Saturday, June 2, 2012

Kisah Rasulullah s.a.w sebagai pengajaran:-hayatilah spenuhnya sahabat2ku.......

1.) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2.) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3.) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.”

4.) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.

Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?” (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’). Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5.) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”

Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.” ”Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi s. a. w. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”

6.) Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.” Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7.) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.

Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?” ”Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”

“Ya Rasulullah…mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?” Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku.

Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?”

“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang di kencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, “Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”

Jawab baginda dengan lunak, “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

Monday, May 28, 2012

‎~*DIA*~



✿~ Apabila aku SAKIT..Dialah yang menyembuhkanku..
✿~ Apabila aku BERSEDIH..Dialah yang memujukku..
✿~ Apabila aku MENANGIS..Dialah yang merawat LUKA di hatiku..

Dan hanya Dialah yang akan MENGAMPUNI dosa-dosaku..♥♥

Saturday, May 26, 2012

Setitis air mata yang jatuh kerana keinsafan..

~Janganlah bermimpi mencipta KEBAHAGIAAN,bila tidak mampu memupuk SABAR melalui KEKECEWAAN.. ... ..jangan terlalu mengharap akan KESEMPURNAAN,bila tidak mau berusaha MEMPERBAIKI DIRI melalui KESALAHAN.. ... ..jangan mendamba dan meminta BERLEBIH-LEBIHAN,bila tidak tahu untuk BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH di atas pemberian-Nya

Setitis air mata yang jatuh kerana keinsafan... Seribu kali lebih baik daripada sejuta mutiara di lautan... Sesaat bersedih kerana ingat dosa... Adalah lebih mulia dari pada seharian bersedih kerana cinta anak manusia... Sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna... Adalah lebih bercahaya dari kilauan segunung permata..~


rasa sunyi?
- innallaha ma'ana (sesungguhnya Allah bersama kita)

mahukan sesuatu?
- man jadda wa jadda (siapa yang berusaha, dia akan berjaya)

rindukan seseorang?
- ma fi qalbi ghairullah (tiada dalam hatiku melainkan Allah)

melihat atau melakukan kejahatan?
- inni akhafullah (sesungguhnya aku takutkan Allah)


#sesungguhnya Allah lah sebaik baik teman ♥

Friday, May 18, 2012

‎7 SUNNAH SETIAP HARI :



"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. 

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. 


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.





Thursday, May 17, 2012

ada orang bertuah ada kekasih,
ada orang bertuah ada admire,
ada orang bertuah punyai beribu fans,

ada orang beruntung,
ada kakak abang di satu universiti,
ada orang beruntung,
setiap bulan jumpa family,

ada orang beruntung,
ada kawan keliling pinggang,
ada orang beruntung,
menjadi rujukan siang dan malam,

ada orang bahagia,
menjadi anak emas guru-guru serta pensyarah,
ada orang bahagia,
selalu tinggi dapat markah,

ada orang bahagia,
punyai rumah dan kereta mewah,
ada orang bahagia,
menjadi ketua juga pengarah,

ada orang gembira,
ramai followers di twitter,
ada orang gembira,
ramai likers dan commenter di statusnya
ada orang gembira,
ramai subscribers di fb nya,

ingatlah,
jika kita bukan yang bertuah itu,
jika kita juga bukan yang beruntung itu,
dan
jika kita bukan yang bahagia itu,
jika kita juga bukan yang gembira itu,

ingatlah ...
ALLAH pasti dan selalu bersama kita,
tiada apa dengan nilaian manusia,

-sesungguhnya Allah lah sebaik-baik tempat mengadu-
-mohonlah, luahkanlah dan mintalah pada-Nya-

Thursday, May 3, 2012

Seribu Nyawa

"Jika Syaitan Itu Tidak Pernah Berputus Asa 
Memasukkan Kamu Ke Dalam Neraka, 
Bagaimana Kamu Boleh Berputus Asa 
Untuk Masuk Ke Syurga??"
-Sheikh Al-Habib Ali Al-Jufri-

"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf
dan saudaranya(Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ‎
serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
(Surah Yusuf : 87)