Wednesday, December 28, 2011

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT




KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.


Cara best jawab tepon.



1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

Sekarang dah paham.. Setiap soalan perlu di jawab dengan betul untuk mengelakan keliruan pada jawapan..hahaha..

Wednesday, December 21, 2011

Aku ingin ISLAM kembali dijulang!


Ya Allah..
Aku sedang menanti,
Bilakah saat tertegaknya kembali agamaMu?
Bilakah saat gemilang kembali ajaranMu?
Aku masih setia menanti,
Detik-detik Islam dijulang dunia!

Ya Allah,
Aku sedar..
Setiap kemenangan itu
Perlu disusuli dengan kesusahan, keperitan!
Islam kini,
Tidak lagi dipandang mulia.
Diletakkan di suatu sudut terpencil,
Hanya dipandang,
Tatkala 'ia' diperlukan.

Ya Rabbul 'Izzati..
Kau peliharalah agamaMu ini..
Kau kuatkanlah hati-hati para mujahidin..
Kau tabahkanlah hati-hati para 'ulamak..
Kau berikanlah nafas-nafas baru pada perjuangan mereka,
Biar setinggi semangat Khalid Al-Walid!
Biar segagah "Umar Al-Khattab!
Biar pemudanya sekental Muhammad Al-Fateh!
Dan payungilah mereka Ya Allah..
Dengan rahmat dan kasih sayangMu..

Ya Tuhanku!
Tiada yang layak disembah melainkan Engkau..
PadaMu menjadi sandaran kekuatan,
PadaMu sumber ketenangan..
PadaMu obor yang tidak henti-henti menyala!
Ya Allah..
Jadikanlah aku sebahagian dari hati-hati yang ikhlas berjuang keranaMu..
Jadikalan aku sebahagian dari jiwa-jiwa yang ingin kembali kepadaMu..
Jadikanlah aku sebahagian dari mereka yang menginginkan tertegaknya Islam di muka bumiMu..
Ameen Ya Rabb!

Sabar

♥ saya nak MARAH tapi ALLAH kata JANGAN !
♥ saya nak BENCI tapi ALLAH kata JANGAN !
♥ saya nak LAWAN tapi ALLAH kata JANGAN !
♥ saya nak PUTUS ASA tapi ALLAH kata JANGAN !
♥ saya nak MEMBERONTAK tapi ALLAH kata JANGAN !

♥ KERANA ALLAH kata jadi saya cuba LUPAKAN apa orang KATA dan BUAT pada saya!

♥ KERANA ALLAH kata jadi saya cuba SABARKAN HATI IKHLASKAN JIWA TAWAKALKAN DIRI !

♥ KERANA ALLAH kata jadi saya cuba dan teruskan cuba AGAR terus BERJAYA bukan di dunia saja TAPI di akhirat SANA !


Sunday, December 18, 2011

Salah Seorang Pejuang Terunggul Islam Pengganti RasulALLAH

"Dari kerusi roda itu, dia menggoncang dunia untuk kemerdekaan Palestina"

Tahu tak siapa beliau?

Hari ini nak berkongsi tentang seorang tokoh kontemporari iaitu AS-SYAHID SYEIKH AHMAD YASSIN 1938-2004. Sahabat² kenal tak dgn beliau? 

Hmmm.. Sebenarnya saya pun tidak seberapa kenal dgn siapa beliau sebelum ini. Kenapa ramai sangat orang kagum dgn beliau? Tapi alhamdulillah, kak Anisa Husna (AniUna) telah menceritakan sedikit latar belakang beliau sehingga bagaimana beliau menemui ajal berdasarkan sebuah buku yg pernah dibacanya. (tapi kak AniUna tak ingat buku apa. Kalau ada yang tahu tajuk buku tu inform saya ya). 



:: Kagum dengan beliau. Kenapa? 


Sebab walaupun beliau lumpuh, cacat anggota, berkerusi roda & suda tua namun tidak menjadi penghalang kepadanya utk bergerak sebagai aktivis perjuangan Islam & jihad menghadapi penjajah Yahudi. Hatinya tegar, jiwanya besarAllahuakhbar!!!




Keluar masuk penjara sudah menjadi kebiasaan baginya baik penjara regim Sekular Palestin, PLO (Yaser Arafat) – sekarang "Fatah" atau "penjara Israel".




Sebahagian besar hidupnya dihabiskan di atas kerusi roda yg ditolak oleh pembantunya.Seksaan di penjara Israel menyebabkan ia bukan hanya terus lumpuh, 


*☆ Namun bertambah derita lain seperti pandangan mata kirinya yg kabur  &  telinga yg tidak dapat mendengar lagi dgn baik. Ditambah dgn penyakit jantung serta gangguan pencernaan.


Siksaan berterusan membuatkan fizikalnya menjadi semakin lemah. 


*☆ Namun, fizikalnya yg rosak bukan penghalang baginya utk teguh menasihati, membangkitkan semangat ummah  &  para pejuang Palestin sehingga ianya menjadi mimpi ngeri bagi Israel. Setiap patah kata ² nya diterima pakai & dilaksanakan.


Tahun 1983, beliau dipenjarakan lagi atas dakwaan menubuhkan kumpulan rahsia ‘Tanzhim ‘Askari’  &  memprovokasi massa agar menyahkan Israel dari muka bumi. Mahkamah tentera Zionis menghukumnya dgn penjara selama 13 tahun. Tidak sampai tempoh itu, beliau dibebaskan.


Tahun 1987, "Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah(Hamas) ditubuhkan sebagai sayap Ikhwan Muslimin PalestinSheikh Ahmad Yasin diangkat menjadi amir pertama. 


Hamas gerakan jihad dengan meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. Namun, mereka tetap menjaga hubungan dgn gerakan kemerdekaan Palestin yg lain seperti PLO yg agak berhaluan sekular. Tanggal 09 Dis 1987, Intifadhah besar²an Palestin kali pertama dibangkitkan.

***************************************

:: Sedih dengar cara kematian beliau. JAHATNYA YAHUDI. YAHUDI LAKNATULLAH(pernah dengar satu ceramah kalau dengar perkataan YAHUDI sambung dgn perkataanLAKNATULLAH). Tak sanggup nak tengok gambar beliau ditembak di kepala seusai solat subuh. Kugagahkan diri untuk melihatnya  &  beginilah keadaannya...


Melihat gambar ini sahaja begitu meruntun hatiku








Dan ini lagi. MasyaAllah begitu kejam kamu YAHUDI LAKNATULLAH


Bayangkan sahaja mayat As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin dikutip satu persatu memandang berterabur selepas ditembak 3 peluru sekaligus. Saya tak dapat bayangkan..


Sedih tak? 

Kalau kita yg tidak berada ditempat kejadian sedih, inikan pula mereka berjuang bersama dgn beliau yg melihat depan mata peluru menghancur-beraikan otaknya. 





Allahurabbi. Lihatlah bagaimana keadaan beliau... 


Nak tahu bagaimana ini semua berlaku? Teruskan membaca...(",)

Detik² akhirnya tiba jua. Saat selesai menunaikan solat Subuh tanggal 22 Mac 2004, sejurus melangkah utk keluar dari masjid, 3 peluru berpandu yg ditembak olehhelikopter Apache tepat mengenai kepala  &  tubuhnya. Kepalanya hancur  &  tangannya putus. Kerusi roda yg dinaikinya hancur musnah. Dagingnya terpaksa dikutip satu persatu &  dimasukkan ke dlm plastik.

Isterinya, Hajjah Ummu Muhammad memberitahu bahawa, hari² terakhir suaminya sudah dirasai oleh As-Syahid Sheikh Yasin sendiri. 

“Saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan  &  memang itulah yg saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia” kata² As-Syahid Sheikh Ahmad Yasinpada anak²nya.

Pada malam terakhir, beliau beri’tikaf di masjid Majma’ Al-Islamiy &  berniat puasa sunat setelah meminum segelas air putih. Kemudian beliau menunaikan Solat Subuh. 


Ancaman bahaya dirasai oleh ahli jama’ah masjid  &  mereka bertindak mengambil tayar² serta membakarnya agar asap yg naik nanti akan melindungi pergerakan beliau. Namun, Sheikh Ahmad Yasin melarangnya. 

Beliau terus keluar dari pintu masjid  &  sejurus itu, peluru menghentam beliau  &  para pengawalnya termasuk menantunya, Khamis Musytaha. Mereka semua gugur syahid.


Sedih memang sedih tapi bila dihitung², bila dicongak², bila dibilang² kita ini sedar tak tanggungjawab memperjuangkan Islam di bumi PALESTIN? Kita ini sedar tak tanggungjawab membebaskan PALESTIN daripada genggaman YAHUDI LAKNATULLAH? 
*******************************************

Hayati setiap bait kata² As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin pada kita..


:x Wahai anak²ku, telah tiba saatnya kalian 1-kembali kpd ALLAH dgn meninggalkan pelbagai keseronokan, kealpaan kehidupan & menyingkirkannya jauh drpd kehidupan kalian. 

:xTelah tiba saatnya kalian 2-bangun & melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya utk kalian 3-menghiasi diri dgn akhlak yg mulia4-mengamalkan kandungan al-Quran serta 5-mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

:xAku menyeru kalian wahai anak²ku untuk 6-solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak ² ku, utk 7-mendekat diri kpd sunnah Nabi kalian yg agung.

:xWahai para pemuda, aku ingin kalian 8-menyedari & menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dgn meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian utk 9-menghadap ALLAH SWT & memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yg berkat kpd kalian. Aku menyeru kalian supaya 10-menghormati orang yg lebih tua & 11-menyayangi orang yg lebih muda.

:xAku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan² muzik yg melalaikan, melupakan kata² yg menyebutkan cinta kpda manusia & dunia serta menggantikannya dgn kata amal, kerja & zikir kpd ALLAH. Wahai anak²ku, aku amat berharap kalian 12-tidak sibuk dgn muzik & 13-tidak terjerumus ke dlm arus syahwat.

:xWahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kpd ALLAH akan 14-mengenakan hijab secara jujur & betul. Aku meminta kalian berjanji kpd ALLAH bahawa kalian akan 15-mengambil peduli tentang agama & Nabi kalian yg mulia. Jadikanlah ibunda kalian, 16-Khadijah & Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian utk melakukan sesuatu yg boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

:xKepada semua, aku ingin kalian 17-bersiap sedia utk menghadapi segala sesuatuyg akan datang. 18-Bersiaplah dgn agama & ilmu pengetahuan. Bersiaplah utk belajar & mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dlm kegelapan yg pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik & peralatan elektronik. Latihlah diri kalian utk sementara waktu merasakan kehidupan yg sukar.

:xBiasakan diri kalian agar dapat 19-melindungi diri & 20-membuat perancangan utk masa depan. Berpeganglah kpda agama kalian. Carilah sebab²nya & tawakal kpd ALLAH.


".... meskipun mereka membunuh As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, maka akan dikeluarkan utk mereka 100 orang As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin.. Mereka mimpi jika menganggap bahawa pembunuhan akan menghentikan perlawanan.. yg terjadi adalah pembunuhan akan menambah kekuatan kami di atas kekuatan sebelumnya....."

Allahuakhbar, melihat pengorbanan As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin, terasa malu pada diri sendiri. Belum layak & jauh sekali diri ini dikira sebagai mujahidah agama. Masih banyak lagi tugas yg perlu saya & kita² lakukan. 


Mari kita usahakn bersama² utk memperbaiki diri & mengajak sahabat yg lain ke jalan perjuangan Islam ini. 


Semoga Allah menguatkan hati² kita utk memperjuangkan & menegakkan Islam sehingga hela nafas yg terakhir & janganlah pula Allah campakkan kita menjadi golongan yg tercicir..

Syukran Jazilan Khatiron krn sudi membaca hingga akhir.