Thursday, April 7, 2011

komplikasi lagu2 nasyid..n__n..

SAUJANA  alam maya..seindah persahabatan ini..
seUNIC  pertemuan kita.. SEINTEAM ikatan abadi..
walaupown sejauh bumi    HIJJAZ     ...mestikah ia pudar?
semoga kekal selamanya D'HEARTY ...
dilimpahi cahaya RABBANI ..
moga ditemukan di taman FIRDAUSI..AMIN..AMIN..AMIN..

Saturday, April 2, 2011

Pelik tapi benar, seorang OKU di Kg Kerinchi ditahan ISA

Kongsi49
Pelik tapi benar, Berita yang diterima dari twitter kartunis Zunar melaporkan bahawa, seorang Orang Kelainan Upaya, OKU di kampung Kerinchi di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA sebentar tadi. Sebab-sebab penahanannya masih tidak dapat dipastikan. [TwitterZunar].



Kadir Hashim, seorang peniaga yang cacat anggota juga merupakan seorang ahli KEADILAN Kampung Kerinchi. OKU pun boleh ancam keselamatan negara ka? Aiyoo...

Berita lanjut menyusul (kalau ada).


ReJaM© "Kalau di Palestine, Sheikh Ahmad Yassin seorang pejuang dan pemimpin OKU yang diburu oleh Yahudi Zionis"


Note: Di bawah ini orang OKU juga (Orang Kuat UMNO), merangkap OKM - Orang Kuat Mabuk. Tiada kena mengena dengan berita di atas.


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/04/pelik-tapi-benar-seorang-oku-di-kg.html#ixzz1IMqJ6Row

Friday, April 1, 2011

HATI....n__n

dang kadang kita terlalu sunyi. kita sendirian tanpa teman. kita sering mengharap seseorang datang pada kita, yang akan membuka hati kita tentang kebahagian. tentang cinta.

dan akhirnya seseorang yang kita nantikan, yang kita tunggu sekian lama, datang pada kita.


dia datang. bersama kita, gembira, dan bersama gelak tawa.


dia beri kita harapan, harapan yang mungkin membawa kebahagiaan pada kita.


kita gembira. kita happy.


dan mungkin satu hari nanti dia akan hancurkan hati kita. hancur sehancur nya.


dan dia tinggalkan kita sendirian. seorang diri.


jika mungkin dia datang kembali pada kita, mintak maaf dengan segala apa yang dia telah lakukan.


dia mahu kembali pada kita.


maaf, hati ini tak seperti dulu.

sesaja nak tambah:Rabiah al adawiyah bermadah,
Engkaulah kelapanganku dan kesenanganku apabila Engkau berada di sisiku..
Apa aq merasakan Engkau tiada ,maka dunia ini seolah-olahnya tempat tahanan bagiku..
Jika aq tidak terpikat kepada-MU da hatiku tidak mencintai-MU..
Maka kepada siapa selain-MU yang patut aq pikat dan mencintainya??...di petik dari buku .."BELAJAR DARI PARA WALI .."

Video Seks : Ketua Polis Negara Tidak Faham Mengapa Anwar Buat Laporan?

Video Seks : Ketua Polis Negara Tidak Faham Mengapa Anwar Buat Laporan?

Oleh Wira Arjuna

Menakjubkan lagi membingungkan – itulah mungkin rumusan paling sesuai untuk menggambarkan reaksi rakyat berikutan kenyataan separuh masak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengumumkan video seks lucah yang dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ‘tulen’.

Malah Ismail membayangkan hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk tindakan susulan dalam tempoh terdekat.
Persoalannya : Betul ke Anwar adalah pelaku dalam video itu? Malangnya, Ketua Polis Negara tidak memberi jawapan.
Jawapan beliau adalah penting kerana ia menjadi paksi kepada segala isu ini – benarkah Anwar dirakam mengadakan hubungan sumbang dengan seorang pelacur di sebuah hotel pada 21 Februari lalu?

Anwar membuat laporan polis pada 22 Mac, sehari selepas video itu ditayangkan kepada media di Hotel Seri Carcosa Kuala Lumpur di mana Ketua Pembangkang dan isterinya kemudian diugut supaya berundur dari politik.

Laporan polis dibuat oleh Ketua Pembangkang itu untuk membolehkan Bukit Aman sendiri menyiasat sama ada pelaku dalam video itu adalah Anwar atau bukan.

Jika bukan, maka jelas fitnah besar-besaran berlaku. Justeru identiti pelaku dalam video itu amat penting dan adalah kunci kepada segala-galanya.

Namun persoalan ini tidak dijawab oleh Ismail. Beliau lebih menjurus kepada hasil siasatan yang mendapati video itu adalah tulen berasaskan penelitian pakar-pakar video tempatan.

Persoalan asas tidak dijawab – siapa pelakon dalamnya. Lebih mengejutkan ialah kenyataan Ismail bahawa hasil siasatan kini “di tahap akhir”, akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat.

Mungkinkah siasatan itu boleh dianggap hampir selesai TANPA polis mengambil keterangan daripada Anwar atau pihak-pihak yang dapat membantu siasatan polis.

Mereka yang dimaksudkan adalah :

-Ahli Keluarga Anwar dan kakitangan yang dapat mengesahkan Ketua Pembangkang itu berada di rumah pada malam 21 Februari – hari rakaman itu dikatakan dibuat.

- Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang mengemukakan urutan 9 pesanan Twitter yang dihantar oleh Anwar pada malam itu.

- Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan bekas Ahli MPT PKR Badrulhisham Shahrin yang menonton video itu dan yakin pelakunya bukan Anwar berasaskan susuk tubuh dan “bahasa tubuh” pelaku.

Selang sehari video itu didedahkan, pejabat Parti Keadilan Rakyat membongkar identiti pihak yang mendalangi rakaman itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Shazyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Hanya selepas identiti mereka terbongkar, gandingan Datuk T tampil mengakui mereka di sebalik penayangan video berkenaan, itupun selepas mereka dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak di Bangunan Parlimen pada 22 Mac.

Rahim, Eskay dan Shuib hanya mengambil masa kurang lima jam untuk menyerahkan bukti dan memberi keterangan kepada polis susulan laporan yang dibuat Anwar.

Selang seminggu kemudian, Ketua Polis Negara mengumumkan siasatan sudah hampir selesai untuk Peguam Negara mengambil tindakan susulan!

Jelas banyak ruang-ruang tertinggal dalam “siasatan adil dan telus” yang dijanjikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Kenyataan bingkas beliau dan Perdana Menteri Najib Razak menafikan polis tidak langsung terlibat dalam isu fitnah video seks “Tiga Datuk” kini menimbulkan lebih banyak kecurigaan berikutan kenyataan Ketua Polis Negara hari ini.TVS

Fatwa dan hukum menyambut April FOOl..

Kongsi301

Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyebut:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan :

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “darurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.

Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur..~~
dan..aq nak tambh sikit.kenapa kita nak agung2 kan april fool sedangkan kita dah taw hakikat kebenarannya bahawa suatu masa dahulu umat islam di tipu oleh puak kafir pada 1 april ..so untuk mengenang kembali puak kafir mengadakan april fool sekadar mengingati..kenapa kita cuba jugak menyambut AP walhal punca terjadinya AP kerana ingin mengejek umat islam  suatu masa dulu pernah di tipu oleh puak laknatullah sehingga sekarang..kenapa harus mengikut puak yahudi dengan memperkotak katikkan islam dgn cara ikut telunjuk yahudi laknatullah???why??why??why?? sekadar ingat mengingati antara kita umat islam..

Ketua Polis sahkan video seks adalah tulen ..?




Seperti yang telah dijangka, Ketua Polis Negara hari ini mengesahkan bahawa video seks yang melibatkan lelaki mirip Anwar Ibrahim adalah rakaman yang tulen dan bukan dipalsukan.[Msian Insider]. Sebelum ini Yusry KRU pernah mengeluarkan kenyataan bahawa video sepanjang 20 minit itu agak mustahil untuk dipalsukan. Maka apa yang ingin diketahui oleh rakyat, siapakah pelakon yang terlibat di dalam video seks tersebut?

Nampaknya, rakyat tidak akan didedahkan tentang identiti pelakon video tersebut yang memiliki wajah mirip Anwar Ibrahim memandangkan sebelum ini Ketua Sekretariat Polis Bukit Aman Deputi Komisioner Datuk Ghazali Mohd Amin berkata pihak Polis tidak akan menyiasat Anwar Ibrahim kerana tiada tanda-tanda berlakunya jenayah [Msian Insider].



Nampaknya pihak Polis sukar untuk membuktikan bahawa lelaki yang berlakon di dalam video tersebut benar-benar adalah Anwar Ibrahim, jika mereka ada bukti bahawa Anwar Ibrahim benar-benar lelaki yang berlakon di dalam video tersebut, tak sempat anda bangun dari tempat duduk Anwar pasti sudah ditangkap. Bukankah Jabatan Agama Islam boleh mendakwa Anwar Ibrahim atas tuduhan zina? Malah ini adalah peluang untuk memberikan "checkmate" kepada Anwar Ibrahim jika beliau benar-benar terbukti sebagai pelakon video lucah tersebut

Isu ini juga dilihat jelas membahayakan Barisan Nasional, memandangkan perang persepsi ini hanyalah akan "overkill" Anwar, sekaligus menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang sering menyerang Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal seks.



RentaP© "Masih menunggu pendedahan video seks Anwar Ibrahim dengan binatang dan tumbuh-tumbuhan"

KITA SEDEKAHKAN AL FATIHAH..kesian..

A Bahraini who abducted by Saudi aggressors from Salmaniya hospital is contuse by Saudi's car.



(Ahlul Bayt News Agency) - A Bahraini who abducted by Saudi aggressors from Salmaniya hospital is contuse by Saudi's car.
Saudi officilas arrested Some medical staff and injured people and transfered them to unknown place.
Hundreds of patients, doctors, paramedics and assistants have been trapped inside the hospital over two consecutive days.
/106 + 129

Tragic Video: Abducted Bahraini from Salmaniya Hospital Contuse by Saudi Car


22 March 2011

Qari Terkenal DiGilis Digelek


Abdul al Rasul Hassan Ali al Hujairi adalah seorang qari yang terkenal di Bahrain. Beliau bertugas sebagai jururawat di hospital Salmaniya. Beliau berusia 38 tahun, sebaya saya. Anak perempuan beliau fotonya di atas. Dan ada 3 lagi orang anak lelaki. Pada sabtu lepas beliau diculik sekumpulan tentera elit ke sebuah padang. Di situ beliau ditembak. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, beliau digelek dan digilis berkali-kali dengan kereta.

Video beliau digilis boleh diklik di pautan ini, klik sini.