Kehinaan yang kita tempuhidalam perjalanan mencari ilmutidak mengapa kerana nanti ilmuitu akan memuliakan kita. Sayaamat menyukai suasanasebegini. Di sekolah-sekolahkelolaan PAS sahaja kita akanjumpa, masjidnya lebih besardari sekolah. Banyak sekolah-sekolah yang didirikan kerajaan,muridnya 3,000 orang tapi suraunya boleh memuatkan Cuma 200-300orang. Mengambarkan sembahyang bukan suatu agenda pentingkerajaan. Saya mengakui bahawa saya bukan seorang bapa yangberilmu tetapi saya inginkan sistem yang ada boleh mendidik anaksaya menjadi seorang yang baik. Tak kisah nanti mereka nak jadi apa,doktor, loyar, polis atau apa sahaja, yang penting mereka mesti kenalAllah.”
Itulah antara nasihat yang dilontarkan Saudara Bob Lokman ketikaprogram sepetang bersama Bob sempena Ihtifal Tahunan MuassasahMatla’in Badrain, Jabi petang semalam. Ihtifal yang menjadi agendakalendar tetap tahunan Muassasah kelmarin 30 April 2011,mengorbankan 6 ekor lembu dan dihadiri ribuan penduduk dari sekitarBesut, Setiu, Pasir Puteh malah ramai tetamu dari kawasan yang lebihberjauhan turut mengunjunginya.
Perkampungan Muassasah Matla’in Badrain di Kampung Pasir Tawar,Jabi yang menempatkan Ma’ahad Tahfiz Wa Ta’alim Matla’in Badrain,kini menjadi tempat menuntut ilmu bagi kira-kira 50 orang pelajardengan mengamalkan konsep pusat pendidikan bersepadu, tahfiz, agama dan akademik. Sebahagian besar pembiayaannya adalah darisumbangan orang ramai.
Kehadiran Bob pada petangnya ternyata begitu mengujakan dan beliaudiberikan sambutan meriah oleh pengunjung yang tak putus-putus inginbergambar dan bersalaman dengannya. Kemeriahan majlis padapetangnya turut diserikan lagi dengan kehadiran Dato’ Haji Abu BakarChik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Ustaz Mohd PauziMuda, Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu.
Dato’ Abu Bakar Chik pula, dalam ucapannya yang penuh bersemangatdi atas kapasitinya sebagai Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusatmenekankan pentingya institusi pendidikan rakyat ini dipertahankan.Walaupun berdepan dengan kedhaifan prasarana, kekurangan tenagamanusia, infrastruktur yang serba sederhana, isu kebajikan para pelajardan guru tetapi dengan sokongan semua pihak, kita terus maju kehadapan. Telah pelbagai mehnah dan tribulasi dilalui, semua inimemantangkan kita.
Berucap mewakili pihak Muassasah, Ahli Lembaga Pengarah Ma’ahadTahfiz Wa Ta’alim Matla’in Badrain yang juga Ahli Jawatankuasa LujnahPendidikan PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim menegaskan tiada ummatyang boleh maju kehadapan sekiranya individu manusia di dalamnyatidak dibina. Bagi pendokong gerakan Islam, Muassasah Matla’inBadrain ini adalah milik dan tanggungjawab kita bersama. Jatuhbangunnya adalah sebahagian maruah perjuangan kita
nak tambah sikit..:sekolah "MAAHAD AL TAHFIZ WAL TARBIYYAH DARUL IMAM{MTT}..masjid lebeyh besar dari sekolah...sekolah aq tu..ngeh3..
No comments:
Post a Comment