Tuesday, April 15, 2014

Couple VS Kahwin

"Akhi, macam mana nak selesai isu couple? Kawan-kawan di sekolah ramai couple. Masuk universiti makin ramai. Masalahnya, mereka cuma couple yang belum pasti nak nikah atau tidak. Hanya suka-suka, sekadar nak merasai pengalaman berdating dll. Ada nasihat?"
Jawapan:
Dah ada banyak nasihat tentang couple haram di internet. Kali ini, cukuplah saya petik kata-kata dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam siri kuliyyah tafsirnya. Saya ingat-ingat lupa (maaf andai saya silap) sebagaimana berikut,
"Orang yang berbulan-bulan, bertahun-tahun berboyfriend atau bergirlfriend (atau tidak letak sebarang istilah tapi perbuatannya sama saja), orang-orang sebegini adalah orang yang terputus hubungan dengan Allah Ta'ala.
Bukan caranya seseorang lelaki pilih mana-mana perempuan, kemudian bawa perempuan itu naik kenderaannya ke pantai atau ke hotel (atau mana-mana tempat dating). Kemudian, kononnya cuba bina relationship selama setahun dua tanpa bernikah. Lepas tu, bila tidak cocok atau tidak puas hati, habis manis sepah dibuang macam sampah. Kemudian, cari yang lain pula.
Setiap manusia Muslim khasnya lelaki. Dia kena berasa dia jadi bapa kepada anak adalah satu kehormatan. Seorang manusia jadi bapa maknanya dia telah menunaikan salah satu tugas yang Allah beri. Tugasnya, Allah buat lelaki dan perempuan adalah untuk ramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w. Jadi, bila kita duk berzina, duk couple, duk bujang (tak mahu usaha kahwin), mana hubungan engkau dengan Nabi Muhammad?
Mung mari atah dunio ni kijo gapo?
Nak seronok-seronok atau nak jadi umat Nabi Muhammad s.a.w.?
Bernikahlah. Sebagaimana yang Allah nak."

No comments:

Post a Comment