Friday, February 6, 2015

Aku Pendosa Di Atas Dosa-Dosa

Mampukah nanti...
Kita pergi dengan senyuman 
Yang ditinggalkan menangis kesedihan
... tetapi penuh keredhaan!


Ya Allah, ampunkan aku kerana dengan segala kehinaan dan kelemahan ku ini, aku masih berani menyatakan cinta kepada Mu.

Thursday, November 6, 2014

Ahlullah


Setiap kali ustaz menyuruh menyambung ayat yang dia telah baca
Jujur
Hati terasa sangat sedih dan terkilan 
Kenapa aku tak boleh mengingati ayat allah sebagaimana ustaz itu mengingatinya
Sedangkan aku dah menghafal ayat itu 
Dan setiap kali itulah hati akan terasa pedih mengenangkan al quran
Sehinggakan air mata bertubi-tubi menyelusuri jatuh ke pipi
Aku ingat aku dah pandai untuk mengawal perasaan ini
Tapi aku silap
Ramai dapat baca air muka aku
Sehinggakan mereka tersalah tafsir bahawa kesedihanku berpunca daripada "manusia"
Hakikatnya kesedihanku berpunca dari al quran.
Dan setiap kali melihat kehebatan para pensyarah membaca ayat quran tanpa melihat mushaf
Serta mengingati setiap juzuk dan maqro'
Sekali lagi hati terasa seperti di hiris-hiris 
Air mata yang di tahan-tahan terjatuh ke bumi jua
Sangat sukar untuk mujahadah dalam murojaah ayat al quran
Ya..terlalu sukar dan terkadang hati selalu berputus asa
Tapi semangat dari ALLAH melalui al quran membangkitkan ku semula..
Sweet kan ALLAH..;')

"Apabila kamu dapati hafazan al quran kamu semakin menghilang,ketahuilah bahawa pada ketika itu kamu bukan dalam keadaan terlupa,bahkan sebenarnya kamu telah dilupakan oleh allah.Sesungguhnya allah sengaja menarik ayat-ayatnya daripada ingatan kamu kerana sikap kamu yang memperlekeh dan bermain-main denganNYA sehingga menyebabkan kamu hilang kelayakan sebagai seorang penghafal al quran yang juga mengamalkannya"..
-Ustaz Zahazan Mohamed-



#Semoga kehadiran manusia yang hebat di atas mampu menaikkan semangatku kembali meraih al quran sepenuh hati.Amiin.



Thursday, October 16, 2014

keep calm

Apabila hati berdamai dengan takdir barulah fikiran stabil menyusun tadbir...
Terima dulu hakikat kita patut diuji, barulah berusaha untuk mengatasi ujian itu!


Monday, October 6, 2014

Everything gonna be change..;')..La tahzan.






Sekiranya kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka... 


Aku mencuba ikhlas dari sesuatu kehilangan dan tersenyum dari kesakitan tapi kenapa payah sangat..

 Kenapa semua ni susah sangattt..??



Saya cuba untuk yakinkan hati saya dengan kata Muhamad Agus Syafi,tapi its so hard.Ya.Sangat sukar.Allah ,Kuatkan saya..;')

Saturday, October 4, 2014

My Crush

Kau ukir padaku senyuman hai manisnya
Kau renung mataku rasa luar biasa
Bagiku dirimu adalah segalanya
Bagimu diriku hanya teman biasa

Mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta
You are my crush masih rahsia
Ingin ku ucapkan ‘I love you’ kepadamu
Tapi…tak termampu

Senyummu dan ketawa buatku tergoda
Hatiku takkan berubah hanya dirimu saja
Bagiku dirimu kurniaan terindah
Bagimu diriku bercinta takkan pernah


Mungkinkah engkau kan menyedari yang ku cinta
You are my crush masih rahsia
Ingin ku ucapkan ‘I love you’ kepadamu
Tapi…tak termampu

Tiap kali berjumpa
hati terasa ada cinta
Namun tak mampu luahkannya
lidah kelu tak terkata
Kini ku tertanya-tanya
sudahkah engkau berpunya
Jika masih tiada siapa
ingin ku mulakan langkah

Bila ku ingin bicara kata tak mampu terluah
Kerana pesonamu membuat ku merasa
Sebuah cinta dan harapan
penuh dengan oh cabaran


# Tak tahu apa yang dirasai kini.Yang pasti sesuatu yang terlalu menyakitkan..
ALLAH kuatkan saya.;')

Saturday, September 27, 2014

Iridescent feat Exam

When you were standing in the wake of devastation when you were waiting on the edge of the unknown with the cataclysm raining down, insides crying save me now you were there and possibly alone.
.
Do you feel cold and lost in desperation you build up hope, but failure’s all you’ve known remember all the sadness and frustration and let it go, let it go.
.
And in the burst of light that blinded every angel as if the sky had blown the heavens into stars you felt the gravity of temper grace falling into empty space no one there to catch you in their arms
.
Do you feel cold and lost in desperation you build up hope, but failure’s all you’ve known remember all the sadness and frustration and let it go, let it go. (Multiple Voices) Do you feel cold and lost in desperation you build up hope, but failure’s all you’ve known remember all the sadness and frustration and let it go,
.
let it go let it go let it go let it go
.
Do you feel cold and lost in desperation you build up hope, but failure’s all you’ve known remember all the sadness and frustration and let it go, let it go.
.
.
#tetiba boleh tangkap cintan dengan LP.Lagu ni mungkin sesuai untuk sekarang kot tatkala sedih menhentam jiwa.Iridescent dan numb lebih berada di ruang hati .Maybe ni salah satu cara mereleasekan tension dikala exam menyapa.Exam oh exam.Nota tak buat lagi.Memang bukan jenis aku kot study awal-awal.Study last minute lebih best rasanya tapi begitulah banyak kekurangannya.Jadi just "let it go"..hee

Friday, September 26, 2014

With Tears:')


Jujur exam sem 3 benar-benar menguji keimanan,ketaqwaan kekebalan mental serta banyak bermandikan air mata sepanjang 2 minggu before exam.
Mengalir air mata kerana merasa berdosa yang aku sengaja/tak sengaja melupakan hafazan yang aku hafal.
Mengalir air mata kerana aku malas nak mengulang hafazan.
Dan
Sangat sedih bilamana hafazan itu semakin hilang dalam minda aku tanpa disedari.
Aku tak tahu camne nak mengulang quran
Seriously aku tak tahu sampai sekarang!!
Setiap kali us mus cakap bahana dop ingat quran ni,
Setiap kali tu la hati terasa sangat sangat sedih dan terkilan
Sehingga kadang aku tak mampu nak sembunyikan air mata ni(tapi mencuba la utk x nangis depan us)

EXAM START

Sehinggalah Semasa di tebuk oleh  Us Adam,dia bertanya
UA:Baca surah an nahlu
AKU:Baca dengan lancar tapi sekadar setengah muka then aku berhenti.
UA:kenapa?tak ingat ?
AKU:tak ustaz
UA:kenapa ingat sampai sini saja?sape suruh awak  mengulang sampai sini saje??
AKU:membisu ..
UA:azzira,sape suruh awak mengulang banyak ni??
AKU:masih membisu..
UA:sape suruh awak mengulang banyak ni..??
AKU:x dop sape  suruh ustaz,saya tak dan mengulang banyak..
UA:huh..hurm..soalan lain..

#Sangat sedih bila dengar dia mengeluh.diakui dia syadid alquran dan dia nak kami penghuffaz hafaz dan pegang semua ayat quran.dalam masa yang sama,aku tersepit antara hafal ayat quran yang baru dan untuk mengulang yang lama..terasa berat!sangat!patutlah gunug pun tak mampu nak pegang ayat quran!sangat sakit!

# sangat terasa dengan persoalan dia .deep!aku tahu dia hampa sebab aku sekadar mengulang al quran kerana exam,tapi aku lebih hampa sebab  baru sedar dan baru mencuba untuk ingat semua ayat quran ..sungguh tak reti nak cakap perasaan ni camne..yang pasti setiap kali ada ustaz/ustazah cakap mengenai mengulang al quran,hati ni sangat sakit,perit sampai satu tahap aku rasa aku tak layak untuk menghafal  dan rasa aku salah pilih jalan..TAPI
kawan aku cakap:Bersyukur lah allah masih pilih mu untuk jalan ni.!
ok,tak sepatutnya aku salah kan takdir .aku tak tahu apa-apa dalam dunia ni melainkan hanya DIA yang tahu segalanya..dan sekarang saya masih mencuba untuk cuba ingat semua kalam yang di hafal.ALLAH KUATKAN SAYA ..:')