Sunday, February 26, 2012

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM



Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.


TA'LABAH BIN ABDUL RAHMAN PEMUDA HEBAT...



Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta’labah, salah seorang daripada para sahabat Nabi s.a.w. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.
Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah s.a.w. Namanya Ta’labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam,beliau selalu mengikut Rasulullah mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah akan khabarkan kepada Ta’labah. Suatu hari Rasulullah menyuruh Ta’labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Ta’labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka ditiup angin dan Ta’labah terlihat seorang perempuan sedang mandi. Ta’labah terus berkata;

” A’uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril beritahu kepada Rasulullah s.a.w! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah…”

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada gua. Ta’labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Rasulullah s.a.w menanti kepulangan Ta’labah beberapa hari namun Ta’labah tidak kunjung tiba lalu Rasulullah s.a.w mengarahkan Saidina Umar untuk mencari Ta’labah dan Saidina Umar terjumpa Ta’labah di tempat dia sembunyi tadi. Umar berkata;

“Ta’labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu.”

“Kenapa, sudah turun kah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tak nak masuk neraka, aku tak nak masuk neraka.” Kata Ta’labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Ta’labah sudah sangat lemah, Umar memimpinnya balik kerumah. Apabila Rasulullah s.a.w menziarah Ta’labah, Ta’labah sedang terlentang lalu Rasulullah s.a.w meriba kepala Ta’labah tetapi Ta’labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya;

” Kenapa wahai Ta’labah?”

” Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu,wahai Rasulullah” kata Ta’labah.

” Apa yang kamu mahu Ta’labah?”

” Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah”

” Apa cita-cita kamu wahai Ta’labah?”

” Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku.”

Lalu Rasulullah s.a.w berkata:

” Wahai Ta’labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu.”

Lalu Ta’labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah s.a.w. Yang menariknya, ketika mayat Ta’labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Ta’labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Ta’labah dalam keadaan berjalan yang agak tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya:

” Wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?”

Rasulullah menjawab:

” Kamu tidak melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Ta’labah ke kubur.”

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Ta’labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah walaupun dia tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah s.w.t. Akhirnya matinya di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Wahai pemuda berjiwa besar,

Sama-sama kita melihat kemana tujuan hidup kita diacukan, apakah kemuncak kejayaan yang kita idam-idamkan. Mungkin ramai dari kita yang mahukan kereta sport yang berkelajuan tinggi, citakan kerjaya yang beri pulangan lumayan, idamkan isteri yang lagak seperti model. Namun tahukah saudara ada sesuatu yang lebih besar dan tinggi nilainya. Itulah keredhaan dan keampunan Allah! Itulah syurga Allah!


Friday, February 24, 2012

Engkau wahai Tuhan...

Nabi Muhammad S.A.W berdakwah ke Thaif dengan Zaid Bin Harithah.

Dalam dakwah tersebut, 
Rasulullah kena lontar dengan batu berdarah kaki dan tumit, 
tak berdaya berjalan, 
Rasulullah merangkak ke kebun anggur.

Doa Rasulullah S.A.W:

Wahai Tuhanku! Kepada Mu lah aku mengadu kelemahan diriku,
lemahnya kekuatanku,
kecilnya ikhtiar dan dayaku di dalam menghadapi manusia.
Wahai Tuhan Yang Maha Penyanyang,
Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah.
Engkaulah Tuhanku,
kepada siapakah Engkau mahu serahkan diriku?
Kepada orang jauh yang akan mensia-siakanku?
Atau kepada musuh yang akan Engkau serahkan nasibku?
Kalau sekiranya Engkau tidak marah kepadaku,
tentu aku tidak akan pedulikan lagi.
Tetapi kemaafanMu lebih luas bagiku.
Aku berlindung dengan cahaya wajah Engkau yang menerangi sekelian kegelapan.
Yang akan menjadi lebih baik segala urusan dunia dan akhirat daripada turun atasku murka dan kemarahan Engkau.
Engkau yang mempunyai keredhaan.
Segala kepujian hanya bagi Engkau sampai Engkau redha.
Dan tiada daya dan upaya melainkan bagi Engkau wahai Tuhan.


Wednesday, February 22, 2012

Belajar Dan Belajar...~

Belajar DIAM dari banyak BICARA,
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN,
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG,
Belajar MENANGIS dari sebuah KEBAHAGIAAN,
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN,
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN,
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.. ^_^,,

Sunday, February 19, 2012

Pabila orang soleh bersolat..~

1. Sa'id bin Jubair bersolat selama 40 tahun tanpa mengetahui siapa berada di kiri dan kanannya semasa bersolat kerana Ibnu 'Abbas pernah berkata: "Khusyu' di dalam solat adalah jika orang yang melaksanakan solat itu tidak tahu siapa yang berada di sebelah kanan ataupun di sebelah kirinya." ( terlalu asyik solat) Sai'd pernah jatuh pengsan kerana terlalu sedih menangis tatkala membaca Surah al-Furqan ayat 13.

2. Shillah bin Assyam bersolat malam bersama-sama isterinya sampai pagi di malam pertama hari pernikahan mereka. Kita?

3. Muslim Bin Yasar tetap bersolat walaupun tembok masjid roboh tanpa terbatal sikit pun.

4. Umar bin Abdul Aziz pula bersolat dan menangis sampai keluar air mata darah mengikut riwayat al-Auza'i. Menangis hingga jatuh pengsan juga seperti Sa'id bin Jubair tatkala membaca Surah al-Furqan ayat 13. Menangis hingga seisi masjid turut menangis bersama-sama tatkala membaca Surah al-Takwir ayat 12-13 hingga dikatakan seakan-akan dinding masjid bergoncang kerana turut menangis. 

4. Hassan al-Basri juga menangis dalam solat dan apabila ditanya Hamzah al-A'ma kenapa menangis, Hassan menjawab, "Anakku, kalau tidak menangis, lalu apa lagi yang harus dilakukan oleh orang yang beriman? Anakku, tangisan itu dapat mendatangkan rahmat. Jika kamu menggunakan seluruh umurmu dengan menangis, maka lakukanlah. Semoga dengan begitu, suatu waktu Allah SWT akan berkenan melihatmu kemudia memberikan rahmatNya kepadamu. Kalau kamu dapat melakukan hal itu, bererti kamu sungguh telah selamat dari api neraka."

Hassan pernah berkata, "Kalau kamu membaca al-Quran kemudian kamu benar-benar percaya kepadanya. Maka, kesedihanmu akan lama, rasa takutmu kepada Allah SWT akan bertambah, dan pasti kamu akan sering menangis di dunia ini."

Note: Carilah khusyukmu dengan memahami bacaan al-Quran dan menghayatinya sungguh-sungguh. InsyaAllah menitis jua air mata degilmu, terkikis juga kerak di hati kerasmu.

---
Allahuakbar

Friday, February 17, 2012

sifat kebinatangan tentera Basyar!

Kasihan dua kanak-kanak perempuan ini, meratapi kehilangan ayahnya yang tersayang. Menjadi yatim mereka akibat sifat kebinatangan tentera Basyar!

Ya ALLAH! Jika Dikau tidak mengasihani kami yg berdoa ini mungkin kerana dosa-dosa kami yg banyak membelenggu diri kami, Kau kasihanilah ya ALLAH kanak-kanak ini..Mereka sudah kehilangan kasih sayang seorang ayah, ya ALLAH! (Gambar dari Pertubuhan Ulamak Am Syria)



khutbah Jumaat melalui TV "Mesir 25" tadi yg disampaikan oleh Syeikh Yusuf Qardhawi dari masjidnya, di Qatar berhubung isu Syria. "Menjadi sunnatullah, pertolongan ALLAH akan diberikan kpd mereka yg dizalimi. Tidak mgkin kebatilan akan menang ke atas kebenaran,tidak mgkin kezaliman akan menang atas keadilan..InsyaALLAH, terdekat ini saya akan menziarahi Syria dan akan menyampaikan khutbah di Masjid Umawi, Damsyik" Jelas Syeikh Qardhawi begitu semangat sambil menyelar ulamak2 di Syria yg menggunakan nama Islam utk menegakkan kezaliman.. Seminggu selepas kejatuhan Gadaffi, Syeikh Qardhawi telah menziarahi Tripoli dan berkhutbah di sebuah masjid dlm ibu negara Libya tersebut.


Thursday, February 16, 2012

Rindukan seseorang??


Amalkan doa ini..(^_^)

[Doa Nabi Yusuf Kepada Zulaikha]

"Ya Allah,
sampaikan salam rinduku
kepada ...... (nama penuh insan tersebut ),
sehingga aku menjadi kerinduannya..
Amin.. :) 


"Ya Allah,
sampaikan salam rinduku
kepada RasulMu Nabi Muhmmad ,
sehingga aku menjadi kerinduannya..
Amin.. :) 

The Means Of Qarin..

Apa itu qarin? Mesti sesetengah korang ingin mengetahuinya kan? Pada sesiapa yang masih belum tahu lagi apa itu Qarin, sebenarnya Qarin itu adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)
Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)
Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata:
“Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)
Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Hadith Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”
Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.

Wednesday, February 15, 2012

...~

:: kalau kita diKECEWAkan apa yang kita buat ? ::
(-_-) - Mestilah MENANGIS dan TERKILAN

:: sebab......?? ::
(-_-) - Tak SANGKA orang sanggup buat kita macam tu
...
:: dan lepas tu kita BUAT APA ? ::
(-_-) - Tak nak PERCAYA pada dia lagi !

:: macam tu ke ? ::
(-_-) - Mestilah

:: TIDAK RASA ke KECEWA itu satu HADIAH dari ALLAH SWT ??? ::

(-_-) - Sebab ?

♥ Dari kerana sebab KECEWA ALLAH SWT mengajar kita LEBIH bersikap BERHATI-HATI DAN JANGAN terlalu mengharap pada MakhlukNya , INDAHKAN ?

♥ JADI jangan sedih sangat , INGAT kita ada ALLAH SWT yang SENTIASA bahagiakan kita ♥~

Insya-Allah..(✿◠‿◠)



Tuesday, February 14, 2012

Kalau begitu siapakah yang imannya paling menakjubkan, Wahai Rasulullah?"

Suatu ketika setelah shalat shubuh Rasulullah berbalik badan menghadap kepada para sahabatnya dan beliau bertanya: "Tahukah kalian siapakah yang imannya paling menakjubkan?"

Maka para sahabat menjawab: "Para malaikat."

Rasul menjawab: "Bagaimana mungkin para malaikat tidak beriman sedangkan mereka melihat kekuasaan Allah secara langsung.."

Lalu sahabat menjawab lagi: "Kalau begitu yang imannya paling menakjubkan adalah para Nabi dan Rasul."

Rasul menjawab: "Bagaimana mungkin para nabi dan rasul tidak beriman sedangkan wahyu Allah turun atas mereka..."

Maka para sahabat menjawab lagi: "Jika begitu yang imannya paling menakjubkan adalah sahabat-sahabat para Nabi dan Rasul."

Rasul menjawab: "Bagaimana mungkin para sahabat Nabi tidak beriman sedangkan Nabi berada di tengah-tengah mereka dan mereka melihat mukjizat-mukjizat."

Maka sahabat bertanya: "Kalau begitu siapakah yang imannya paling menakjubkan, Wahai Rasulullah?"

Maka Rasulullah menjawab,


"Yang imannya paling menakjubkan adalah orang-orang yang datang setelah kalian. Mereka tidak pernah melihatku tetapi mereka percaya kepada apa yang aku bawa, mereka tidak pernah berjumpa denganku tetapi mereka menerimaku, mereka tidak pernah berbicara denganku tetapi mereka membelaku sebagaimana kalian membelaku. Mereka hanya menemukan tulisan dan mereka beriman kepada tulisan itu. Sungguh aku rindu kepada saudara-saudaraku itu."

Thursday, February 9, 2012

;'(

Rasulullah SAW juga manusia. Rasulullah SAW juga punya air mata. Rasulullah SAW juga punya rasa sedih pada erti kehilangan.

Usamah bin Zaid meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah SAW mengangkat mayat anak dari puteri Baginda yang telah meninggal dunia. Lantas kedua-dua mata Rasulullah SAW bercucuran air mata. 

Sa'd berkata kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, kenapa engkau menangis?" Rasulullah SAW menjawab, "Ini adalah kasih sayang. Allah menjadikan kasih sayang ini di dalam hati hamba-hambaNya. Dan Allah Maha Mengasihi hamba-hambaNya yang bersifat pengasih." (HR Muttafaqun 'Alaihi)