Wednesday, September 28, 2011

Sekadar Perkongsian: Kelebihan SuRaH aL-KaUsAr..



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan,tanpa perlu minta izin lagi untuk berkongsi.

Sunday, September 25, 2011

Bersyukur tatkala hati duka mahupown suka..



Bsyukurlah bila ada yg menyakiti hatimu krn dia lah yg menabahkanmu,
Bsyukurlah bila ada yg tidak mgendahkanmu krn dia lah yg mbuatmu lebih berdikari,
Bsyukurlah bila ada yg mgkhianatimu krn dia lah yg mbuatmu lebih mgenal diri,
Bsyukurlah bila ada yg mperkecil-kecilkanmu krn dia lah yg mbuatmu mgenal abiliti diri,
Bsyukurlah bila ada mbantu krn dia lah yg mbuatmu tidak terkapai2 sendiri,
Bsyukurlah bila ada menasihati krn dia lah mbuatmu sntiasa berhati2,
Bsyukurlah bila ada sudi myayangi krn dia lah yg mbuatmu rs lebih dhargai,

Bsyukurlah kepada ALLAH yg sentiasa di sisi, krn DIA lah mjadi 'temanmu' tatkala semua yg di atas berlaku.. Dan dgn izinNYA jua kamu bisa mengharunginya..


Thursday, September 22, 2011

Huru Hara AkHIR ZAMAN..!



‎- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Keturunan Hazrat Isa (AS)
- Kemunculan Yajooj n Majooj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,
- Pemusnahan Kabah,
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan
Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

Monday, September 19, 2011

PAS dakwa 'Hantu Bonceng' hina Islam ..!

“Dan jika kamu tanyakan kepada orang-orang munafik (tentang apa yang mereka lakukan) tentulah mereka akan menjawab : "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja", katakanlah : "Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya kalian selalu berolok-olok?", tidak usah kamu minta maaf, karena kamu telah kafir sesudah beriman…” (QS. At Taubah, 65 – 66).

Pemuda PAS menyatakan kekesalannya terhadap kelemahan agensi kerajaan membenarkan filem "berbaur penghinaan kepada Islam" diterbitkan untuk tontonan umum, seperti filem Hantu Boncengarahan sutradara terkenal Ahmad Idham.

NONEKetuanya Nasrudin Hassan (kiri) berkata, filem komedi baru yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.

Nasrudin berkata, terdapat dialog dalam satu babak yang berbunyi "asyhadu anna Muhammadar syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

"Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa, justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan," katanya.

Filem dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.

Selain Zizan yang sinonim dengan rancangan Raja Lawak, ia turut membariskan aktres terkenal Juliana Evans dan Jue Aziz.

Penapis teh atau cendol?
Ia mengisahkan Amran yang sering diganggu dengan hantu Maya yang mati ketika diboncengnya sebelum itu. Berbagai cara dilakukan Amran untuk menepis gangguan itu sehinggalan tanpa disedari Amran mula berubah menjadi lebih baik.

hantu bonceng the movieDalam kenyataannya hari ini, Nasrudin berkata, filem untuk tontonan umum itu akan mencetus kekeliruan, memberi gambaran salah terhadap Islam, dan turut merosakkan akidah masyarakat awam.

Justeru, dewan itu mempersoalkan, sekiranya benar wujud panel penapisan di Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), mengapa masih wujud babak kontroversi itu.

"Apa yang ditapis selama ini? Penapis apa yang mereka pakai? Penapis tea(teh)? Atau penapis cendol yang berlubang besar? 

"Sehingga masih banyak adegan yang 'menyenakkan mata' dan mengganggu sensitiviti masyarakat, lolos menjadi paparan umum melalui filem yang telah diluluskan," kata graduan Universiti Al-Azhar itu.

Lebih malang, Nasrudin menambah, pihak berkuasa agama didakwa seperti kaku dan kelu tidak tahu berbuat apa-apa meskipun berdepan dengan isu penghinaan terhadap Islam, seperti dalam kes blog Mak Cik Hajjah Sitt Al Wuzara sebelum ini.

Cadang lembaga penapisan tertinggi
Nasrudin juga menyatakan kekesalannya terhadap lambakan filem tahyul dan karut untuk tontonan umum di kaca televisyen bermaharajalela di pelbagai saluran.

"Jika orang awam pun menyedari berlakunya perkara ini, bagaimana pihak berkuasa agama masih tidak menyedarinya?" soalnya lagi.

hantu bonceng the movieSehubungan itu, Nasrudin berkata, pihaknya menggesa Finas dan LPF mewujudkan panel syariah berautoriti sebagai lembaga penapisan yang tertinggi, terutama dalam menangani karya berkaitan Islam. 

"Selain itu, Dewan Pemuda PAS juga menyeru kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam industri ini seperti penerbit, pelakon dan penyiar untuk merujuk kepada alim ulama seperti mufti atau pihak berkuasa agama, seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) terlebih dahulu sebelum menerbitkan sesebuah filem. 

"Jangan apabila sudah wujudnya kontroversi baru mencari ulama untuk melepaskan diri," katanya lagi.

Katanya, industri filem harus maju dan berkembang ke seluruh dunia dengan membawa imej baik tanpa perlu mencetus elemen lucah, persendaan terhadap agama, tahyul dan perlecehan akhlak, semata-mata untuk dijadikan "tangkal pelaris".

Bila Di Sebut Tentang "SOLAT"..

Bila disebut tentang SOLAT, rasa diri tidak perlu ambil tahu, kerana rasa dah tahu..

Tapi bila solat..
kita baca namun penghayatannya tiada..
BACAAN pun belum tentu sempurna..
fikiran entah kemana..
thomakninah tidak ada..
laju bertarung dengan MASA..
lewatkan solat perkara biasa..
ambil wudhuk juga sambil lewa..
NIKMAT solat tidak terasa..
dan KETENANGAN itu belum hadir juga..

“maka CELAKAlah orang yang solat, iaitu orang yang LALAI terhadap solat mereka.” (Al Ma’un, 107:4-5)

Astaghfirullahalazim..¸.•✿



Thursday, September 15, 2011

siapakah dia..?


‎:: Siapakah orang yang sibuk? ::
# Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya, seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s #

:: Siapakah orang yang manis senyumanya? ::
♥ Orang yang mempunyai senyuman yang manis, adalah orang yang ditimpa musibah lalu berkata ia "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.. ♥

:: Siapakah orang yang kaya? ::
♥ Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.. ♥

:: Siapakah orang yang miskin? ::
# Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada, sentiasa menumpuk-numpukkan harta.. #

:: Siapakah orang yang rugi? ::
# Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan, namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebajikan.. #

:: Siapakah orang yang paling cantik? ::
♥ Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.. ♥

:: Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? ::
♥ Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati dgn membawa amal-amal kebaikan, di mana kuburnya akan di perluaskan seluas saujana mata memandang.. ♥

:: Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? ::
# Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.. #

:: Siapakah orang yang mempunyai akal? ::
♥ Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak, krn telah mengunakan akal sewaktu di dunia un
tuk menghindari seksa neraka.. ♥


Wednesday, September 7, 2011

FACEBOOK

Face Book..
Hadir pada mulanya untuk menjatuhkan agama islam,
Diwujudkan untuk merosakkan anak adam,
Tapi rupanya UKHUWAH islam senang dijalankan,
Agama Islam mudah disebarkan dan diikutkan,

Face Book..
Mudah maksiat dijalankan andai manusia salah gunakan,
Pelbagai fitnah telah disebarkan untuk pecah belahkan semua insan,
Namun wujud manusia sayangkan agama tuhan serta perpaduan semua insan,
Membantu menyebarkan risalah ALLAH bagi kebenaran dapat diperkenalkan dan dilaksanakan,

Face Book..
Yahudi merancang merosakkan umat islam secara pelahan,
Agar mereka dapat melumpuhkan segala dakwah yang dijalankan,
Tapi umat islam tidak sebodoh yang disangkakan apatah lagi lemah seperti difikirkan,
Menjadikan FACE BOOK satu WADAH penyebaran agama ISLAM agar semua dapat mengenali lebih mendalam,

ALLAH cemburu..~

.•❤ Awak sedang asyik berbalas SMS dengan seseorang yang BUKAN mahram?
¸.•❤ Awak sedang ternanti-nanti PANGGILAN dari si dia?
¸.•❤ Awak sedang MENUNGGU saat-saat dapat bertembung dengan nya?
¸.•❤ Awak sedang memilih BAJU yang paling MENARIK untuk keluar DATING bersamanya?

Errkkk..jika jawapannya YA, awak sedang membuat Kekasih Agung awak SANGAT CEMBURU....

(¯`*•.¸ Berkata Ibn Qayyim al-Jawziyyah :”Allah swt CEMBURU terhadap HATI HAMBANya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepadaNya, dan ada sesuatu yang LAIN dalam hatinya selain Dia.”¸.•'´ ¯) ♥

Kecemburuan Allah swt langsung tidak menunjukkan KERENDAHAN atau Dia MEMERLUKAN kita. Maha Suci Allah daripada sebarang SIFAT KEKURANGAN. Cemburu Allah ialah TANDA BESARnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyanyang terhadap hambaNya. Dia TIDAK memerlukan kita. Dia tidak luak dengan kelalaian kita. Tidak terjejas TANPA cinta kita.

Dia cemburukan HATI kita yang meletakkan CINTA LAIN lebih AGUNG daripadaNya kerana Dia SAYANGkan kita. Dia tidak mahu kita menempah jalan SENGSARA. Dia menawarkan cinta yang TIDAK pernah mengenal KECEWA. Inilah HAKIKAT CINTA yang Agung..

___ *♥* ______*♥*
_*♥*__ *♥*_*♥*__*♥*
*♥*_____*♥* ____ *♥*
*♥*_______________♥*...SubhanALLAH..Ini Sungguh INDAH..
_*♥*____________*♥*
___*♥*________*♥*
_____*♥*___*♥*
_______*♥*♥*

Friday, September 2, 2011

► betulkah dari mata turun ke hati?
► SEMUDAH itukah kamu jatuh hati?
► bukan apa, cuma saya TIDAK FAHAM bagaimana itu boleh terjadi..
► sekali lihat, terus suka…
► BIMBANG, setiap yang singgah di mata akan menyentuh HATI kamu juga..

°˚(¯`*•.¸✿..tidak bertemu MATA, tidak bertemu SUARA..tidak mengunkap JANJI, tidak bermadah CINTA..cukuplah kata mengingati ALLAH, cukuplah nasihat serta teguran..cukuplah aku tahu kau punya AGAMA dan IMAN..HATI kita ALLAH yang punya, hati kita ALLAH yang jaga..BERDOALAH, kerana itu SENJATA kita..andai TAKDIR hidup bersama, pasti ALLAH akan 
mempermudahkan JALANnya..amin3x.


✿(¯`*•.¸✿✿✿✿..Di dalam cinta, pasti ada HARAPAN..Dan didalam harapan, pasti ada TUJUAN. Apa gunanya harapan jika tiada tujuan, dan apa NILAI cintanya jika tanpa harapan..Biarlah cinta yang lahir itu untuk mengharap KEREDHAAN Tuhan, dan sudah pastinya keredhaan Tuhan itu bertujuan untuk mencapai KEBAHAGIAAN..✿(¯`*•.¸✿✿✿✿

Thursday, September 1, 2011

6 Perkara ALLAH S.W.T Sembunyikan ...

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zamannanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad."
Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahua'lam...

..UMAT AKHIR ZAMAN.

✿.. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
✿.. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi lupa kepada hisab.
✿.. Mereka cinta kepada Makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
✿.. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
✿.. Mereka cinta kepada gedun
g-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur..