah 74% “hutang isi rumah kepada KDNK” adalah merunsingkan apabila kerajaan juga terus mengumpulkan hutang negara yang telah melebihi kadar 50% kepada KDNK buat pertama kali dalam sejarah.
Katanya, kadar keberhutangan sebegini bermakna pendapatan boleh belanja rakyat adalah semakin rendah setiap tahun.
Tambahnya, sikap Umno BN dalam menangani masalah harga kereta dan perumahan yang mahal yang dihadapi rakyat adalah bukti ia tidak mempedulikan kesengsaraan rakyat.
Menurutnya, rintihan rakyat selama ini yang terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan ini langsung tidak diendahkan.
Malah, katanya harga kereta yang mahal adalah disebabkan dasar Umno BN sendiri yang melindungi kepentingan kroni dengan menindas rakyat.
Beliau berkata, walaupun secara rasmi hanya 2 juta rakyat Malaysia yang berpendapatan melebihi kadar minima untuk dicukai, sebenarnya setiap keluarga di Malaysia dikenakan cukai yang lebih tinggi melalui pelbagai cukai yang dikenakan terhadap pembelian kereta.
Menruutnya lagi, harga kereta di Malaysia menjadi mahal berlipat kali ganda disebabkan oleh 3 jenis cukai yang dikenakan iaitu cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.
Ini, katanya satu penghinaan kepada rakyat yang terpaksa mengambil pinjaman untuk membayar cukai, sedangkan kerajaan mengecualikan kenderaan perdagangan dari cukai eksais, bukti bahawa Umno BN selama-lamanya meletakkan kepentingan perniagaan sebagai asas dasarnya.
Tambahnya, harga rumah yang semakin meningkat juga menjadi bebanan kewangan yang tinggi kepada rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan keluarga muda.
Untuk memiliki rumah, ujarnya mereka terpaksa memanjangkan tempoh pembayaran pinjaman dan menanggung bayaran bulan yang terlalu tinggi berbanding gaji yang diperolehi.
Bagi setiap keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan, dianggarkan dua pertiga dari gaji mereka digunakan untuk membayar pinjaman rumah dan kereta; menyebabkan baki untuk perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan menjadi terlalu kecil.
“Reaksi Umno BN sudah tentu mengecewakan. Mereka lari dari berbicara soal sebenar kenapa rakyat berhutang sebegitu tinggi, sebaliknya Umno BN menggalakkan rakyat memanjang tempoh hutang dan menambah hutang.
“Ini memudahkan rakyat berhutang, tetapi akibat jangka panjang adalah rakyat yang bergelumang dengan bebanan hutang sepanjang masa,” katanya.
Oleh itu, kata beliau masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah.
PKR, katanya akan mengadakan beberapa siri rundingan dengan kumpulan pengguna dan pakar untuk mencari dasar yang radikal ini dan menghapuskan dasar Umno BN yang memangsakan rakyat selama ini.
Menurutnya, maklum balas dan kehendak rakyat akan digarapkan di dalam dasar-dasar ekonomi kami yang akan diumumkan secara bersama di Konvensyen Ekonomi Pakatan dalam bulan Mac ini.~


Monday, February 7, 2011

PAS tanding PKR ke MERLIMAU~

KUALA LUMPUR, 7 Feb: PKR dan DAP hari ini bersetuju untuk PAS meletakkan calon bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau pada 6 Mac nanti.

Persetujuan itu dicapai kesemua komponen parti dalam Pakatan Rakyat itu selepas mesyuarat Majlis Pimpinan mereka di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP di ibu negara petang tadi.

Keputusan itu diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media mereka sekaligus menafikan desas-desus beberapa pihak bahawa PAS berkemungkinan tidak bertanding di PRK Dun itu.

“(Pilihan raya kecil) Merlimau, kita sudah bincang dan bersetuju sebulat suara supaya menyokong PAS sebagai wakil Pakatan Rakyat.

“Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang meminta supaya seluruh jentera Pakatan Rakyat dikerahkan dan kita bersetuju,” kata Anwar.

Turut serta pada sidang media tersebut, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa kepimpinan ketiga-tiga parti yang lain.

Mengenai calonnya, Tuan Guru Abdul Hadi berkata keputusan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat kepimpinan parti itu 13 Februari ini.

“Kami akan menyenarai pendek nama kemudian.

“Kita baru buat keputusan di peringkat Pakatan Rakyat. Calon itu nanti kita dapat maklumat daripada negeri,” kata Hadi.

Katanya, berdasarkan amalan biasa calonnya adalah warga tempatan dan kepimpinan pusat akan berbincang dengan pemimpin-pemimpin PAS Melaka sebelum menamakan calon mereka.

Mengulas lanjut, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata mesyuarat memilih calon akan diadakan pada 13 Februari nanti.

“Senarai pendek calon mungkin 13 Februari. Insya Allah kita akan mesyuarat 13 Februari, tapi calon perlu disahkan Pakatan Rakyat dahulu” kata Mustafa.

Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

siapa tanggung pelajar pergi semula ke mesir??~

IPOH, 7 Feb: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta jaminan kerajaan negeri berhubung kos tambang pemergian kembali pelajar-pelajar negeri ini yang kini dalam proses pulang ke tanah air akibat pergolakan di Mesir.
Ketuanya, Zawawi Hassan berkata dalam masa yang sama tidak menafikan usaha membawa semua pelajar tersebut kembali ke tanah air sebagai usaha yang terbaik.
Katanya, perkara tersebut seperti terlepas pandang kerajaan negeri walaupun Kerajaan Pusat kini sedang berusaha membawa pulang semua rakyat Malaysia.
“Tetapi selepas ini akan timbul pula persoalan tentang kos tambang pelajar yang ingin kembali semula ke Mesir di atas tanggungan siapa?
“Apakah pendirian Kerajaan Negeri Perak bagi menjaga kebajikan pelajar Perak yang masih belum menamatkan pengajian mereka di sana?” soalnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Katanya, DPPN Pk inginkan jaminan, bahawa Kerajaan Negeri Perak akan membayai kos tambang pergi semula mereka ke sana setelah kemelut Mesir berakhir.
DPPN Pk, ujarnya amat bimbang dengan ketidak prihatinan kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan semua pelajar Perak yang masih tertangguh pengajian mereka akan terabai akibat menanggung kos tambang di luar jangkaan mereka.
“DPPN Pk berharap Kerajaan Negeri Perak dapat menjelaskan kedudukan sebenar, agar semua ibu bapa lega dengan jaminan bahawa kerajaan negeri akan menanggung kos perbelanjaan kecemasan ini untuk semua pelajar Perak pulang semula menyambung pengajian mereka selepas berakhirnya kemelut di Mesir jika Kerajaan Pusat tidak menguruskan pemergian kembali mereka ke sana,” katanya.~~
 
Bookmark and Share
No Iframes

cinta...ada apa dengan cinta..he..he..~

~~::Kadang-kadang kita kecewa, kita sedih kerana mencintai orang yang salah, namun anda tidak perlu risau, kesalahan dan kesilapan kita itu menjadi pengalaman berguna yang membantu kita untuk mencari orang yang benar dan tepat~~

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

::cinta…

bisa merubah hal yang tak mungkin menjadi mungkin..

bisa membuat seseorang berubah secara drastis..
...
bisa membuat seseorang menjadi lebih dewasa dari umurnya dan terkadang sebaliknya..

bisa membuat kita mengerti hal yang tak diungkapkan..

bisa meredam amarah dengan cepat..

bisa membuat perselisihan menjadi persatuan..

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

:: CINTA itu harus ditujukan kepada yg paling layak menerimanya..
Diberikan kepada yg pandai membalas CINTA..
CINTA itu harus menyeluruh, ikhlas & jujur..
Dan sebaik baik sasaran CINTA hanyalah Allah swt..

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rasa cinta

Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya

Dan kerananya manusia sanggup apa saja

Asalkan dia memiliki apa yang dicita

Kerna cinta

Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa

Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta

Ingin bersama sepanjang masa

Tetapi pastikah cintamu dihargai

Mungkinkah si dia ?kan tetap setia

Setelah kau serah jiwa dan ragamu

Mungkinkah kau pastikan tidak ?kan dihancurkan

Jika kau mencintai bunga

Sedarlah engkau bunga itu ?kan layu

Jika kau cintakan manusia

Sedarlah suatu hari dia ?kan pergi

Jika kau mencintai harta

Harta itu nanti kau akan tinggalkan

Jika kau mencintai Ilahi

Hanya Dia yang akan kekal abadi

Cintailah Ilahi ....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                                          JADI...
CINTA YANG PERTAMA ..MESTILAH CINTA KEPADA "SANG PENCINTA".....
KEDUA,,,RASULALLAH...JUNJUNGAN KITA
KETIGA,,IBUBAPA...VS ADIK BERADIK..
SO..YANG LAST SEKALI..BAGILAH "CINTA"KEPADA SI DIA YANG MEMERLUKAN CINTA ALLAH DISAMPING MENCINTAI KITA SETULUS HATI...:)))))....wallahualam~





















Sunday, February 6, 2011

topik ari ni...sejarah ibadah haji ..dan semua tentang haji dan umrah~~

kaa'bah / dkenali baitullllah telah didirikan oleh nabi irahim dan anaknya nabi ismail aliahsalam..Sejarah pembinaan kaa'bah oleh nabi ibrahim dan anaknya ismail telah diterangkan didalam kalam allah/alquran..sila check sendiri SURAH AL'IMRAN 96:3..maksudnya ;sesungguhnya rumah yang mula-mula didirikan untuk menjadi tempat manusia beribadat ialah baitullah di kaa'bah yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia~semasa mendirikan kaa'bah nabi allah ibrahim dan anaknya ismail ailaih salam telah berdoa kepada allah SILA RUJUK SURAH AL-BAQARAH<129-127;2>...

~PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH~
haji.....<<<<..haji dari segi bahasa ialah mengunjungi tempat mulia..dari segi SYARAK pula ialah mengunjungi baitulallah al haram di mekah untuk melakukan ibadah tertentu ,pada waktu tertentu ,berdasarkan syarat tertentu..

umrah..<<<<umrah dari segi bahasa ialah ziarah..dari segi SYARAK ialah mengunjungi baitulah alharam di mekah untuk melakukan ibadah tertentu ,pada bila-bila masa.


~HUKUM IBADAT HAJI DAN UMRAH~
,,tunaikan haji dan umrah adalah "fardu ain"{wajib}.kewajipan umrah dan haji hanya sekali seumur hidup..


~PERBEZAAN HAJI DAN UMRAH~

HAJI<ditunaikan dalam bulan HAJI sahaja...manakala umrah dilakukan BILA2 MASA...
        <dalam rukun haji ada "wuquf di arafah"manakala umrah tidak ada wuquf..