Friday, March 2, 2012

Tarbiyyah dARi ALLAH yAnG eSa.

Kadangkala, kita DIUJI dengan perangai manusia..kita bertanya diri :

"Aku TAK PERNAH buat pada orang lain macam tu, kenapa orang buat kat aku macam ni? Aku tak buat kat orang, kenapa orang buat JAHAT kat aku?"
► Itulah sebenarnya UJIAN dan TARBIYAH..ujianNya ialah masihkah kita mampu BERSABAR dan BERBUAT BAIK, walaupun kita tak mendapat kebaikan juga?TarbiahNya ialah supaya kita jangan buat pada orang lain, apa yang kita tak suka jika orang lain buat pada kita..

► Diuji dan dapat PAHALA, sekali dengan pakej ‘PENGAJARAN’ yang tidak diajar di mana-mana..di saat orang lain buat jahat pada kita, MENGHINA kita dan MEMANDANG SINIS kepada kita..teruslah berbuat baik kerana hanya Allah yang MENILAI usaha kita..hanya Dia..


Thursday, March 1, 2012

DAKWAH itu bukan sindiran... 
DAKWAH itu bukan memerli... 
DAKWAH itu bukan menakut2kan... 
DAKWAH itu bukan kekerasan... 
DAKWAH itu bukan paksaan... 
DAKWAH itu bukan terjahan... 

Namun..... DAKWAH itu adalah ajakan...
Ajakan bagaimana? 
Ajakan yg paling berhikmah... 
Kerana DAKWAH bermula dengan membina jambatan Hati... 
DAKWAH terbaik adalah yg memenangi hati.... bukan mengguris hati..
Jom kita buat cara yang berhemah


Sunday, February 26, 2012

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM



Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.


TA'LABAH BIN ABDUL RAHMAN PEMUDA HEBAT...



Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta’labah, salah seorang daripada para sahabat Nabi s.a.w. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.
Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah s.a.w. Namanya Ta’labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam,beliau selalu mengikut Rasulullah mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah akan khabarkan kepada Ta’labah. Suatu hari Rasulullah menyuruh Ta’labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Ta’labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka ditiup angin dan Ta’labah terlihat seorang perempuan sedang mandi. Ta’labah terus berkata;

” A’uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril beritahu kepada Rasulullah s.a.w! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah…”

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada gua. Ta’labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Rasulullah s.a.w menanti kepulangan Ta’labah beberapa hari namun Ta’labah tidak kunjung tiba lalu Rasulullah s.a.w mengarahkan Saidina Umar untuk mencari Ta’labah dan Saidina Umar terjumpa Ta’labah di tempat dia sembunyi tadi. Umar berkata;

“Ta’labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu.”

“Kenapa, sudah turun kah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tak nak masuk neraka, aku tak nak masuk neraka.” Kata Ta’labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Ta’labah sudah sangat lemah, Umar memimpinnya balik kerumah. Apabila Rasulullah s.a.w menziarah Ta’labah, Ta’labah sedang terlentang lalu Rasulullah s.a.w meriba kepala Ta’labah tetapi Ta’labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya;

” Kenapa wahai Ta’labah?”

” Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu,wahai Rasulullah” kata Ta’labah.

” Apa yang kamu mahu Ta’labah?”

” Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah”

” Apa cita-cita kamu wahai Ta’labah?”

” Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku.”

Lalu Rasulullah s.a.w berkata:

” Wahai Ta’labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu.”

Lalu Ta’labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah s.a.w. Yang menariknya, ketika mayat Ta’labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Ta’labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Ta’labah dalam keadaan berjalan yang agak tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya:

” Wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?”

Rasulullah menjawab:

” Kamu tidak melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Ta’labah ke kubur.”

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Ta’labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah walaupun dia tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah s.w.t. Akhirnya matinya di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Wahai pemuda berjiwa besar,

Sama-sama kita melihat kemana tujuan hidup kita diacukan, apakah kemuncak kejayaan yang kita idam-idamkan. Mungkin ramai dari kita yang mahukan kereta sport yang berkelajuan tinggi, citakan kerjaya yang beri pulangan lumayan, idamkan isteri yang lagak seperti model. Namun tahukah saudara ada sesuatu yang lebih besar dan tinggi nilainya. Itulah keredhaan dan keampunan Allah! Itulah syurga Allah!


Friday, February 24, 2012

Engkau wahai Tuhan...

Nabi Muhammad S.A.W berdakwah ke Thaif dengan Zaid Bin Harithah.

Dalam dakwah tersebut, 
Rasulullah kena lontar dengan batu berdarah kaki dan tumit, 
tak berdaya berjalan, 
Rasulullah merangkak ke kebun anggur.

Doa Rasulullah S.A.W:

Wahai Tuhanku! Kepada Mu lah aku mengadu kelemahan diriku,
lemahnya kekuatanku,
kecilnya ikhtiar dan dayaku di dalam menghadapi manusia.
Wahai Tuhan Yang Maha Penyanyang,
Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah.
Engkaulah Tuhanku,
kepada siapakah Engkau mahu serahkan diriku?
Kepada orang jauh yang akan mensia-siakanku?
Atau kepada musuh yang akan Engkau serahkan nasibku?
Kalau sekiranya Engkau tidak marah kepadaku,
tentu aku tidak akan pedulikan lagi.
Tetapi kemaafanMu lebih luas bagiku.
Aku berlindung dengan cahaya wajah Engkau yang menerangi sekelian kegelapan.
Yang akan menjadi lebih baik segala urusan dunia dan akhirat daripada turun atasku murka dan kemarahan Engkau.
Engkau yang mempunyai keredhaan.
Segala kepujian hanya bagi Engkau sampai Engkau redha.
Dan tiada daya dan upaya melainkan bagi Engkau wahai Tuhan.


Wednesday, February 22, 2012

Belajar Dan Belajar...~

Belajar DIAM dari banyak BICARA,
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN,
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG,
Belajar MENANGIS dari sebuah KEBAHAGIAAN,
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN,
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN,
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.. ^_^,,

Sunday, February 19, 2012

Pabila orang soleh bersolat..~

1. Sa'id bin Jubair bersolat selama 40 tahun tanpa mengetahui siapa berada di kiri dan kanannya semasa bersolat kerana Ibnu 'Abbas pernah berkata: "Khusyu' di dalam solat adalah jika orang yang melaksanakan solat itu tidak tahu siapa yang berada di sebelah kanan ataupun di sebelah kirinya." ( terlalu asyik solat) Sai'd pernah jatuh pengsan kerana terlalu sedih menangis tatkala membaca Surah al-Furqan ayat 13.

2. Shillah bin Assyam bersolat malam bersama-sama isterinya sampai pagi di malam pertama hari pernikahan mereka. Kita?

3. Muslim Bin Yasar tetap bersolat walaupun tembok masjid roboh tanpa terbatal sikit pun.

4. Umar bin Abdul Aziz pula bersolat dan menangis sampai keluar air mata darah mengikut riwayat al-Auza'i. Menangis hingga jatuh pengsan juga seperti Sa'id bin Jubair tatkala membaca Surah al-Furqan ayat 13. Menangis hingga seisi masjid turut menangis bersama-sama tatkala membaca Surah al-Takwir ayat 12-13 hingga dikatakan seakan-akan dinding masjid bergoncang kerana turut menangis. 

4. Hassan al-Basri juga menangis dalam solat dan apabila ditanya Hamzah al-A'ma kenapa menangis, Hassan menjawab, "Anakku, kalau tidak menangis, lalu apa lagi yang harus dilakukan oleh orang yang beriman? Anakku, tangisan itu dapat mendatangkan rahmat. Jika kamu menggunakan seluruh umurmu dengan menangis, maka lakukanlah. Semoga dengan begitu, suatu waktu Allah SWT akan berkenan melihatmu kemudia memberikan rahmatNya kepadamu. Kalau kamu dapat melakukan hal itu, bererti kamu sungguh telah selamat dari api neraka."

Hassan pernah berkata, "Kalau kamu membaca al-Quran kemudian kamu benar-benar percaya kepadanya. Maka, kesedihanmu akan lama, rasa takutmu kepada Allah SWT akan bertambah, dan pasti kamu akan sering menangis di dunia ini."

Note: Carilah khusyukmu dengan memahami bacaan al-Quran dan menghayatinya sungguh-sungguh. InsyaAllah menitis jua air mata degilmu, terkikis juga kerak di hati kerasmu.

---
Allahuakbar