Pada suatu malam sesudah menunaikan solat Isyak ,apabila aq duduk bertasyahhud aq terlupa berselawat ke atas NABI SAW..Aq bermimpi pada malam itu ,Rasulallah SAW telah menemuiku lalu berkata,"Wahai fulan !Mengapa engkau tidak berselawat kepadaku malam ni?"..
"Aq terlupa ,aduhai RASULALLAH SAW ,"kata orang 'Arif itu, "Dek kerana terlalu banyak memuji ALLAH dan bertahmid kepada-NYA.."
"Tidakkah engkau tahu bahawa ALLAH SWT tidak akan menerima segala pujian kepada-NYA ,melainkan dengan berselawat kepadaku?"..tanya RASULALLAH SAW..
Aq tidak dapat menjawab apa2 pun..
Lalu aq tersedar daripada tidurku itu,dan aq menuliskan beberapa bait syair ini:
Berselawatlah ke atas siapa yang sungguh menggembirakan beritanya...
Suku Bani Hashim yang sungguh mulia keturunannya...
Dialah Nabi yang benar yang sudah tersebar peratusannya...
Kepada sekalian makhluk tidak kira siapa pun dan sudah terkenal keutamaannya...
Dialah satu-satunya Rasul yang berdatangan sekalian raja kepadanya ...
Menjunjung perintah kerana mengharapkan keberkatannya...
Dialah penawar hati membawa cahaya kepada alam keseluruhannya...
Yang sakit menjadi sembuh dan yang bengkok dialah yang meluruskannya..
Dialah orangnya yang hingga Pemilik Arasy berselawat ke atasnya..
Setiap matahari terbit dan setiap burung bernyanyi di atas pepohonnya..
اللهم سلم على سيدنا محمد
No comments:
Post a Comment