Friday, June 27, 2014

Rindu

Ketika engkau begitu merindukan seseorang yang sangat engkau sayangi nun jauh disana.Maka dakapkanlah Al-Quran dlm hatimu, Maka rindukanlah dia dalam setiap doamu. Maka Rindukanlah dia dalam setiap sujudmu. Maka Pintalah agar dia selalu berada di jalan_Nya.Maka Pintalah agar DIA selalu menjaga hatinya.
InsyaAllah, Janji Allah itu pasti.

Wajib dan Lebih Wajib, Pelik dan Lebih Pelik, Susah dan Lebih Susah, Dekat dan Lebih Dekat.


Pernah ditanya kepada Imam Asy-Syafie rahimahullah;
Wahai Imam, tunjukkanlah kepada kami perkara yang Wajib dan Lebih Wajib, Pelik dan Lebih Pelik, Susah dan Lebih Susah, Dekat dan Lebih Dekat.
Lalu Imam Asy-Syafie pun menjawab :
* WAJIB ke atas manusia untuk bertaubat, tetapi meninggalkan dosa itu sebenarnya adalah LEBIH WAJIB.
* Masa itu pada menguruskannya adalah PELIK, namun kelalaian manusia dalam memanfaatkannya adalah LEBIH PELIK.
* Untuk bersabar ketika berhadapan dengan ujian itu adalah SUSAH, tetapi kehilangan pahala ketika berhadapan dengan ujian itu adalah LEBIH SUSAH.
* Setiap perkara yang menjadi cita-cita itu adalah DEKAT, namun kematian sebelum mendapatkan cita-cita tersebut adalah LEBIH DEKAT.


Thursday, June 26, 2014

;')

Apabila ada jemu dan lesu dengan dunia, sesungguhnya itu satu peringatan untuk diri bahawa akhirat itu lebih baik dan kekal.



Menangislah
Andai ianya dapat melegakan Hatimu.
Terkadang air mata juga adalah Doa ,
Yang mengalir kepadaNYA,
Disaat bibir tak mampu Bersuara...


Wednesday, June 25, 2014

Selamat Datang Wahai Kekasihku Ramadhan

SAHAL BIN SAAD berkata:
Bahawa Nabi (SAW) bersabda:
"Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu yg disebut rayyan"
Akan diseru pada hari kiamat,
"Mana orang yang berpuasa?"
Lalu bila orang terakhir dari mereka telah masuk,
maka pintu itu pun ditutup..

Hadis riwayat Bukhari & Muslim


*Ya ALLAH,Jadikanlah Kami Hamba Rabbani Bukan Hamba Ramadhani"..

ALLAH knows

Ketika orang membuka aib diri mu, pujuklah hati dengan berkata, 
"Aib ku yang masih disembunyikan Allah jauh lebih banyak..."


Tuesday, April 29, 2014

Sedih Itu Bahagia


Di alam remaja
Seringkali diri ini terbabas dalam memperjuang erti cinta
Seringkali  juga diri ini memohon pada illahi untuk memperoleh cinta illahi
Tapi
Diri ini diuji dengan cinta insani
Diri ini tidak betah untuk melawan cinta yg dianggap sempurna
Sedangkan semua ini hanyalah khayalan semata-mata..
Kita rasa  mungkin  dia yg sempurna untuk kita
Mungkin juga kita menyangka dia jodoh kita
Hakikatnya..
Tak semua yang kita impikan kita akan dapat
Allah lebih mengetahui sendangkan kita tidak mengetahui..
Dengan ini..
Ku berhenti mengharap dirimu kerana dirimu sudah mempunyai pendamping..
Pendamping yg semestinya lebih baik dari diriku..
Semoga kebahagiaan milikmu kerana kesedihan adalah milikku..
Andai ini suratannya,aku redha..








Friday, April 25, 2014

Sayyidul Istigfar




Dalam sebuah hadis riwayat al bukhari daripada syaddad bin aus ,Nabi mengajar sepotong doa .Sesiapa yang membacanya dengan keimanan pada waktu pagi ,lalu dia mati pada petangnya maka dia kan menjadi ahli syurga.Demikian juga bagi yg membacanya dengan keimanan pada waktu petang lalu meninggal dunia selepas itu,maka dia tergolong dalam golongan ahli syurga.

Riwayat al Bukhari no. 6306