Monday, April 30, 2012

We will know..but,the truth..?


Hari ini dia mungkin tidak bertudung, esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya...


Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut, esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya...

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena... 


Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu. Tugas kita bukan me'neraka'kan orang. Tetapi...mengajak manusia ke jalanNYA dan saling doa mendoakan.... 

"Jangan HINA permulaan seseorang..kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhiran nya...




ALLAH telah meLETAKkan KEJAYAAN IKAN-IKAN,,
Bila mana mereka dapat HIDUP di dalam LAUT..
NAMUN,,
Apabila mereka cuba KELUAR dari LAUT,,
Maka mereka akan MATI..

Begitu juga dengan CACING yang KESELAMATAN mereka telah ditetapkan di dalam TANAH..
NAMUN,,
Jika mereka cuba KELUAR dari TANAH,,
Maka mereka akan KEPANASAN..

Begitulah juga dengan MANUSIA yang ALLAH telah LETAKkan KEJAYAANnya dalam AGAMA..
NAMUN,,
Jika manusia cuba KELUAR dari AGAMA,,
Maka MANUSIA tersebut akan SENGSARA..


Semoga ALLAH memberikan KEKUATAN untuk JIWA-JIWA yang sentiasa berMUJAHADAH kerana-Nya..

Sunday, April 29, 2012

Imam syahid hassan al banna..

"wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci... ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..."

.tarbiah bukan segalanya,,tp tnpa tarbiah segalanya sia2..

ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yg menyertainya
ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yg istiqomah
ANDAI perjuangan ini mnjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yg tertarik pd ny

tp hakikat perjuangan bukan begitu,,
turun naiknya,,
sakit pedihnya,,
umpama kemanisan yg tdk trhingga..

ANDAI rebah >> bangkit semula
ANDAI terluka >> ingatlah janjinya

imam hasan albanna ade sebut ,, mungkin aku boleh menang jikalau berdebat dgn 10 org yang berilmu ,, tapi aku akan kalah jikalau berdebat dgn seorg yg tak berilmu(bodoh) ..

Friday, April 27, 2012

S.O.R.R.Y.


♥ maafkanlah, walaupun hati TAK MAMPU bertahan..
♥ maafkanlah, walaupun hati terpaksa menanggung KEPERITAN..
♥ maafkanlah, walaupun hati berkata TIDAK..
♥ maafkanlah, walaupun hati ini SELALU disakiti..
♥ maafkanlah, walaupun hati merasa TERPAKSA..

~> kerana dengan sebuah KEMAAFAN dapat memberi kesejahteraan, kebahagiaan, keindahan & ketenangan dalam kehidupan kita..InsyaAllah..♥


                                                      

Wednesday, April 25, 2012

I ask ALLAH's for forgiveness..


●●۩۞۩●●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬♥ஜ۩۞۩ஜ♥▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●●۩۞۩●●
"Allah TAK HAIRAN dengan DOSA kita yang BANYAK..tapi Allah HAIRAN kenapa kita TAK MAHU balik kepada Dia dengan mengucapkan istighfar..."

"ORANG yang LAYAK masuk NERAKA..apabila dia INGAT kepada KEBESARAN Allah..Allah BERI KEAMPUNAN kepada dia..

INGATLAH...
ISTIGHFAR,,
10 kali lepas BANGUN dari TIDUR,,
10 kali lepas solat SUBUH,,
10 kali lepas solat ZOHOR,,
10 kali lepas solat ASAR,,
10 kali lepas solat MAGRIB,,
10 kali lepas solat ISYAK,,
10 kali sebelum TIDUR..
*70 KALI MINTA AMPUN KPD ALLAH...*


Sabda Rasulullah saw:
"Demi Allah! Sesungguhnya Aku minta Ampun kepada Allah dan Bertaubat kepadaNya dalam Sehari lebih dari 70 kali. "
(Hadis Riwayat Bukhari)


"Bila rasa NAK buat MAKSIAT, JANGAN buat. Bila dah BUAT, BERSEDIHLAH kerana kamu MUSUH Allah. SEGERA TAUBAT dan bila dah taubat, BERGEMBIRALAH kerana kamu KEKASIH Allah."
●●۩۞۩●●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬♥ஜ۩۞۩ஜ♥▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●●۩۞۩●●

Habuan dari Allah...


Penduduk Gaza dihukum dengan kepungan ketat oleh Zionis Israel dari semua sempadan darat, laut dan udara.

Kawasan persisiran pantai juga semakin sempit apabila para nelayan di Gaza hanya dibenarkan menangkap ikat sekadar 3 km daripada persisiran pantai.

Hasilnya, kebanyakan mereka hanya dapat menangkap ikan sardin sebesar 2 jari dan beberapa jenis ikan yang kecil bagi menampung keperluan lebih 1.7 juta penduduk wilayah ini.

Miski pun kawasan perairan tersebut dikawal rapi dan laluan ikan ditutup oleh pasukan Navy Israel Ikan tetapi ketentuan Allah melebihi segala-galanya. Ditakdirkan Tuhan apabila ribuan ekor ikan-ikan pari yang besar dan sihat ini menerjah masuk ke perairan Gaza dan acap kali memberikan hasil tangkapan yang lumayan kepada sebahagian daripada nelayan di sini.

Inilah bumi barakah yang dijanjikan Allah apabila masyarakatnya terus gigih berjuang dan tetap teguh pendiriannya. Malahan pertolongan dan pemberian rezeki dari Allah kepada mereka terus diterima dari hari ke hari daripada sumber-sumber yang tidak disangka-sangkakan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”


Rasulullah S.A.W. Dengan Kita Cuma Hanya Perbezaan “sedikit” sahaja..

Ternyata kita dengan Rasulullah s.a.w cuma beza “sedikit” :

Rasulullah sedikit saja makan, kita sedikit sedikit nak makan.
Rasulullah sedikit saja tidur, kita sedikit sedikit nak tidur.
Rasulullah sedikit saja marah, kita sedikit sedikit nak marah.
Rasulullah sedikit-sedikit saja nak bersedekah, kita sedikit saja nak bersedekah.
Rasulullah sedikit-sedikit saja nak beramal, kita sedikit saja nak beramal.

Allah berfirman ;
Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai ALLAH, ikutilah aku, niscaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. Ali ‘Imran [3]: 31)

Al-Hasan al-Bashri berkata, “Salah satu tanda kecintaan seorang manusia kepada ALLAH adalah mengikuti sunnah Rasul-NYA.”

Dzunnun al-Mishri berkata, “Salah satu tanda kecintaan kepada ALLAH Azza Wa Jalla adalah mengikuti apa yang diperbuat oleh kekasih ALLAH dalam akhlak, perbuatan, urusan dan sunnah-sunnahnya.”