Saturday, April 30, 2011

Hati Ni Untuk Saper?






Untuk apa berdoa?

Andai diri terasa berkuasa.


Untuk apa mencari redha?

Andai diri gila dunia.


Untuk apa mendambakan cinta?

Andai diri dibiar ternoda.


Kalau hati gundah tercalit nafsu, iman yang bagaimana ingin di tuju,

Kalau hati sudah hilang perasaan malu, pada siapa ingin mengadu.


Celakalah buat diri yang tiada sedar,

Celakalah buat diri yang sudah hilang arah tuju.


Kemuliaan dicari, kehinaan yang ditemui.

Kasih sayang ditunggu, kebencian yang datang dahulu.


Duhai, inikah namanya sebuah pencarian Illahi?
UNTUK SANTAPAN BERSAMA...

Hate..!!





Seorang gadis Cina bernama Li-Li menikah dan tinggal bersama suami dan ibu mertua. Semenjak itu, Li-Li menyedari bahwa dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan ibu mertuanya dalam semua perkara. Sikap dan prinsip mereka berbeza dan Li-Li sangat marah dan tidak begitu menyenangi ibu mertuanya. Li-Li juga sering dikritik ibu mertuanya. Hari demi hari, minggu demi minggu, Li-Li dan ibu mertua tidak pernah berhenti berleter dan bertengkar. Keadaan menjadi bertambah buruk, kerana berdasarkan tradisi Cina, Li-Li harus taat kepada setiap permintaan ibu mertua.

Semua ketegangan dan pertengkaran di dalam rumah menyebabkan si suami yang miskin itu berada di dalam tekanan. Akhirnya, Li-Li tidak tahan lagi dengan sikap panas baran dan dominasi ibu mertuanya, dan dia memutuskan untuk melakukan sesuatu.

Li-Li pergi menemui teman baik ayahnya, Mr. Huang, yang menjual herba ubatan Cina. Li-Li menceritakan segala masalah yang dialaminya dan meminta Mr.Huang memberinya sejumlah racun supaya masalahnya dapat diselesaikan.

Mr. Huang berfikir sejenak dan tersenyum dan akhirnya berkata,"Li-Li, saya akan menolong kamu, tapi kamu harus dengar dengan teliti dan melakukan apa yang saya suruh"
 

Li-Li menjawab, "Baik, saya akan melakukan apa saja yang pakcik minta."
 

Mr. Huang mencari-cari sesuatu di dalam sebuah bilik dan kembali beberapa minit kemudian dengan membawa sejumlah herba.
 

Dia memberitahu Li-Li, "Kamu tidak boleh menggunakan racun yang bertindak-balas cepat untuk membunuh ibu mertuamu, kerana nanti akan menyebabkan orang berasa curiga. Oleh sebab itu saya memberi kamu sejumlah herba yang secara perlahan akan meracuni tubuh ibu mertuamu. Setiap hari masakkan daging atau ayam dan kemudian campurkan sedikit herba ini. Untuk memastikan bahawa tidak ada orang yang mencurigaimu, kamu harus berhati-hati dan berbuat baik dengan ibu mertuamu. Jadikan dia sebagai sahabat. Jangan berdebat dengannya, taati dia, dan layani dia seumpama seorang ratu."

Li-Li berasa sangat senang. Dia kembali ke rumah dan mula merancang pembunuhan ibu mertuanya.

Minggu demi minggu berlalu, bulan berganti bulan, dan setiap hari, Li-Li memasakkan ibu mertuanya dengan masakan yang dibuat secara khusus. Li-Li ingat segala pesanan Mr. Huang. Untuk mengelakkan sebarang kecurigaan, Li-Li berhati-hati mengawal emosinya, mentaati ibu mertuanya, melayan ibu mertuanya seperti ibunya sendiri dan bersahabat.
 

Setelah enam bulan berlalu, suasana rumah berubah menjadi ceria. Li-Li telah belajar mengawal emosinya dengan baik sehingga hampir tidak pernah meledak dalam amarah atau kekecewaan. Dia tidak bertengkar sekalipun dengan ibu mertuanya, yang sekarang kelihatan jauh lebih baik dan mudah bersahabat.

Sikap ibu mertua terhadap Li-Li juga berubah. Dia mula menyayangi Li-Li seperti anaknya sendiri. Dia semakin senang memberitahu teman-teman dan kenalannya bahawa Li-Li adalah menantu terbaik yang pernah ditemuinya. Li-Li dan ibu mertuanya sekarang sangat rapat di antara satu sama lain.
 

Suami Li-Li turut gembira melihat perubahan yang berlaku. Suatu hari, Li-Li datang menemui Mr. Huang dan minta pertolongan lagi. Dia berkata, "Mr. Huang, tolonglah saya untuk mencegah racun itu membunuh ibu mertua saya. Dia telah berubah menjadi seorang wanita yang sangat baik dan saya mengasihinya seperti ibu saya sendiri. Saya tidak ingin dia mati kerana racun yang saya berikan."
 

Mr. Huang tersenyum dan mengangkat kepalanya. "Li-Li, tidak usah bimbang. Saya tidak pernah memberimu racun. Herba yang saya berikan dulu adalah vitamin untuk meningkatkan kesihatannya. Satu-satunya racun yang pernah ada ialah di dalam fikiran dan sikapmu terhadapnya, tapi semuanya sudah lenyap dibersihkan oleh kasih sayang dan perhatian yang kamu berikan padanya."

Moral:Pernahkah anda menyedari bahawa sebagaimana perlakuanmu terhadap orang lain akan sama dengan apa yang akan mereka lakukan terhadap kita?
 

"Pepatah China berkata: Orang yang mengasihi orang lain akan dikasihi"


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: ”Sesiapa yang ingin dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang).” (Hadis riwayat Bukhari)  

best..(^__~)suke..

Bercouple Berlandaskan Islam Hanya Dalam Khayalan..~

Friday, April 29, 2011

Umpama Segengam Garam~

Seorang guru sufi menemui muridnya yang asyik termenung dan berwajah murung..Guru sufi tersenyum apabila mendengar masalah yang diceritakan muridnya..

"Nah ! ambil segelas air dan bubuh segenggam garam !"arah si guru sufi,


si murid pun mengikut arahan gurunya dan memasukkan segenggam garam..


"cuba minum sedikit !"arah si guru sufi..


wajah murid itu mencebik setelah minum air masin itu..


"fuhh..!!masin..!!tekak mual..!!"jawab si murid..


Peliknya guru sufi itu hanya tersenyum sambil ketawa..Si murid tadi masih hairan ,mengapa gurunya menyuruh meminum air garam .."nak,sekarang mari ikut cikgu ke tasik"


"lemparkan garam itu ke tasik!"arah si guru sufi .Muridnya segera mengikut arahan.


"sekarang cuba minum air tasik ni..!"arah si guru lagi.Muridnya menengkupkan kedua belah tangannya ke mulutnya.."air segar sungguh!"kata si murid lagi..


"masih terasa garam seperti air dalam gelas tadi?"tanya gurunya..
si murid menggiling-gilingkan kepalanya..


"segala masalah hidup ini umpama segenggam garam..banyaknya masalah hidup sudah dikadarkan oleh ALLAH sesuai dengn diri seseorang..tiada seornag manusia waiman seorang nabi terlepas dari penderitaan dan masalah hidup.."kata gurunya.


"tapi,penderitaan yang di amali bergantung pada besarnya kalbu{hati}yang menampungnya..jadi..nak,supaya tidak rasa menderita,berhentilah menjadi gelas ..jadilah kalbu dalam dadamu sebesar tasik.."




nak tambah sikit :jika seseorang manusia tu jarang ditimpa ujian..maka..wat la medicial check up..{muhasab diri }balik..adanya ujian. adalah kerana ILLAHI sayang kat kita..so..renung2kan..untk diri sendiri n saudara se islam..







Life..~



Hidup tak selamanya gembira..sedangkan langit sendri ada kalanya cerah..dan adakalanya gelap..begitulah kehidupan manusia..

Adanya air mata..untuk menghargai betapa manisnya nikmat kebahagiaan..
Adanya senyuman..untuk menghargai betapa peritnya sebuah titisan air mata..

Side Mirror..~

Thursday, April 28, 2011

Pesanan buat wanita..perempuan..dan gadis..

Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... begitulah juga orang yang cantik; kebanyakannya jarang berbudi.
bunga raya. Cantik warnanya, harumnya tiada.
bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.
Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang.
Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.
Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. 
Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi berlumba-lumbalah untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhluk-Nya dan setiap baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberi-Nya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan.
Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian ,pakaiannya hanya hamparan kain putih ,tempatnya hanya keranda masa itu jangan diharap sutera mewah ,intan belian ,emas permata menjadi peneman .



Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikan-Nya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:
"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan." (Surah An-Nahl: 53)

Haram Baca Utusan ..Tegas Dr Haron Din




KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai “haram” dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.



Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.

“Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam.

“Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang diba
wa oleh mulut atau pun media seperti ini,” jelas beliau.

Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini.

Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan “Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat.

Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya.

“Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut.” jelas beliau.-









-----------------------------------------------------------


sekilas ~ 


fitnah dan bahayanya

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang
kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.

larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban ora
ng
.” (Surah al-Hujurat, ayat 12).” (Surah al-Hujurat, 

Tuesday, April 26, 2011

MuTiArA KaTa


Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.
Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.
Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.
Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut...

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga ...

Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah laksana berada di atas mimbar yang terbuat dari cahaya.
Mereka itu orang-orang yang berlaku adil dalam menetapkan hukum baik kepada rakyat maupun kepada keluarga ...

Saturday, April 23, 2011

MuTiArA HaDiS..~

Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan mereka yang dekat,lari darimu dan begitu juga sebaliknya..Jauhilah berteman dengan orang yang bakhil kerana dia akan melupakanmu sewaktu kamu sangat memerlukannya..Jauhilah mereka yang suka berbuat kejahatan kerana dia tidak akan teragak2 untuk menjualmu dengan harga yang amat murah..<ALI BIN ABI TALIB>..




Janganlah engkau percaya apabila melihat kegagahan seorang lelaki ..sebaliknya jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya menganiaya sesama manusia ,itulah lelaki yang sebenarnya..<UMAR AL -KHATTAB>..




Hanya lidah yang boleh berdusta dan berbohong..tetapi pandangan mata,ayunan kedua2 belah tangan ,langkah kedua2 belah kaki dan pergerakan tubuh akan menafikan apa yang di ucapkan oleh lidah..<UMAR AL-KHATTAB>..

Friday, April 22, 2011

Tudung akhir zaman.moden..tapi..mengundang bahana..~

Jauhilah Pemakaian Tudung Dengan Menampakkan Bentuk Leher
Hentikan Fesyen Lucah Ini. No more LEGGING!




Tak kisahlah Tudung Fareeda ke Tudung Syria ke Tudung Ariani ke Tudung Qaisara ke Tudung Wardina ke Tudung Waheeda ke, aurat kena jaga sebetul-betulnya.  RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...

Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah, Lindungilah kami..

Larangi kaum wanita kita dari memakai sanggul begini.
----------------------------------------------------------------------------------------

 “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannyakecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).