Monday, January 21, 2013

CINTA SANG NABI


Allah dan malaikat-Nya berselawat untukmu,
Empat alam dan penghuninya jatuh hati padamu,
Kau, penghulu pembawa wasilah,
Cermin Tuhan di bumi Adam,
Cintamu jalan lurus di atas neraka,
Di luar barisanmu ada cuma kebinasaan,
tapi, lihatlah wahai rasul,
Lihatlah umatmu,
Umatmu yang kau bela sepenuh cinta seolah tak ada lagi harapan,
Kian membuncah pecah bagai serpihan buih di lautan,
Entah aku ini ada di saf pertama atau di barisan ketujuh puluh dua,
Cukup engkau dan Allah sahaja penyaksiku,
Aku terasing di bumi asing,
Di jala cinta,disini dosa-dosa,
Syafaatmu hanya tetap ku ingat,
Berharap sampai dimajlismu dengan selamat..

Su
cintamu ya rasulullah.mber : buku ku damba 
~Ya Allah, Kurniakanlah dalam diri hambamu ini kecintaan yang benar kepada NabiMu, supaya kecintaan itu membuahkan amalan dalam hidup dan member manfaat selepas matiku… Amin ya rabba al- Alamin.~~


Saturday, January 19, 2013

I said: My sins are so many.
Allah said: "And who can forgive sins except Allah? " [3:135]

I said: Do not leave me.
Allah said: "So remember Me; I will remember you." [2:152]

I said: I'm facing a lot of difficulties in life.
Allah said: "And whoever fears Allah ? He will make for him a way out." [65:2]

I said: I have many dreams that I want to come true.
Allah said: "Call upon Me; I will respond to you." [40:60]

Subhanallah... ♥ ^^


Tuesday, January 15, 2013

ORANG MEMPUNYAI WUDUK DAN MENYEMPURNAKAN SOLAT..


Orang yang menyempurnakan wuduk kemudian menyempurnakan solatnya baik yang wajib maupun sunnah, maka akan terpancar sinar menyejukkan dari wajahnya. Pancaran sinar kerana keimanan dan tawadhu’ (rendah hati) krana merasa betapa kecil dirinya di hadapan Allah. Bahkan kelak di hari perhitungan akan mudah dikenali krana bekas wuduknya itu. Itulah salah satu ciri yang kelak dpt membezakan umat Islam dengan umat lainnya, sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W:
“Umatku akan tampil pada hari kiamat dengan wajah bersinar, tangan serta kakinya berkilauan dari bekas-bekas wuduknya.” 

(HR.Ahmad,Bukhari dan Muslim).


Dalam Sujud Cintaku..

"Jika kamu ingin senang/mudah untuk bangun Tahajjud, janganlah kamu berbuat maksiat pada siang hari kerana maksiat yang dilakukan pada siang hari itu akan memberatkan kamu untuk bangun Tahajjud"

~ Imam Al-Ghazali Ra ~


Saturday, January 12, 2013

Kerana Dia RasulALLAH..

Syeikh Yusri hafizahullah pernah menerangkan selawat kepada Al-Habib Rasulullah SAW dengan penerangan yang cukup indah. Kata syeikh Yusri,
"Perbanyakkanlah selawat kepada baginda SAW. Ini kerana, Selawat adalah amalan yang DITERIMA oleh Allah walaupun dilakukan dengan hati yang LALAI kerana HUBUNGANNYA YANG KUAT dengan Rasulullah SAW, sedangkan Allah tidak akan memandang kepadamu jika kamu LALAI dalam melakukan ibadah yang lain."

Tambah Syeikh Yusri lagi, 
"Allah telah menciptakan MALAIKAT KHUSUS untuk mencari orang yang berselawat kepada Rasulullah SAW di setiap tempat, masa dan keadaan. Malaikat ini akan menyampaikan selawat kepada baginda SAW yang masih HIDUP, di kubur baginda SAW. NAMA kamu akan disebut kepada baginda Rasulullah SAW. Adakah kamu tidak merasa bahagia jika namamu dan kata-katamu disampaikan kepada baginda? Bahkan, baginda SAW akan terus menjawab selawat itu dengan menDOAkan kamu."

Allahumma Solli 'Ala Muhammad


Thursday, January 3, 2013

♥ Hal terindah dari wanita adalah bukan pada saat dia TERSENYUM bahagia, tetapi saat AIRMATANYA jatuh dalam rantaian DOANYA...

♥ Bukan kerana KATA-KATANYA yang INDAH,
tetapi saat BIBIRNYA basah dengan BERZIKIR...
♥ Bukan kerana KECANTIKAN yang mempesona,
tetapi kerana
SUJUDNYA pada YANG MAHA ESA...

♥ Bukan kerana
KEELOKAN TUBUHNYA,
tetapi kerana
KETEGUHANNYA dalam menjaga AURATNYA...