Sunday, July 31, 2011

Fadilat solat terawih..

Dari Sahl Bin Saad r.a.. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat 1 pintu dinamakan Ar-Rayan. Orang-orang berpuasa akan masuk melalui pintu itu di hari qiamat kelak. Akan ada pengumuman kelak.."Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk ke dalam pintu tersebut.Setelah orang dari terakhir dari meraka masuk, pintu itu pun tertutup kembali..Tiada lagi orang akan memasukinya."

"Orang bijaksana tidak sesekali meratapi kegagalannya..
Tetapi dengan lapang hati mencari jalan 
bagaimana memulihkan kembali kerugian yang di deritainya.."

Saturday, July 30, 2011

Wanita Paling ramai masuk neraka..~

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah juga bersabda:
“Wahai kaum perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.”

"Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.."(Abu Hanifah)


KISAH TELADAN ~RASULULLAH S.A.W DENGAN SEBIJI LIMAU~

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW...

Subhannallah..mulianya dirimu..semoga kita dapat jadi cam baginda ..^^

Friday, July 29, 2011

Renovate our heart..~



Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia..



Ya ALLAH..letakkanlah dunia hanya di tanganku..bukan di qalbuku..amin3x..~

~Aku Tahu Bila ALLAH Mencintaiku, Iaitu Saat Aku Membenci Segala Kejahatanku..~♥~

kadang2.. kita rasa macam nak nangis.. nak marah.. nak bersendirian.. rasa sumting wrong dgn diri kita.. dalam sedar atau tidak, kadang2 kita terlupa yang jauh kat lubuk hati kita, ada sesuatu yang dipanggil iman yang sedang merintih2.. menangis2 kerna dipinggirkan..

so, bila mana kita rasa sedih, rasa nak menangis... just let it be.. ambil wudhuk, duduk kat tikar solat... dan menangislah pada Allah... minta pada Allah beri ketenangan pada hati kita... mudah2an selepas kita menangis, Allah alirkan rasa tenang yang menyerap ke seluruh urat saraf dan nadi kita... menangislah pabila sedang bersendirian dengan Tuhan... ^_~ ~♥~
----

Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan itu adalah HATI, disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian berganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan berjiwa bersih. Hati ini seolah berbisik...




‎(¯`*•.¸wanita adalah PERHIASAN, disimpan dalam laci, kemudian dikunci, disimpan dalam almari, kemudian almari itu dikunci, dan almari itu ada didalam kamar, kemudian kamar itu dikunci, kamar itu berada didalam rumah, kemudian rumah itu pun dikunci, dan rumah itu ada pagarnya, kemudian pagar pun dikunci, dikunci, dikunci, dikunci, dan dikunci, dan pemilik kunci itu adalah SUAMInya kelak¸.•'´ ¯)



Thursday, July 28, 2011

Tawanran Hebat..best taw,..^^

perhatian !!!!

kemasukan baru ke universiti..

tarikh : 1 Ogos 2011
name U : Universiti Ramadhan
course wajib : berpuasa
course special : terawih
course tambahan : bace quran , zikir,solt sunat,sedekah dll.
klulusan : ijazah takwa
konvo : 1syawal

*extra...tawaran mlnjutkn pgajian ke peringkat master
course : puasa 6...

jom join!! :D

KERANA KITA LEKA ..~



Mungkin krn kita leka,
Seringkali bila pena terlepas dr genggaman,
Ucapan ''opps" mendahului "ALLAH",

Tatkala perut yg lapar diisi,
"haa kenyangnye.." mengatasi "ALHAMDULILLAH..",
Bila diri terpegun dgn keindahan alam,
''SUBHANALLAH" tertutup dgn "cantiknye..."
Ada masanya berita musibah & kematian berkunjung tiba,
"kasihan" terucap jua,
Kerana kita lupa "INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIU'N",
Kadang kala kita lupa,
Kadang kala kita sengaja,
Mungkin krn telah terbiasa,
Namun,
Walau kita lupa,
Sengaja,
Suka atau terbiasa,
Berhati-hatilah...AGAR,
Bila Izrail tiba membawa berita,
Ucapan "LA ILAHA ILLA-LLAH",
Tetap menjadi JUARA....

Ketika aku dilamar kematian…~



Pada suatu masa yang ditetapkan…
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa…
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..~



Gambar tambahan..


Tuesday, July 26, 2011

‎"Sesungguhnya aku sedang MENASIHATI kamu,
BUKANLAH bererti akulah yg TERBAIK dalam kalangan kamu,
BUKAN juga yang PALING SOLEH dalam kalangan kamu,
kerana aku juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk diri sendiri,
Seandainya seseorang itu HANYA dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia sempurna,
nescaya TIDAK akan ADA PENDAKWAH..
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

- Imam Hasan al-Basr

KISAH GOLONGAN YANG SEDIKIT ..~

Pada waktu Amirul Mukminin, Umar bin al Khattab bertawaf, beliau selalu mendengar doa dari seorang pemuda yang isinya agak aneh.

Pemuda tersebut selalu mengulang-ulang doanya,

" اللهم اجعلني من القليل "

(Ya Allah, jadikanlah aku termasuk dari kalangan yang sedikit)”.

Selesai bertawaf, Umar bin Khattab bertanya padanya,
”Wahai pemuda, kenapa anda berdoa seperti itu?”.

Pemuda itu menjawab,
”Tidakkah Amirul Mukminin mendengar firman Allah,

‘Wa Qolilummin ‘ibadiyasy-syakur’

(Dan sedikit dari kalangan hamba-hambaku yang bersyukur)"

-As.Saba 13,

"Ya Amirul Mukminin, sungguh saya sangat berharap menjadi yang sedikit tersebut. Karena yang mau bersyukur pada Allah dan yang berkeinginan untuk selalu berbuat baik sangat sedikit.” Demikian kata pemuda tersebut.

“Barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barang siapa yang tidak bersyukur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya Lagi Maha Terpuji.’’ (Lukman :12)

Semoga kita semua lebih mensyukuri nikmat Allah.Ameen Ya Rabb ♥

Monday, July 25, 2011

Secebis Keinsafan..~




Muhasabahlah diri seandainy tika dkelilingi tangisan org lain usai solat,berzikir & mbaca al Quran,kita hnya tmangu2 mlihat & bermonolog sendiri,

"Mgapa mrka smpai menangis? Sdang aku sedikitpun x mrasa sedih?"

Tatkala itu,mnangislah krna x mampu mnangis krn bimbang ALLAH SWT sudah 'menutup hatimu' dari mrasakan kehangatan cinta, kasih dan rindu kepada-NYA.

Menangislah, krn hakikatnya jiwamu sdg mnderita 'sakit'!

Orang yang berfikiran tinggi banyak memperkatakan tentang ilmu, orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan tentang peristiwa, dan orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan tentang diri sendiri.


✿ WANITA yang BERTUDUNG belum tentu baik *~
~* Tapi wanita yang baik sudah tentu bertudung ✿

✿ ORANG yang SOLAT belum tentu baik *~
~* Tapi orang yang baik tentu akan solat ✿



Hati itu milik Tuhan bukan milik kita. Dan Allah sahaja yang mampu menguasai hati manusia. Hati itu pula sifatnya adalah terlalu unik, berbolak balik, liar dan maknawi. Kembalilah pada Ilahi lalu hati itu akan kembali kepada fitrahnya yg suci.


Perjuangan itu ibarat TIRAM di lautan..Dihiris pepasir TERCALARLAH ia,Sungguhpun TERLUKA tapi DIPENDAM,Sungguhpun PEDIH tapi DISIMPAN,
Akhirnya dibalas MUTIARA berharga.. 


‎"Zikirnya ALLAH kepada hamba-hambaNya adalah dengan mengurniakan keampunan terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan.Maka apabila seseorang hamba berzikir kepadaNya,Dia menyambut zikir hambaNya itu dengan kurniaan keampunan." Berzikirlah mengingati ALLAH,kerana dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang..~




Sunday, July 24, 2011

Girl VS bOY..~

GIRL : Awk2... Nak potong rambut la. Tapi xtau nak potong mcm mana? Bagi la suggestion skit...
BOY : Kalau pakai tudung kan senang..(dengan muke slumber)
GIRL : Ishhh... Sy memang free hair la...
BOY : Sy tau la tapi apa salahnya kalau pakai tudung?
GIRL : Sy x biasa la. Rimas...(buat muke geram)
BOY : Awk pi sekolah pakai tudung okay plak?
GIRL : Dah terpaksa. Nak buat mcm mana?
BOY : Ooo... Benda wajib pun kena paksa baru nak buat ka?
GIRL : ... *_*

ika kau rindu padaku,
Dahuluilah kerinduanmu pada DIA,
Jika kau cinta padaku,
Cintailah DIA melebihi cintamu padaku,
kerna DIAlah segala-galanya buat kau dan aku,
cinta sesama manusia hanya sementara,
sedangkan cinta pada Ilahi berkekalan selamanya,
tetapi, cinta manusia itu jambatan menuju syurga...
kerana lelaki dan perempuan yg saling mencintai kerana Allah
akan dinaungi di akhirat kelak...♥♥
♥ sempurnakanlah cintamu pada Allah sebelum mencintai makhluk ciptaan-Nya ♥

HAYATUS SHAHABAH: ANAK-ANAK IKUT PADA PEPERANGAN UHUD DAN TERLUKA.

Sya'bi RA berkata, " pada hari peperangan Uhud ada seorang wanita yang memberi sebilah pedang kepada putranya yang masih kecil. Anak itu tidak kuat membawa pedang tersebut sehingga ibunya mengikat pedang itu pada lengan anaknya." Kemudian anak itu di bawa ke hadapan Nabi SAW, lalu ibunya berkata, " ya Rasullullah! ini adalah anakku yang akan ikut berperang bersamamu."

Rasullullah SAW berkata kepada anak itu, " wahai anakku! tebaskan pedang itu ke sini! wahai anakku! tebaskan pedang itu ke sana!"

Setelah itu, anak kecil itu terluka, maka iapun digendong oleh Rasullullah SAW, lalu Beliau bertanya, " wahai anakku! apakah engkau menyesal telah terluka?". Anak itu menjawab, " tidak, daku tidak menyesal."


[ Hadith Riwayat Ibnu Abi Syaibah~Kanzul ummal ]


Lelaki Yang Cantik..~


> lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
> lelaki yang sedia menerima segala teguran
> lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
> lelaki yang tenang dan lapang dada
> lelaki yang sentiasa bersangka baik
> lelaki yang tidak pernah putus asa


Saturday, July 23, 2011

just for laugh!!!!


LAGU SPONGEBOB SQUAREPANTS!! VERSI KELATE

Ready dok budok-budok?
Ho laa, kepten!
Gapo dio? HO LAA, KEPTEN!
...ooo,
Podio dok dale buoh lanah bowoh laut?
Spongebob Sluar kotok!
Sene meresap bewarno kuning.
Spongebob Sluar kotok!
Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.
Spongebob Sluar kotok!
Pah mari la pakat nopat supo ike.
Spongebob Sluar Kotok! Ready?
Sponge............bob Sluar Kkotok,(3x)
Spongebobbb Sluar kotok


Duhai MATA yang sedang MENANGIS…❤



Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu.
Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu.
Benar, tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu.
Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus masa depanmu.
Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk
melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita
ialah ubat mujarab mencari ketenangan hidup.

Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan kalam Yang Esa,
“Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis
kerana takut kepada Allah...” (Riwayat Ahmad dan Al-Nasa’i)


Friday, July 22, 2011

8 SEBAB WANITA Cantek BERTUDUNG!!


‎(¯`´¯) ..•¨`*♫ ✿ Ü“
´*.¸.•´♥ 
●/
/▌
/ \
.........
(✿◠‿◠) Tuntutan agama

●❤● Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Mengurangkan dosa

●❤● Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Lebih pintar dan tenang

●❤● Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Tidak membazir

●❤●Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampu, pewarna rambut yang mahal atau pergi ke salun.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Lebih sopan dan manis

●❤● Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi wanita2 nie ada value added sebenarnya)

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Rambut lebih tahan lama dan sihat

●❤● Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampu pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia yang merosakkan.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Menjadikan diri anda “Mahal”

●❤● Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya yang tinggi di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Lebih dihormati

●❤● Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi..

InsyaAllah,Amin ya Allah..Jom sama2 kita bertudung dengan SEMPURNA!!!~

Oh ALLAH..

"Dia kaya sangat. Selalu ada bila aku senang. Masa aku susah lagi la aku rasa Dia ada.."
"Bila rindu, aku baca ayat cinta yang Dia bagi.."
"Bila aku nak apa-apa, aku minta pada Dia.."
"Bila aku gundah..aku fikir Dia, terus rasa tenang.."
"Best tau bercinta dengan Dia..!

Oh Allah, I have no money, but I have You. I am rich.
Oh Allah, I have no freedom, but I believe in You. I am free.
Oh Allah, I have no patience, but I read Your Quran. I am calm.
Oh Allah, I get no respect, but You listen to my dua. I am proud.
Oh Allah, I have no time, but I think of Jannah. I have forever.
I LOVE ALLAH :') ♥

‎"Jagalah Allah maka engkau akan mendapatkan-Nya dihadapanmu, kenalilah Allah di kala senang maka Dia akan mngenalmu di kala susah.Dan ketahuilah bahawa kemenangan brsama kesabaran, klapangan bersama kesempitan dan setelah kesulitan pasti ada kemudahan."


10 Pembasuh Dosa Dan Penawar Hati..~

♥ .:|:. ♥ .:|♥ .:| ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi." Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak. Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya. Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata: "Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati?" Kemudian, si tabib itu menjelaskan: "Ambillah sepuluh macam ramuan: 1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati), 2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat, 3.Taruhlah ke dalam bekas keredhaan, 4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah, 5. Masukkan dalam kuali taqwa, 6. Lalu tuangkanlah padanya air malu, 7. Didihkanlah dengan api mahabbah, 8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur, 9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan, 10. Lalu minum dengan sudu pujian. Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi..~

Hikmah Disebalik Sebuah Ungkapan..~

“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.” Riwayat Ibnu Majah.

Dendam itu api.. usahalah untuk dipadamkan. Sebab dendam itu dibisik-bisikkan oleh Iblis. Tidak pernah ada pengakhiran yang baik dari dendam. Ia membawa kepada sakit hati, muram muka, menung yang panjang, seri wajah yang hilang.




✿ღmemang nafsu sudah di aturღ✿
ღcinta dunia susah di leburღ
ღjangan biarkan hatimu kotorღ
✿ღnanti di seksa di alam kuburღ✿



‎~ usah diharapkan kesempurnaan kerna sesungguhnya manusia itu tidak akan pernah memiliki kesempurnaan ~



MATAHARI bersinar setiap hary
memberikn chaya kpd smua khidupan
walau ada yg mencacinya kerana teriknya ia. . .
walau ada yg tidak menyukai krana ia menghapus mlm. . .
walau ada yg merungut krana dia mewujudkan bahang. . .
dia tetp bersinar n TIDAK PERNAH MERAJUK. . .
*jom kte menjadi seperti MATAHARI^_^*



‎"Ujian itu ibarat mendung yang hadir bersamanya hujan. Qalbi(hati ) pula ibarat taman bunga yang indah dihati kita. Tatkala sang mentari memancarkan sinarnya, bunga-bunga kelihatan ceria. Namun, sekiranya berlanjutan tanpa sedikit pun air, maka akan layulah bunga. Oleh itu, hadirnya mendung boleh menyuburkan bunga-bunga tersebut. Selepas mendung menamatkan tugasnya, Allah SWT turunkan pula hujan dan hiaskan taman kita dengan pelangi yang indah nan bersemi"


‎COMPUTER TIPS..~

’Enter’ the masjid,

‘Forward’ your solat,

‘Download’ pahala,

‘Firewall’ your iman,

‘Backspace’ from syaitan,

‘Bookmark’ to ALLAH SWT,

’Delete’ ALLAH’s enemies,

‘Copy paste’ from the Al-Qur’an and Sunnah,

‘Help’ your muslim brothers n sisters,

‘File’ ur amal,

‘Edit’ ur akhlaq

‘View’ your good and bad deeds,

‘Search’ the straight and right path,

And InsyaALLAH you will never get ‘virus’

Fares~albi nadak..

Istikharah cinta...^^

Bersaksi Cinta Diatas Cinta
Dalam Alunan Tasbih Ku Ini
Menerka Hati Yang Tersembunyi
Berteman Di Malam Sunyi Penuh Do'a

Sebut Nama Mu Terukir Merdu
Tertulis Dalam Sajadah Cinta
Tetapkan Pilihan Sebagai Teman
Kekal Abadi Hingga Akhir Zaman

Istikharah Cinta Memanggilku
Memohon Petunjuk-Mu
Satu Nama Teman Setia
Naluriku Berkata

Dipenantian Luahan Rasa
Teguh Satu Pilihan
Pemenuh Separuh Nafasku
Dalam Mahabbah Rindu

Di Istikharah Cinta..

Sabda Baginda..al kahfi..

3 perkara yg andainya manusia thu pahala yg ad di dlmnya, nescaya mereka berlari mengejarnya sperti larian unta yg sgt pantas. Iaitulah phala org yg azan, phala org yg berada di saf pertama n pahala org yg bersegera pergi ke masjid untk solt jumaat
Sabda Nabi Saw:

Barangsiapa berselawat ke atasku pada hari Jumaat sebanyak 100x, ia dtg pada hari Qiamat dgn mmbawa nur yang andainya di bahagikan nur itu antara makhluk seluruhnya, nescaya ia ckup menerangi mereka

Sabda Nabi Saw lg:

Kmu perbanyakkanlah berselawat kepadaku pada hari jumaat. Manusia yg terlebih utama bagi syafaatku ialah org yang pling byk berselawat keatasku

Saiyidina Abdullah bin Mas’ud r.a berkata:

Barangsiapa mengerat kukunya pada hari jumaat, nescaya dikeluarkan penyakit daripadanya dan dimasukkan penawar padanya.


Nabi Saw bersabda:


Barangsiapa yg mmbaca surah Al-Kahfi pada mlm Jumaat atau pada siang harinya, nescaya diberi nur daripada tempat membacanya itu sehingga ke Makkah, dan diampunkan dosanya daripada 1 Jumaat kpd Jumaat yg lain dgn dilebihkan 3 hari, n 70ribu malaikat berselawat, iaitu memohonkan keampunan baginya hingga menjelang waktu Subuh, n disembuhkannya dari segala penyakit dan penyakit barah yg bengkak n pecah di dlm perut, penyakit pinggang, penyakit sopak n penyakit kusta, serta dibebaskn dri fitnah Dajja..



l

Thursday, July 21, 2011

wahai Ikhwan Facebooker, Jangan Lumpuhkan Hati Kami


Wahai Ikhwan FB,
Yang masih memiliki hati 
Dengarlah jeritan hati kami
Sudahi merayu kami
Hentikan menebar simpati.

Kami hanyalah akhwat
Yang ingin menggapai cinta Ilahi
Yang mempunyai iman setipis ari
Menghadapi sikapmu yang tak terkendali
Terkadang kami tak cukup kuat.

Wahai Ikhwan FB,
Yang masih mempunyai nurani
Dengarlah suara hati kami
Jangan rintangi dakwah kami
Jangan matikan komitmen kami
Jangan serang kami dengan komentar basi.

Kami hanyalah akhwat biasa
Yang sedang mencari jati diri sejati
Yang tak sekuat iman istri para Nabi
Kami risih dengan candamu yang menjadi-jadi

Wahai Ikhwan FB,
Yang mempunyai lubuk hati
Dengarlah keluhan jiwa kami
Jangan goda kami dengan ta'aruf islami
Jika hanya sekedar mencari sensasi
Hati kami bukanlah kelinci semurah kue serabi
Kami akhwat yang menjunjung amanah Ilahi
Mengemban dakwah dalam naungan visi dan misi

Wahai Ikhwan FB,
Yang memiliki belas asih
Dengarlah pinta kami
Hargai hijab lebar kami
Bantulah kami kokohkan harga diri
Jangan lucuti semangat kami
Jangan runtuhkan ketegaran kami

Tolong kami,
Wahai para ikhwan FB
Jika kalian masih mempunyai hati nurani.





p/s:ikhwan=laki
     akhawt=permpuan

Peringatan ..!



Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)



Malaikat maut melawat kita tujuh puluh kali sehari.Dan setiap kali waktu 'dia' datang 'dia' akan menangis melihat kita kerana dia tau bila 'masa' kita akan dijemput.Bertaubatlah bersungguh2 seolah2 kita akan 'pergi' esok.Semoga Allah melindungi kamu..



Rasulullah SAW bersabda " sesiapa yg menahan dirinya drpd bertanyakan org, Allah akn memuaskannya.. dan sesiapa yg cuba memenuhi keperluan dirinya, Allah akn memenuhi keperluannya. Dan sesiapa yg bersabar, Allah akn menjadikannya sabar. Tiada sesiapa yang mendapat keberkatan yang lebih besar melainkan kesabaran. [Bukhari] diambil dan diterjemah dari @Hadith of The Day



✿ When someone is trying to bring you down when you are trying to be a better Muslim, Just Smile and Say..
'You are a TEST that ALLAH has sent to me! ✿

Mak...~




AJAIBNYA TANGAN IBU Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap, Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman, Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata, Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia, Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang, Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran, Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang. Namun, Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap, Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata, Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu? Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad... Ketika jenazah ibu nak dimandikan... di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir. Tangan ibu, tangan ajaib... Sentuhan ibu, sentuhan kasih... Boleh membawa ke Syurga Firdausi... Ciumlah tangan ibu, Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...



Wednesday, July 20, 2011

Kisah Peringatan Yang Sempurna..~

Suatu kisah...Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. "Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.

"Siapakah wanita itu?"Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.
"Adakah wanita itu orang gila?"Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.

Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur.

"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buang-lah," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.

"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi.

"Namaku DUNIA. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku, sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.

Kata-Kata sahabat.^^

SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :

1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.

2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.

3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.


SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH :

1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik
sebagaimana yang Engkau cintai.

2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?

3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.

4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya
.

UMAR BIN AZIZ :

1. Orang yang bertakwa itu dikekang.

2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.

3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.


SUFFIAN AS THAURI :

1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada perkara syubhat.

2. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.

3. Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat."




ALmar'aah Assolihah..~





WANITA SOLEHAH….
SENANTIASA TENANG JIWANYA
LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN DI DALAM SOLAT
DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA
MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN
JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA
SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN
AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH

BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH

INILAH WANITA SOLEHAH
TIDAK MEMBIARKAN DIRI
MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN
DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM
MEMANDANGNYA....
MENYEJUKKAN MATA.....



Muslimah yang solehah itu umpama angin yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati...^^