Tuesday, November 29, 2011

DIA INGIN KITA LEBIH CANTIK..~



Sepasang datuk dan nenek pergi ke sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian, mata mereka tertuju kepada sebuah cangkir yang cantik.

“Lihat cangkir itu,” kata si nenek kepada suaminya.

“Hmm, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat,” balas si datuk.

Ketika mereka mendekati cangkir itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksudkan itu berkata. “Terima kasih untuk perhatian kalian. Perlu diketahui bahawa aku dahulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cangkir yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun satu hari, ada seseorang dengan tangan yang kotor melempar aku ke dalam roda berputar. Kemudian, dia mulai memutar-mutar hingga aku berasa pening. Berhenti! Berhenti! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, belum! Lalu dia mulai menyodok dan menumbukku berulang-ulang kali. Berhenti! Berhenti! Teriakku lagi. Tapi orang itu terus saja menumbukku tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi, dia memasukkan aku ke dalam ketuhar. Panas! Panas! Teriakku dengan kuat.

Berhenti! Cukup! Teriakku lagi. Tapi orang itu berkata, belum! Akhirnya, dia mengeluarkan aku dari ketuhar itu dan membiarkan sehingga aku sejuk. Aku berfikir telah selesailah penderitaanku. Tetapi ternyata belum. Setelah sejuk, aku diserahkan kepada seorang wanita muda dan dia mulai mewarnai aku. Bau warna yang digunakannya begitu memualkan. Berhenti! Berhenti! Aku berteriak.

Wanita itu berkata, belum! Lalu dia memberikan aku kepada seorang lelaki dan dia memasukkan aku ke dalam ketuhar yang lebih panas dari sebelumnya! Tolong! Hentikan penyeksaan ini! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tetapi lelaki itu tidak peduli dengan teriakanku. Dia terus membakarku. Setelah puas ‘menyeksaku’, aku dibiarkan sejuk.

Setelah benar-benar sejuk, seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku di dalam sebuah almari kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya kerana di dalam cermin di hadapanku adalah sebuah cangkir yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaan yang aku lalui sirna tatkala aku melihat diriku.”

PENGAJARAN: Begitulah Allah membentuk kita. Pada saat Allah SWT membentuk kita, tidaklah menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi, itulah satu-satunya cara bagiNya untuk mengubah kita supaya menjadi cantik dan memancarkan kemuliaanNya.

Anggaplah sebagai satu kebahagiaan apabila kita jatuh ke dalam pelbagai dugaan, kerana kita tahu bahawa ujian terhadap kita menghasilkan ketekunan. Dan biarkanlah ketekunan itu menghasilkan buah yang matang supaya kita menjadi lebih baik dan utuh.

Apabila sedang menghadapi ujian hidup, jangan berkecil hati kerana Dia sedang membentuk kita. Pembentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai, kita akan melihat betapa cantiknya Allah membentuk kita.

Lebih-lebih lagi Dia telah berjanji dalam kalan-Nya, “Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” Pada siapa lagi harus diletakkan sepenuh kepercayaan jika bukan pada Pencipta kita Yang Maha Agung.

Wallahu a’lam.

Sunday, November 27, 2011

Kelebihan surah2 dalam al quran~


۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghi lan gkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
... ۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!'

Tuesday, November 22, 2011

Azab Neraka..


IMAM BUKHARI meriwayatkan, “Kebanyakan doa Rasulullah SAW adalah ;

“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta lindungilah kami daripada azab neraka.”

Abu Ya’la meriwayatkan; “Rasulullah SAW berkhutbah;

“Janganlah engkau melupakan dua kebesaran syurga dan neraka.”
Kemudian baginda menangis hingga bercucuran air mata membasahi janggutnya. Lalu baginda bersabda:

“Demi zat yang aku di dalam kekuasaan-Nya,jika kamu tahu apa yang aku tahu daripada urusan akhirat, tentu kamu akan berjalan ke gunung dan memenuhi kepalamu dengan debu.”

Ath-Thabrani meriwayatkan; “Jibril datang kepada Rasulullah SAW pada waktu yang tidak biasanya dia datang.Kemudian baginda berdiri menyambut kedatangannya seraya berkata;

“Wahai Jibril,belum pernah aku melihat engkau berubah rupa.” Jibril berkata; “Aku datang setelah Allah memerintahkan aku mengintip neraka.” Rasulullah SAW bertanya; “Wahai Jibril ceritakan kepadaku tentang keadaan neraka!” Jibril menjawab, “Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan jahanam supaya menyalakan api seribu tahun hingga menjadi putih. Lalu Dia memerintah supaya menyala seribu tahun lagi hingga menjadi merah. Dan kemudian Dia memerintahkan supaya menyala seribu tahun lagi, sehingga warnanya bertukar menjadi hitam pekat. Tidak kelihatan lagi cahayanya dan tidak terpadam lagi nyalanya.

Demi zat yang mengutusmu sebagai Nabi dengan benar, kalau jahanam itu dibuka sebesar lubang jarum,matilah seluruh penghuni bumi kerana kepanasan.

Demi zat yang mengutusmu dengan kebenaran ,jika sahaja seorang penjaga jahanam menjelma ke dunia ,tentulah seluruh penghuninya akan mati kerana ngeri melihat rupanya yang amat buruk serta baunya yang amat busuk.

Demi zat yang mengutusmu dengan kebenaran ,kalau sepotong rantai ahli neraka,yang telah dijelaskan Allah dalam kitab-Nya itu diletakkan di atas gunung,tentu akan lebur dan meleleh ke dasar bumi.”

Kemudian Rasulullah SAW memandang Jibril yang telah menangis itu lalu bertanya: “Wahai Jibril, mengapa engkau menangis ,engkau telah mempunyai kedudukan di sisi Allah.” 

Jibril menjawab: “Bagaimana aku tidak menangis. Justeru aku lebih berhak menangis. Siapa tahu dalam ilmu Allah keadaanku menjadi lain. Aku tidak tahu, kalau-kalau diseksa dengan seksaan Iblis. Bukankah Iblis itu sendiri juga daripada malaikat. Aku tidak tahu. Kalau-kalau aku diseksa seperti seksa Harut dan Marut.” 

Kemudian Rasulullah SAW menangis sampai ada suara memanggil ; “Wahai Jibril dan Muhammad, kamu telah diamankan. Tidak akan menderhakai-Nya.”

Jibril kemudian naik dan Rasulullah pun keluar. Lalu baginda berjumpa dengan orang-orang Ansar yang tertawa riang dan bermain-main. Rasulullah SAW bersabda; “Adakah engkau tertawa sedang di belakangmu ada neraka? kalau engkau tahu apa yang aku tahu,tentu engkau akan sedikit ketawa dan banyak menangis.Tentunya kamu tidak lalu makan dan minum. Malah kamu akan keluar ke masjid, bertiarap kepada Allah SWT.”

Kemudian ada suara memanggil: “Wahai Muhammad ,janganlah engkau membenci hamba-ku. Engkau Kuutus sebagai pemberi khabar gembira,bukan untuk menyedihkan mereka.”

Rasulullah SAW lalu bersabda: “Luruskanlah dan mendekatlah.”

Dirawikan bahawa Rasulullah SAW berkata kepada Jibril, “Aku tidak pernah melihat Malaikat Malik tertawa.” Jibril menjawab: “Dia tidak pernah tertawa sejak neraka diciptakan.”

Ibnu Majah dan Al-Hakim meriwayatkan; “Sesungguhnya apimu (di dunia) ini sebahagian daripada tujuh puluh bahagian api neraka. Itupun kalau tidak dicuci dengan air dua kali, takkan berguna bagimu.dan sesungguhnya api itu berdoa kepada Allah supaya tidak dikembalikan ke neraka.”

Al-Baihaqi meriwayatkan; “Umar RA membaca ayat;

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat kami, kelak akan kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

(Surah an-Nisa’:56)


Dia lalu berkata; “Wahai Kaab, cuba tafsirkan ayat ini! Jika kamu benar,aku terima. Jika kamu bohong, tidak kuterima.” Kaab berkata; “Sesungguhnya kulit manusia dibakar dan ditukar dalam sesaat atau dalam sehari ribuan kali.” Umar berkata, “Kamu benar,”

Al-Baihaqi meriwayatkan; “Bahawa dalam menerangkan ayat tersebut,Hassan al-Basri berkata, “Api itu memakan mereka setiap hari tujuh puluh ribu kali.Setiap kali selepas dibakar,dikatakan kepada mereka; “Kembalilah.” Lalu kembali seperti sediakala.”

Imam Muslim pula meriwayatkan ; “Didatangkan seorang ahli neraka yang di dunia hidup paling nikmat. Kemudian dia dicelupkan ke neraka sekali,lalu dinyatakan kepadanya; “Wahai manusia,apakah kamu melihat kebaikan dan apakah kamu pernah menjumpai kenikmatan?” Dia berkata, “Tidak , demi Allah,wahai tuhanku.” Kemudian didatangkan pula seorang ahli syurga yang di dunia papa. Dia dicelup ke syurga lalu ditanya, “Wahai manusia ,apakah kamu melihat kepedihan dan apakah kamu pernah menemukan kepedihan?” Dia menjawab , “Tidak ,demi Allah ,wahai tuhanku. Aku tidak pernah merasakan kepedihan sama sekali.”

Ibnu Abbas merawikan; “Tangis dikirimkan kepada ahli neraka. Mereka menangis hingga kekeringan air mata. Kemudian mereka menangis darah. Sehingga keadaan muka mereka seperti jurang yang kalau dikirimkan perahu ke situ akan boleh berjalan.”

Abu Ya’la meriwayatkan ; “Wahai sekalian manusia,menangislah! Jika kamu tidak boleh menangis, maka buat-buatlah menangis. Sesungguhnya ahli neraka itu menangis di neraka sampai air mata mereka meleleh ke pipinya bagai anak sungai. Setelah air matanya kering lalu mengalirlah darah sehingga melukai mata.”

( Dipetik daripada terjemahan Mukasyafah al-Qulub: Imam al-Ghazali )

::Apabila kamu selesai membaca tasyahud akhir sebelum Salam maka bedoalah perlindungan pada Allah dari 4 perkara: Daripada azab neraka, azab siksaan kubur, fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah, kejahatan Dajjal. (Hr Muslim)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab api neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah/ujian ketika hidup dan mati dan dari kejahatan fitnah Dajjal”.


Bicara Pensel & Pemadam..Logik je kan..~

Pensel : Saya minta maaf. Pemadam : Utk apa? Awak x buat salah pun.
Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.
Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung x kisah tentangnya kerana saya di.........buat utk membetulkan kesilapan yg awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yg saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya benci melihat awak bersedih. :) . .

Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai pemadam di atas & kita pula sebagai pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yg kita lakukan. Kadang-kala mereka terluka, akan menjadi kecil(tua) & akhirnya hilang(meninggal dunia) Jagalah ibubapa anda & balaslah jasa mereka dgn kebaikan.


Saturday, November 19, 2011

Cara-Cara Terbaik Menjawab Setiap Persoalan Si Lelaki Dalam Chat..~

Bila kita tengah chatting ke,atau tengah berbual-bual ke, ada sesetengah lelaki/perempuan yang sweet talker dan berani untok bercakap luahan isi hati dia. Tapi sweet-sweet talker ini dia tak cakap direct. Untok tackle seseorang,dia mesti ada mukadimah dan beberapa ayat untok menjadikan sesuatu hubungan itu bertambah intim.

Tetapi para wanita,harus berhati-hati! Sebab wanita mudah terpedaya dengan
mukadimah ini. Ada yang dah tau trik trik ayat lelaki yang nak mengorat dia. Tetapi ramai yang tak tau macam mana nak mengelakkan diri daripada insan insan yang bermulot manis ini. Maka pada hari ini,aku akan memberi sedikit idea,bagaimana ingin mengelakkan diri daripada dingorat.

Soalan: Hai,apa khabar?
Jawapan 1: Sihat je...Awak?
Jawapan 2: Aku ada kanser pangkal rahim. Boleh kau bayarkan kos dia tak?
Jawapan 3: Khabar pun tak tau? Kau kena bukak Kamus Dewan Edisi keempat ni...
Jawapan 4: Alhamdulillah. Allah masih lagi memberikan kesihatan fizikal dan rohani saya untok menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Saya masih lagi mengenal lelaki yang baik dan lelaki yang buruk. Dan saya dapat hidu teknik awak yang lemah untok mengorat saya ni.

Soalan: Awak buat apa tu? Busy ke? Sori ye ganggu...

Jawapan 1: Eh,taklah...Saya tengah upload gambar je...Tak busy pun..Awak buat apa tu?
Jawapan 2: Aku busy gila ni. Kau ni penyibuk la.
Jawapan 3: Aku tengah mandikan ikan aku ni. Busy sikit.
Jawapan 4: Saya sedang baca blog tentang tajuk 'Kepentingan menjaga ikhtilat(pergaulan) sesama muslimin dan muslimat'. Lepas baca,saya menjadi semakin insaf. Awak pun kena baca sekali tau. Nah,URL dia.

Soalan: Awak,nak nombor telefon boleh?

Jawapan 1: Boleh,nah,0123456789. Nombor awak berapa?
Jawapan 2: Tak boleh. Ni nombor saya. Bukan nombor awak...
Jawapan 3: Maaflah wak...Saya bukan penjaga kedai handphone. Saya tak jual nombor telefon.
Jawapan 4: Kalau kau rasa dengan mengambil nombor telefon ni,dapat meningkat pahala kau, dapat mengelakkan kau daripada mengheret aku ke kancah penzinaan, kau ambillah. Tetapi syaratnya, time nak qiamulail kau wajib kejutkan aku, kau kena ingatkan aku solat dhuha setiap hari dan kau kena selalu bagi tazkirah dalam SMS lepas solat fardu-5 kali sehari. Kau mampu? kalau tak mampu,tak payah ada nombor telefon aku.ok.

Soalan: Awak,saya nak kawan boleh?

Jawapan 1: Boleh saja :-) Saya tak kisah pun siapa siapa nak kawan dengan saya.
Jawapan 2: Boleh. Kat zoo banyak kawan awak.
Jawapan 3: Memang kita dah kawan kan? Kalau kau cucu saya,maksudnya saya ni nenek awak. Bukan kawan.
Jawapan 4: Bukankah kita sesama Islam. Maka kita adalah bersaudara. Awak minta saya untok berkawan seolah-olah saya terlalu asing bagi awak,padahal kita mengucap kalimah syahadah yang sama. Tetapi,dalam Islam,kita ada batasan untok berkawan. Lelaki dengan perempuan Allah dah suruh kita membatasi pergaulannya. Awak boleh kawan dengan saya,tetapi awak jangan sesekali melampaui apa yang Allah suruh.

Soalan: Awak,awak tau tak awak ni perempuan paling cantik yang pernah saya tengok?

Jawapan 1: Yeke? Ee...mana adalah...saya tak cantik pun...~
Jawapan 2: Eh,mestilah. Dah lama awak kenal saya,baru perasan ke saya ni cantik?
Jawapan 3: Kesian. Mak kau buruk ye?
Jawapan 4: Memang saya cantik. Semua kejadian yang Allah cipta,semuanya cantik. Allah itu maha cantik. Lalu Dia jadikan semua makhluknya cantik. Alhamdulillah,Allah beri kelebihan kepada saya. Tetapi saya sebenarnya takut sangat dengan kecantikan saya,sebab dengan kecantikan saya inilah ramai lelaki bernafsu melihat saya. Saya berasa sangat berdosa. Astaghfirullah!

Soalan: Awak,awak asal mana? Duduk kat mana?

Jawapan 1: Saya tinggal kat Seremban je...Area Jusco..Awak duduk mana?
Jawapan 2: Apa bangang punya soalan. Saya duduk kat kerusi lah! Takkan duduk kat awan!
Jawapan 3: Kenapa nak tau? Nak rompak ke?
Jawapan 4: Saya berasal daripada air mani dan rahim kedua ibu bapa saya. Saya duduk di tempat di mana Allah menyuruh saya melakukan kebaikan dan menolak keburukan. Kalau awak tak buat apa yang saya buat di tempat tinggal saya ni,awak boleh pergi ke alam lain.

Soalan: Saya macam pernah jumpa awaklah. Kita pernah berjumpa ke?

Jawapan 1: Eh? Ada ya? Hhihihii.., Saya pun tak ingatlah...Mesti kita jumpa kat kem ke,pertandingan sekolah lama ke kan?
Jawapan 2: Muka macam pendatang haram. Ada hati cakap pernah jumpa aku.
Jawapan 3: Kau ke yang curi beg tangan mak kawan aku hari tu?
Jawapan 4: Ya,kita pernah berkumpul di alam roh,ketika kita beratur untok masuk ke dalam rahim ibu masing-masing. Mungkin ketika itu kita terserempak. Alhamdulillah. Allah masih mengekalkan ingatan itu kepada awak.

Soalan: Awak,saya nak gambar awak boleh?

Jawapan 1: Hehehe...Nak gambar tu buat apa?
Jawapan 2: Tak boleh. Nanti kau edit gambar aku jadi gambar porno.
Jawapan 3: Kau nak buatkan pasport untuk aku ya?
Jawapan 4: Astagfirullah. Lelaki tidak boleh ada gambar perempuan untok simpanan peribadinya selagi ia bukan hak milik sah melalui nikah. Kalau nak sangat gambar saya, datang ke rumah,jumpa dengan mak ayah saya,pinanglah saya. Nanti mereka akan bagi gambar. Bukan begini caranya.

Soalan: Awak,jom keluar nak?

Jawapan 1: Urm..Bila?
Jawapan 2: Boleh. Tapi nanti kita dating kat kilang pembuatan pasir ye.
Jawapan 3: Kalau setakat ajak keluar sebab nak try pegang tangan aku,baik tak payah lah ajak aku keluar!
Jawapan 4: Saya tak kisah,tetapi saya perlu bawa mahram saya. Masa keluar nanti,awak tak boleh dekat dengan saya,kita tak boleh berdua-duaan dengan saya,dan tak boleh nak sentuh kulit saya. Saya akan bawa mak,ayah,nenek,datuk dan adik beradik saya ikut sama.

Soalan: Awak,saya single lagi. Awak pun single kan? Jadi...Urm...

Jawapan 1: Saya single jugak....Jadi apa ye awak? hehehe...pelik tiba tiba awak tanya ni...
Jawapan 2: Padan muka kau!hahahahahaha!!!dasar tak laku
Jawapan 3: Tulah. Kau tu buruk sangat. Sebab tu takde perempuan nak lekat.
Jawapan 4: Bukankah Allah ada bersama awak? Allah ada bersama saya. Awak nak kapel dengan saya,adakah awak akan meninggalkan Allah kerana saya? Kalau awak tinggalkan Allah kerana saya,maka saya tak boleh terima ajakan kapel awak sebab hanya syaitan sahaja menjadikan manusia lalai mengingat perintah Allah.


Jadi macam mana? Ok tak jawapan-jawapan tersebut?Haha. sy rasa setiap jawapan 1,bukan nak mengelak,Tapi tu semua jawapan melayan..kalau saudari2 sekalian mnusia yg pintar,pandai2lah pilih jawapan yg selayaknya..^_^

Friday, November 18, 2011

Kau Teman Kau Sahabat..~

Apabila BERTEMAN; jangan mengharapkan KEISTIMEWAANNYA,
Kerana engkau mungkin MEMBENCI tatkala ketemu KELEMAHANNYA..
Apabila BERKAWAN; jangan mengimpikan KESEMPURNAANNYA,
Kerana engkau mungkin MENCELA andai terlihat KECACATANNYA..
Apabila BERSAHABAT; jangan bersandarkan HARTA MILIKANNYA,
Kerana engkau mungkin MENGHINDAR tatkala dia dihimpit KEMISKINAN..

Tetapi BERUKHWAHLAH KERANA ALLAH SWT..
Nescaya akan lahir PERSAHABATAN yang TULUS..
Yang dengannya akan saling BERKONGSI KENIKMATAN,..
Yang dengannya akan saling MENDOKONG KESULITAN..
Yang dengannya akan saling MENASIHATI kepada KEBAIKAN..
Yang dengannya akan saling MELENGKAPI tiap-tiap KEKURANGAN dengan KELEBIHAN yang dimiliki.. DEMI MENDAMBAKAN REDHA ILAHI..!


Ukhuwah Fillah Abadan Abada..~

Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …
Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu …
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …
Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …

Nabi SAW bersabda :

“Doanya seorang muslim untuk saudaranya yang tidak bersamanya pasti dikabulkan. Di dekat kepalanya ada malaikat yang menjaganya. Setiap kali ia berdoa untuk kebaikan saudaranya, malaikat itu berkata “Amin”, Dan engkau akan mendapatkan yang serupa.” (Muslim: 48-Kitab adz-Dzikr wad Du’aa’, hlm. 88)

Dalam sebuah hadis qudsi Allah swt berfirman :

“KecintaanKu pasti akan diberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling mengunjungi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling memberi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling menjalin persaudaraan keranaKu” … (Riyadhus Salihin)



Thursday, November 10, 2011

"Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya"!!



Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika
Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk
syaitan...


Wednesday, November 9, 2011

Cerita Sepasang Kapel..~

cerita yang aku copy from fb..agak menarik untuk dik0ngsikan. tentang bagaimana se0rang banat yang pernah hanyut, kini insaf, mengharap cinta Allah.<3
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum awak .
awak , saya minta maaf atas segalanya . mungkin ini khilaf saya . saya tak tahu , saya harap sekarang awak bahagia . awak , awak ingat tak masa first time kita kenal ? yea , saya akui , saya memang tak pernah jumpa awak . kita kenal dekat cyber jea . masa tuu , kawan awak yang merupakan member kelas saya , bagi number saya dekat awak . kita masing-masing dalam tingkatan 1 . awak ingat lagi kan ?


huuu , masa tuu , awak beriya-iya nak kenal dengan saya . awak selalu hantar mesej , awak selalu callsaya . tapi masa tuu , saya bukan jenis yang suka berkawan dengan lelaki . saya tak suka dibayangi lelaki dalam hidup saya . saya pernah couple tapi lepas tuu saya clash , ada sebabnya . sejak tuu saya tak nak berkawan dengan lelaki . tapi awak tak putus asa . awak asyik hubungi saya . even kita tak pernah jumpa , awak selalu kata yang awak nak sangat-sangat kenal dengan saya . maaf awak , masa tuu saya takda perasaan dekat lelaki . saya cuma bergaul dengan budak lelaki dalam kelas , itu pun sikit-sikit , saya cuma bergurau dengan lelaki , yang ada pertalian darah dengan saya .


awak tetap degil . saya terus-menerus biarkan awak . saya tak pedulikan awak langsung . setiap kali awakcall , saya off handphone . tapi lepas tuu awak tukar number lain , awak kacau saya lagi . banyak kali awak buat macam tuu . saya pun tak tahu apa tujuan awak . saya teringin nak tanya , tapi tak pernah . sebab saya jenis yang suka pendam perasaan . lidah saya kelu bila bercakap dengan awak : /


kadang-kadang awak mesej saya berkali-kali , sampai saya rasa nak layan jea . tapi saya tahan . lama-lama saya tak boleh dah . saya bengang dengan awak . saya marah awak , saya tanya kenapa awak kacau saya . awak diam , tapi seminggu lepas tuu , awak mesej saya semula , dengan letak smileypelbagai . eyh , awak tak marah saya ?


saya pun biarkan . dalam hati saya tertanya . siapa awak nie sebenarnya ? akhir sekali saya mengalah . setiap kali awak mesej , saya balas . setiap kali awak call , saya angkat . kadang-kadang saya sendiri yang mulakan mesej dengan awak . saya tak tahu kenapa . ouh , baru saya tahu . awak pelajar maahad yang khas untuk lelaki jea . saya jadi kagum , dalam hati jea laa . saya tak reti berkata-kata sangat . tapi kemudian saya tertanya-tanya . kenapa dengan awak ? tak betul dah ke ? takkan pelajar maahad tak tahu hukum agama ? mana boleh bergaul rapat dengan perempuan ajnabi melainkan ada hal tertentu yang penting . .


saya jadi keliru . tapi saya biarkan perasaan tuu berlalu . kita terus contact . dari handphone , tukar kefriendster , tapi saya tak ingat sangat pasal tuu . yang saya tahu , awak suka mesej saya , hantar ayat-ayat yang sweet . saya pun layan jea laa . sebab saya anggap awak kawan saya , sebab saya memang takda perasaan pada awak ; )


akhir tahun tuu, kita jadi rapat semacam . saya rasa biasa jea , takda apa yang pelik . tapi bila naik tingkatan 2 , saya jadi bingung . awak menghilangkan diri . awak tahu tak ? saya masih ingat lagi . 11 februari tuu , birthday awak kan . saya wish awak segala bagai . kita mesej seharian hari tuu . tapi kemudian , kita terus lost contact . awak langsung tak hubungi saya . dan saya pun , almaklumlah jenis yang malas nak hubungi lelaki nie . jadi saya diamkan diri jea . saya biarkan awak .


tapi dalam hati . diam-diam saya rasa saya dah mula sayangkan awak . saya terus nafikan . saya tak boleh ada perasaan macam tuu . saya tegaskan pendirian saya . saya masih budak-budak lagi , saya bukan sembarangan perempuan , saya dah dididik dalam keluarga yang ada agama . percintaan sebelum nikah adalah haram . dan lagipun saya masih kecil , tak tahu apa-apa lagi , awak pun sama kan ?


saya teruskan hidup saya tanpa awak . even makin hari saya jadi makin kerap ingat awak . saya jadi keliru , tapi saya tetap teguhkan diri . saya sibukkan diri dan dekatkan diri pada Allah . saya minta jauhkan dari segala yang dilarang-Nya . alhamdulillah , usaha saya berhasil . saya langsung tak ingat dekat awak .


tapi semua berubah bila saya naik tingkatan 3 . saya masih insan yang dahulu , yang selalu buat tak endah bila lelaki nak berkawan lebih dari hadnya . saya berkawan macam biasa dengan semua orang , lelaki dan perempuan . saya rasa tak salah , selagi saya pandai jaga batas pergaulan . insyaAllah . dan fokus saya untuk PMR tahun nie .


apa yang berubah ? satu hari , awak mesej saya tiba-tiba . saya jadi terkejut sangat-sangat . saya tak faham , kenapa awak mesej saya ? saya tak balas , saya diamkan diri . tapi esoknya baru saya teringat . semalam birthday awak . saya memang terlupa langsung , tapi saya tetap tak mesej awak , saya diamkan diri jea . seminggu lepas tuu . awak mesej saya semula . saya jadi bingung . akhirnya saya balas juga mesej awak tuu . saya buat macam biasa , macam tak pernah lost contact , like always ( :


kemudian lepas tuu , kita makin rancak berhubungan semula . saya tak tahu kenapa saya rasa gembira . dalam hati saya rasa macam ceria selalu , macam biasa , saya tak tunjukkan .


tapi satu hari tuu , awak mesej saya , awak tanya . "awak dengan siapa sekarang ?" . saya pelik , setahu saya , saya pernah beritahu awak , yang saya anti-couple . hmm mungkin awak lupaa . tak apa laa . saya buat-buat tak tahu . saya balas "takda dengan sesiapa , forever alone ( :" kemudian awak tak tanya dah pasal hal tuu .


mungkin awak dah faham . alhamdulillah . tapi hati saya hancur suatu hari . malam tuu , saya tengahstudy . esok ada exam . saya tak layan handphone sangat . masa saya tengah study , ada mesej masuk . saya biarkan sebab mungkin tak penting . tapi hati saya memang nak baca mesej tuu . saya pun ambilhandphone dan terus buka . daripada awak . saya tersenyum .


kita mesej macam biasa . namun tiba-tiba , awak mesej . "awak , awak nak couple dengan saya tak ?" . tersentap hati saya masa tuu . hancur sangat-sangat . saya fikir awak ikhlas sayangkan saya sebagai kawan . saya ingatkan awak anggap hubungan kita tak lebih daripada kawan biasa . tapi awak dah fikir jauh . awak mungkin tak sedar , saya tak suka dapat pertanyaan macam tuu . saya budak lagi laa .


saya tak balas . esoknya awak minta maaf . saya cuma maafkan awak macam tuu jea , lepas tuu kita kawan macam biasa semula . tapi diam-diam , saya dapat rasakan yang saya sayangkan awak .astaghfirullah , saya rasa berdosa sangat bila jadi macam tuu . saya cuba sibukkan diri , saya layan awak macam biasa . tapi saya tak dapat lupakan perasaan saya . saya tak tahu kenapa tiba-tiba saya jadi macam nie . ya Allah , mungkinkah iman saya lemah ?


tapi persoalan sebegitu tak timbul pada masa tuu . saya terus menerus melayan perasaan pada awak . walaupun awak tak tahu , tapi saya rasa bahagia bila contact dengan awak . saya rasa pelik sangat-sangat , kita tak pernah berjumpa pun , kan awak ? hmm . tuu laa masalah anak remaja zaman sekarang . sampai saya pun terlibat . . saya tak tahu nak kata apa .


satu hari tuu kan , saya stalk facebook awak . saya tak tahu kenapa saya buat macam tuu . ish jahatnya sayaa . lepas tuu . saya tengok album profile picture awak , saya tahu awak handsome , yeah tapi saya tak kisah pun semua tuu . saya dah lama kenal awak , kan ? bila saya scroll down page tuu , saya tengok semua comment dekat album tuu . saya click salah satu gambar , kalau tak silap saya , gambar last dalam album tuu . tiba-tiba saya jadi bengang . awak main comment dengan seseorang , dia perempuan . awak bincang dengan dia tentang seorang gadis yang awak minat , gadis tuu kawan dia . seingat saya nama dia athirah , maaf kalau saya silap . hmmm , awak tak kenal dia sangat , tapi awak nak berkenalan dengan dia lebih rapat , awak kata awak suka athirah tuu .


serta-merta saya jadi cemburu , dalam otak saya dah fikir macam-macam . pelajar agama pun playboy ke , tak sangka langsung . awak nak saya , dia pun awak nak jugak ? saya tak tahu kenapa saya tak dapat kawal diri saya . saya hantar mesej dekat awak . "sampai hati awak buat saya macam nie , saya betul-betul tak sangka !"
tak sampai seminit , awak call saya . tapi saya tak angkat , saya biarkan jea . saya tak sanggup bercakap dengan awak . saya tahan sebak dalam dada , tapi saya tak mampu . akhirnya mutiara jernih tuu jatuh berguguran jua , saya dah tak daya nak menampung . buat pertama kali selepas sekian lama saya antidengan lelaki , last-last ego saya jatuh di tangan awak . saya tak tahu , kenapa mesti awak ?


kemudian awak hantar mesej . "awak , angkat please , saya nak cakap dengan awak )': " . tapi saya still tak balas . saya dah menangis teresak-esak masa tuu . seandainya awak tahu perasaan saya . awak callsaya lagi . sampai 6-7 kali , saya tetap biarkan . and then awak dah give-up . awak mesej saya .


"saya minta maaf if ada sakitkan hati awak , saya tak tahu apa salah saya pada awak . saya cuma nak awak tahu , saya bukan lelaki yang suka mainkan hati dan perasaan orang lain . sebab bila saya buat macam tuu , saya tahu Allah akan balas balik benda yang sama dekat saya . minta maaf , assalamualaikum"


saya biarkan . saya tidur dalam keadaan menangis malam tuu . esoknya , petang , awak mesej saya . awak tanya khabar tapi saya takda mood nak balas . malam tuu awak mesej lagi . awak call banyak kali jugak . hmm , saya pun dah fedup . saya angkat jea laa , tapi saya diam .
awak bercakap sorang-sorang . awak tak tahu kan ? hati saya bergetar dengar suara awak masa tuu .first time , padahal sebelum nie biasa jea . saya menangis , tapi saya kawal suara saya . saya cuba buat suara macam biasa . awak tak perasan ( :


kita berbual macam takda apa yang jadi semalam . tiba-tiba awak tanya , "awak , awak suka saya eyh ?" . saya terkedu . macam mana awak tahu ? tapi saya masih nafikan . saya jawab "takda laa , mana ada . haish awak nie , jangan fikir bukan-bukan" . pelik , sempat lagi saya gelak . hmm padahal nak cover tengah nangis .
tapi suara awak serius . awak tanya saya lagi . "hmm , awak sayang saya ?" saya diam . awak ulang balik soalan yang sama . 4 kali awak ulang , saya ingat lagi . saya tahu awak tak ingat . tak apa laa awak .


tapi awak ingat kan jawapan saya ? hmm . "saya tak suka kat awak laa , saya sayang awak sebagai kawan jea , kenapa awak cakap macam tuu ?" . saya masih nak menafikan . awak terus desak saya .
"betul-betul laa . saya tahu , awak sayang saya kan ? saya dapat rasa . kalau tak kenapa awak hantar mesej macam semalam . macam ada sesuatu jea" .
saya tetap tak nak mengaku . kemudian dengan alasan 'penat' , saya tamatkan perbualan .


awak tak putus asa , awak terus mesej saya lepas tuu . saya tak ingat apa awak hantar . tapi seingat saya , saya ada balas . saya kata ;

"saya hantar mesej macam tuu sebab saya ingatkan awak ikhlas kawan dengan saya , awak ikhlas sayang saya sebagai kawan and tak lebih dari tuu . saya cuma tak sangka yang awak cakap pasal couple apa semua tuu , saya tak suka . that's all , takda apa pun actually . saya minta maaf . maassalamah"

dalam hati saya Allah jea yang tahu betapa beratnya saya nak hantar mesej macam tuu . saya terus nafikan perasaan saya yang semakin sayangkan awak . saya taknak awak tahu , sebab nanti mesti kita hanyut dalam cinta duniawi . saya masih 'sedar' masa tuu , awak . lagipun kita nak PMR kan . .


namun , benteng yang cuba saya bina tak bertahan lama . awak jarang hubungi saya dah . saya rasa sepi , saya tak tahu laa , rasa jauh dari Allah . na'uzubillah . tapi masa tuu saya jadi makin leka . saya asyik teringatkan awak . saya benci diri saya sendiri bila teringat perkara tuu . how i wish i can delete it from my memory .


awak , awak tahu tak ? saya dah mula kesunyian bila awak takda . sampai suatu tahap , saya jatuhkan ego saya , saya biarkan nafsu menguasai diri , saya lemah !
saya hantar mesej pada awak , saya suarakan hasrat hati saya . saya beritahu perkara yang sebenarnya . . saya ceritakan perasaan saya pada awak . tapi saya betul-betul tak jangka . awak tak marah saya . awak cakap yang awak pun sebenarnya sayangkan saya . . saya rasa gembira sangat-sangat masa tuu .saya jadi lupa diri . rasa macam cahaya baru masuk dalam hidup saya .


2 minggu awak , 2 minggu hubungan kita . tapi kan . kita tak couple , kan awak ? kita just being platonic . lebih dari kawan , tapi bukan kekasih . saya rasa happy dalam tempoh dua minggu tuu . kita letak status dekat facebook 'in a relationship' masa tuu . ramai kawan awak add saya , tapi saya tak approve pun , saya just me'not now'kan request mereka . kawan saya pun ada yang add awak , tapi awak selamba jeaapprove , saya tak kisah . and awak ada cakap dekat saya , ayah awak tanya siapa saya sebab dia nampak dekat facebook awak , then awak gurau dengan ayah awak . saya pun tak ingat apa dia . .


kenapa 2 minggu ? eyh , saya kira ? 2 minggu 2 hari laa . awak mesti ingat kan ? satu hari tuu awak callsaya , tanya tentang folio geografi , tapi tak sempat saya jelaskan , awak dah tutup handphone . saya rasa pelik dengan sikap awak , saya cuba hubungi awak lagi , tapi tak dapat . phone awak tak on . saya biar jea laa . taknak cari gaduh dengan awak . yeah mungkin awak sibuk . perasaan risau tuu ada , tapi saya pendam .


then suddenly awak hantar mesej lepas tiga hari . saya terkejut . awak kata .
"maaf , ana telah menyebabkan anti terjebak dalam kegiatan maksiat , assalamualaikum" .
saya directly call awak , mesej awak . tapi satu pun awak tak jawab , satu pun awak tak angkat . saya sedih , saya menangis puas-puas . pedih sangat-sangat hati saya masa tuu .
bila hati dah tenang , saya cuba berfikir dengan waras . saya tak boleh . saya jadi bengang . saya terus mempersoalkan . kenapa awak beriya-iya nak dapatkan saya , 2 tahun awak . 2 tahun ! tapi lepas tuu , awak dah dapat , awak tinggalkan saya macam tuu jea ?
kenapa awak ? apa salah saya )':


alhamdulillah , bila dah lama kita tak berhubung . saya semakin tenang . saya dapat lupakan awak . awak nak tahu ? result exam pertengahan saya melonjak naik . saya gembira sangat . markah saya meningkat mendadak daripada exam bulanan yang lepas . saya bersyukur . mungkin ada hikmah kita tak berhubung ? maybe saya lebih fokus dalam pelajaran ? entah laa . masa tuu , saya nak sangat-sangat share berita nie dengan awak . saya lupa semuanya . saya dah siap taip mesej dekat handphone saya .


bila saya nak hantar mesej tuu , saya cari nama awak , tapi tak jumpa . ouh , baru saya teringat . saya dah tukar nama awak dalam phone saya .
saat tuu , menitis lagi air mata saya , laju jea . baru saya tahu betapa pedihnya kehilangan awak . selama nie saya cuba nafikan , saya ingat 'cinta' kita yang baru-baru nie main-main jea . sebab tuu saya cuba sibukkan diri belajar , untuk lupakan awak . tapi saya tak sedar , yang saya terlalu sayangkan awak .


sebulan kita tak contact , saya mengalah , saya taknak berharap lagi . namun kehadiran awak secara tiba-tiba , menggugat sekali lagi ego saya . saya kalah . awak mesej saya , takda salam , takda mukadimah . terus lirik lagu samsons , masuk inbox saya .


"walau ku masih mencintaimu , ku harus meninggalkanmu , ku harus melupakanmu ;
meski hatiku menyayangimu , berani membuntukanmu , ku harus merelakanmu"


saya hampir tergelak dalam tangisan . sebab awak salah lirik . tapi takpa laa , asalkan maksud dia sampai . saya teragak-agak nak balas . sebab saya betul-betul nak lupakan awak . tapi , saya taknak jadi insan yang memutuskan silaturahim . jadi saya balas jea laa ~


kita mesej , tapi saya rasa awkward . entah laa awak . bila awak tanya "awak masih sayang saya lagi ?" . sebenarnya saya tak tahu nak jawab apa . tapi saya jawab apa yang terlintas di hati saya masa tuu .
"saya tak pernah berhenti menyayangi awak"
"kenapa awak sayang saya ?"
"sebab Islam yang awak pegang . and saya harap awak dapat tunjukkan saya ke arah Jannah-Nya"


awak , saya tersilap masa tuu . saya betul-betul menyesal . redha Allah hanya akan diberi pada hamba yang beriman , kan ? saya dah salah tafsir . saya ingat dengan 'bercinta cara Islam' nie boleh laa kan ? nasihat satu sama lain ke arah kebaikan . . tapi , ternyata memang salah awak . sekarang baru saya sedar .


tapi dulu , saya buang jauh-jauh apa yang saya rasa tuu . bila awak contact saya balik , saya rasa happy. kadang-kadang saya teringat semula usaha yang saya dah buat , untuk lupakan awak . tapi saya tak endahkan langsung . saya biarkan diri saya terus hanyut , dan awak pun sama sahaja !


saya pernah tanya awak . kenapa awak putuskan hubungan kita masa tuu ? awak kata sebab masa tuu awak baru balik dari kem motivasi and ibadah . awak tanya brother kat situ apa hukum couple nie . dia pun jelaskan semuanya . kemudian awak tanya macam mana nak putuskan hubungan couple tuu ? brother tuu suruh laa awak buat , yang macam awak hantar mesej kat saya tuu .
0uuh , baru saya faham . terimakasih awak ( :


bila saya cakap dekat awak , sebulan lebih kita tak contact . awak jawab . "ouh , tuu pun nak kisah ke ?"
masa tuu baru saya rasa macam baru bangkit dari mimpi . awak memang dah betul-betul berubah ke arah yang lebih baik . alhamdulillah . saya harap saya pun dapat buat macam tuu . saya akan cuba .


and then , cuti pertengahan tahun pun tiba . awak balik rumah ~


hmm , awak nak tahu ? masa malam tuu , awak dekat tuisyen . awak bagi saya number phone ibu awak . saya bergurau jea mula-mula . tapi awak bagi betul-betul . awak suruh saya berborak dengan ibu . saya ikut jea laa . tapi saya cakap sikit jea awak , saya tak reti laa . balik tuisyen , awak tanya apa jadi . awak gelakkan saya , happy sangat-sangat masa tuu .
tapi , bila awak balik . tengah malam tuu awak text saya . saya pun balas laa . kita tengah bergurau . tapi tiba-tiba awak marah saya . awak kata "apa yang awak faham haa?!! kalau tak faham cakap jea laa tak faham !!"
tersentap hati saya , awak . . saya online , saya cuba chat dengan awak tapi awak kata takda mood . hmokay fine saya taknak cari gaduh , saya biarkan awak tenang dulu . .


pagi tuu , hujung minggu saya try mesej awak . tapi awak buat tak layan jea . last-last saya pun dah malas . saya cakap "K" .
tengah hari baru awak balas . tapi saya rasa bengang , awak tahu tak . tak perlu balas kalau setakat nak cakap "buat apa nak sedih , takda kerja nak sedih-sedih nie , buang masa jea" .
awak memang tak memahami . awak memang dah jauh berubah . if awak lost contact dengan saya , saya rasa lagi senang hati kowt . so tak perlu laa awak nak perli saya sampai macam nie , kan ? ( :


saya tak tahu apa yang saya dah buat . saya ingat bila kita dah kawan semula macam dulu , macam biasa , and takda hal-hal merepek love-love nie antara kita . we can just be cool and awesome , like nothing had happened , right ? we did , yeah lepas lost contact tuu kita kawan macam biasa , macam tak pernah gaduh kan ?
tapi kenapa awak tiba-tiba jadi macam nie . . bingung saya . .


awak , awak ingat tak ? hari tuu , awak marah saya lagi . awak marah saya teruk sangat-sangat . nasib baik saya tengah duduk dengan family ramai-ramai masa tuu . kalau tak confirm air mata mengalir deras waktu tuu jugak .
masa tuu , saya start mesej . saya tanya awak , dah siap belum folio sejarah ? awak kata belum . sepuluh words saya bagi , satu jea awak balas . baik takpayah , kan awak ( :
then suddenly jea . awak hantar .


"kalau awak dah takda apa-apa hal lagi dengan saya , tolong jangan bazirkan credit awak mesej saya boleh tak ? and tolong jangan perabiskan duit makbapak saya nak mesej awak . 0kays ? "


cool ! that's it ! awesome !
that's the last message y0u had ever send to me , right ? memang saya terus naik bilik and nangis puas-puas laa . haish , sooo unmatured . tapi awak tak tahu kan ? awak tak tahu saya sedih kan ? awak tak tahu saya menangis kan ? awak tak tahu saya sakit hati kan ? and the most important thing is , awak tak pernah tahu siapa saya . . kan ( :


sejak hari tuu , saya terus decide taknak ambil tahu apa-apa pun pasal awak lagi . saya taknak terlibat lagi dalam gejala tak bermoral macam nie . cinta sebelum nikah ? astaghfirullah . semua nie hanya mengundang dosa daripada Allah . layak ke kita nie jadi hamba yang mengaku beriman kepada-Nya ?


saya terus diamkan diri , dan tak buat apa lagi . kadang-kadang saya kutuk diri sendiri , kenapa ego yang selama nie saya pertahankan , boleh jatuh dekat tangan lelaki yang langsung saya tak pernah jumpa ! kenapa ? saya tak tahu , yang saya tahu setiap perkara yang terjadi Allah adakan hikmahnya . perkenalan kita tak sia-sia awak . suatu hari nanti kita akan tahu hikmahnya . cuma masanya tak sesuai , sebab kita kan budak-budak lagi . baru tingkatan 3 laa , study dulu : /


awak . awak tak pernah tahu yang saya pernah 'lupa' pasal awak kan ? hari tuu , saya terlibat dalamincident sikit , tak serius pun tapi effect my brain a little bit . saya jadi lupa ingatan , err sedikit jea laa . tentang pelajaran alhamdulillah , semua okays . tapi nak tahu ? i lost all my memories , and everything about you .
ouh , how i wish i can go back to that time and never remember about you again . .


bila dekat sekolah jea , kawan yang dulu saya selalu cerita pasal awak dekat mereka . mesti tanya , saya dengan awak macam mana ? saya tak tahu nak jawab apa , sebab saya langsung tak ingat awak . waktu tuu saya jadi macam orang asing . blurr sangat-sangat . saya langsung tak kenal awak even kawan saya suruh saya tengok gambar awak . at that time , how i really struggle to get back my memory about 'who are you' but i couldn't . it's just too hurts maybe ?


tapi lama-kelamaan , saya dapat ingat awak semula . sikit-sikit , saya cuba mengenali awak . tapi saya tak pernah cuba contact awak semula . saya taknak menangis macam dulu lagi . saya biarkan semuanya , saya berjalan terus ke hadapan , saya tak menoleh ke belakang lagi .
saya takkan hiraukan awak lagi , biarlah awak dengan kehidupan awak . asalkan awak bahagia , saya tak kisah . i will just keep moving forward .


hari tuu , saya ada online facebook . ada banyak notification sebab saya dah lama tak buka facebook . then , saya nampak ada satu notify daripada kawan awak yang add saya . dia ada comment dekat status awak , dia tag nama saya .


awak buat status lebih kurang macam nie laa : "teringat dekat dia , menyesalnyaa . apa aku dah buat kat dia , sampai diaa . . . oh tidaakk !"
kawan awak tuu comment : " *nama saya* ?? "
kemudian awak balas : "takda laa , cantik lagi dari dia ."


masa tuu kan awak , saya tersenyum jea . tapi awak nak tahu tak ? saya tak sedar langsung air mata saya menitis . sampaikan adik saya tegur kenapa saya menangis , baru saya tersedar ( :
saya tahu saya tak cantik macam 'teman baru ' awak . saya sedar saya tak layak untuk awak .
tapi awak , saya bersyukur sangat-sangat sebab Allah selamatkan saya daripada dilukai awak dengan lebih teruk .


hari demi hari , saya terus fokus untuk PMR . saya anggap apa yang awak dah buat selama nie , sebabego awak sebagai lelaki . saya cuba sedaya upaya untuk lupakan awak .
setiap kali kawan-kawan saya tanya tentang awak , saya cepat-cepat tukar topik . at last mereka faham , dan mereka tak cerita tentang awak lagi . saya lega .


walaupun secara lisan saya kata kepada kawan-kawan saya , yang saya dah maafkan awak .
tapi dalam hati saya , Allah jea yang tahu , awak . . . maaf , saya masih tak dapat terima semua nie . saya dah cuba , tapi mungkin belum masanya .


baru sahaja tadi , awak call saya . saya tengah study masa tuu . awak call saya guna unknown number . saya angkat jea call tuu . saya ingat siapa laa , tak kenal langsung .
tiba-tiba awak suruh call balik , saya cakap "insyaAllah" . dah laa masa tuu saya tak tahu awak yang call .


saya call awak semula . saya tanya , "nie siapa ?" . bila awak sebut nama awak , saya terus terdiam . saya tak tahu nak cakap apa awak .
awak tanya saya , "kenapa ? terkejut ke ?" . of course saya terkejut , sebab awak menghilang punya laa lama . then tiba-tiba awak contact saya semula . kali terakhir awak contact saya . time awak marah-marah saya tuu . saya ingat lagi awakk . yea saya tahu awak tak ingat pun .


awak , awak tahu tak . masa tuu saya rasa geram sangat-sangat . awak bercakap dengan saya , macam tak pernah berlaku apa-apa antara kita . slumberland jea kan ? awak tanya hidup saya macam mana , itu ini itu ini . saya pun jawab ala kamdar jea .
memang saya sakit hati sangat . saya menangis masa tuu , dan awak boleh kesan saya menangis . tak sangka awak masih tak lupa kan apa saya buat kalau kita calling . . hmm ?
awak boleh pula tanya saya , "awak , awak nangis ke . awak jangan laa nangis . kenapa nie awak ?"
yaAllah , luluh hati saya dengar . memang sweet suara awak masa tuu .


tapi , sweet awak dah tak mampu nak buat apa-apa . hati saya dah keras , awak . saya rasa macam saya dan benci sangat-sangat dekat awak .
bila saya cakap , "yea laa . dah awak hari tuu marah-marah saya , sekarang call saya pulak"
awak just cakap 'sorry awak ' banyak kali . awak , your sorry don't mean anything anymore to me .


saya terus letak phone tadi . saya tak mampu nak berbicara dengan awak lagi . biarlah kisah kita terhenti sampai di sini . saya taknak ulangi kesilapan lalu . apa yang dah jadi biarkan berlalu .


awak text saya : "semoga berjaya dapat straight A . buat yang terbaik . doakan untuk saya yea . saya pun doakan untuk awak , kalau saya ingat laa . . k salam"
saya balas : "maaf , saya masih tak dapat terima perbuatan awak . assalamualaikum"


kemudian saya terus off handphone saya . saya menangis teruk betul tadi . saya tak mampu nak tahan lagi , saya tak daya nak menampung sebak nie lagi .
orang pernah kata , " jika hari ini anda membenci seseorang itu setengah mati , itu bererti anda pernah mencintainya setengah mati suatu ketika dahulu ."
yea . memang saya sedang melaluinya . dulu saya sayang bagai nak rak dekat awak . hari nie , saya memang benci sangat-sangat dekat awak .


saya minta maaf atas segala kesilapan saya selama ini terhadap saya .
even salah awak atau salah saya . memang saya yang selalu mengalah . jadi . kosong-kosong okays .


saya doakan yang terbaik untuk awak . mungkin ambil masa untuk luka ini sembuh sepenuhnya .
tapi saya yakin dengan adanya Allah , saya tidak sendirian . semoga awak berbahagia .
saya tinggalkan awak , kerana saya lebih cintakan Allah . saya harap awak berubah suatu hari nanti . .


assalamualaikum , awaakk . .


p/s : mungkin menghabiskan masa jea saya menaip nie . tapi sekurang-kurangnya , beban di hati saya luntur jua walaupun tidak semuanya . jika awak ada terbaca surat saya ini di mana-mana , kemungkinan besar di ruang cyber . ketahuilah bahawa insan ini hanya mengharapkan keredhaan Allah .
terima kasih kerana pernah memberi saya sebuah erti 'kasih sayang' suatu ketika dahulu . .
~ live as the way of Islam ~