Monday, April 22, 2013

DIA lebih tahu

ADAKALANYA ♥

♥ Adakalanya ALLAH menerima PERMOHONAN.
♥ Sebelum sempat kita MENADAH TANGAN.
♥ Kerana ALLAH tahu apa yang kita INGINKAN.

♥ Adakalanya ALLAH mengambil tanpa PEMBERITAHUAN.
♥ Sebelum kita bersedia menghadapi PERPISAHAN.
♥ Kerana ALLAH ingin MENGGANTIKAN dengan yang lebih BAIK buat diri kalian.



Thursday, April 11, 2013

yang mana lebih penting? Aku atau perihal dunia yang kau ingat itu?.

Semasa solat kita hendaklah khusyuk , kerana apabila kita teringat perihal dunia dan bilamana bibir sedang memuji kebesaran-Nya, Allah akan berkata dengan nada yang sedih:

”..yang mana lebih penting? Aku atau perihal dunia yang kau ingat itu?..”

kemudian apabila kita teringat lagi perihal dunia buat kali kedua setelah datangnya khusyuk , Allah akan bertanya soalan yang sama buat kali kedua. 
dan apabila kita teringat perihal dunia buat kali ketiga , Allah tidak akan bertanya lagi.

jika Allah sudah tidak hiraukan kita lagi, adakah solat yang kita laksanakan akan diterima ? MashaAllah :'(

Ya Allah , peliharalah dan kuatkanlah imanku.


Wednesday, April 10, 2013

Kerana Dia TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT..


Jika tidak berkecimpung di dalam dunia politik pun, beliau tetap adalah:-

- seorang bapa mithali 
( diceritakan sering mengejutkan anak-anak dan menantu bangun tahajjud dengan tegas bila di rumah )
- seorang mursyid
- seorang ustaz
- seorang yang mahir dengan tafsir al-Quran
- seorang pelajar hadis - seorang yang menghafal al-Quran
- seorang cendekiawan Islam ( alim bidang ilmu-ilmu agama )
- seorang ulama
- seorang pencinta buku, gemar membaca buku ilmiah
- seorang yang mahir dengan bahasa sastera dan balaghah yang kadang-kadang salah dimengertikan orang yang tidak faham bahasa Kelantan.
- seorang yang tegas dengan syariat Allah, namun senang jua menitiskan air mata kerana Allah

Beliau dihina dari segenap arah dan sudut. Misalnya, posternya dikencing, digabungkan dengan gambar khinzir, dibuat banner seks lucah, dikatakan 'najis', dituduh nyanyuk dan sebagainya. Namun, beliau dengan rela hati memaafkan kesemuanya tanpa dendam.

Beliau tidak kaya. 
Beliau tidak mewah. 
Apabila cinta pada agama sebati di jiwa, bukankah itu lebih berharta dari orang harta berjuta?

Biarlah dunia membenci, tapi jangan lupa masih ada yang menyayangi.

Begitulah manusia. Ketika ada, dicerca. Ketika tiada, baru nak menghargai.

Jangan tunggu sampai bintang itu padam.