Sunday, July 27, 2014

Please dont go


 DOA AKHIR RAMADAN;

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

Ya Allah...
Janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yg terakhir dlm hidup ku. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasa ku ini sebagai puasa yg dirahmati, bukan puasa yg sia-sia.

Seandainya masih ada pd ku dosa yg belum Engkau ampuni dan dosa yg menyebabkan aku diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar mlm ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya Wahai Yg Paling Pengasih dari semua yg mengasihi.

Ya Allah...
Terimalah puasa ku dgn sebaik2 penerimaan, perkenan kemaafan, kemurahan, pengampunan dan keredhaan mu. Sehingga Engkau memenangkan aku dgn segala kebaikan yg dituntut, segala anugerah yg Engkau curahkan dibulan ini.

Selamatkan aku didalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yg mengancam dan dosa yg berterusan. Demikian jua dgn rahmat Mu, golongkan aku kedalam golongan org2 yg mendaptkan (keutamaan) dimalam al-Qadar. Mlm yg telah Engkau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.

Semoga perpisahan ku dgn Ramadan ini bukanlah perpisahan utk selamanya dan bukan juga pertemuan terakhir ku. Moga aku dpt kembali bertemu pd Ramadan mendatang dlm keadaan penuh harapan dan kesejeteraan.

آمــــــــــــــــــين
يا ربّ العالمين
* Aku tak nak keluar dari madrasah ramadhan,tapi apakan daya..ramadhan  tolong jangan pergi..;'(

Saturday, July 19, 2014

Whats Up Love..~

Menangis kerana CINTA itu biasa

Menangis kerana DOSA itu luar biasa

Dalam menuntut ILMU :
Perkara paling susah adalah mengingati dan yang paling mudah adalah melupakan ~

Dalam menuntut CINTA :
Perkara paling mudah adalah mengingati dan yang paling susah adalah melupakan ~


Friday, July 18, 2014

It's not about we,its about "us"

Please give me back my mommy and daddy and a home where we can live in peace. Please.

;'(
Kadangkala apabila rasa sudah sampai ke kemuncaknya, kita kehilangan kata-kata untuk mengungkapnya! 

Harap pada lailatulqadar.
Hiba pada Gazza. 
Sayu pada MH 17.

Ya Allah... sesungguhnya Engkau Tuhan, kami ini hanya hamba mu. Hanya hamba mu.



Friday, July 11, 2014

Just raise our hand and pray to ALLAH..

GAZA, PALESTIN : 09-JULY-2014
Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Meshaal mengatakan bahawa beliau menerima sejumlah panggilan telefon dari negara-negara Timur dan juga Barat meminta agar Palestin berdamai dengan Israel.

Khalid Meshaall membalas, yang seharusnya diminta untuk berdamai adalah Israel, sebab merekalah yang memulakan serangan terlebih dahulu. Pasukan pejuang dan rakyat Palestin mempunyai hak untuk membela diri mereka. "Maka kami katakan kepada pihak-pihak yang meminta kami untuk berdamai, mundurlah kalian semua ke belakang", tegasnya.
Beliau mengatakan bahawa perang ini wajib untuk kami lakukan. Berilah kami kesempatan. Kami tidak melakukan apapun kecuali hanya membela diri. Kami telah memenangkan pertempuran dalam dua perang yang sebelumnya, kerana Allah bersama dengan kami. "Kami akan terus melakukan tanggungjawab kami selaku Muslim demi membela tanah Al-Aqsa, tanahair kami, meskipun kami harus bersendirian!" katanya lagi... Allahuakbar!!!


 janji ALLAH kpd Israel..
~ al-Isra' (ayat 5)


Oh Mother don't cry, in heavens inshaAllah we will meet. Palestine, Gaza..
*Spechless with this picture..i hope one day i will go there for help them with my own hand ..i wish

Tuesday, July 1, 2014

Puasa Diri VS Kuasa Diri


Bukan sekadar ingin bermadah
Tetapi berpesan walau berkali sudah
Ramadhan ini bulan ibadah
Ramadhan bukan bulan juadah

Bulan lain bukannya mudah
Perut kenyang menganggu ibadah
Kini ringan menitip zikir di lidah
Jagalah puasa agar betul berfaedah

Buka puasa ala kadar sudah
Jangan sibuk pasar ramadhan digeledah
Nafsu lapar cuba buat tak endah
Turut nafsu itu mengudang padah

Ampun dimohon dengan suara rendah
Kenang dosa banyak diredah
Pahala ditabur jangan tak tadah
Buat bekal syurga nan indah..