Tuesday, April 29, 2014

Sedih Itu Bahagia


Di alam remaja
Seringkali diri ini terbabas dalam memperjuang erti cinta
Seringkali  juga diri ini memohon pada illahi untuk memperoleh cinta illahi
Tapi
Diri ini diuji dengan cinta insani
Diri ini tidak betah untuk melawan cinta yg dianggap sempurna
Sedangkan semua ini hanyalah khayalan semata-mata..
Kita rasa  mungkin  dia yg sempurna untuk kita
Mungkin juga kita menyangka dia jodoh kita
Hakikatnya..
Tak semua yang kita impikan kita akan dapat
Allah lebih mengetahui sendangkan kita tidak mengetahui..
Dengan ini..
Ku berhenti mengharap dirimu kerana dirimu sudah mempunyai pendamping..
Pendamping yg semestinya lebih baik dari diriku..
Semoga kebahagiaan milikmu kerana kesedihan adalah milikku..
Andai ini suratannya,aku redha..








Friday, April 25, 2014

Sayyidul Istigfar




Dalam sebuah hadis riwayat al bukhari daripada syaddad bin aus ,Nabi mengajar sepotong doa .Sesiapa yang membacanya dengan keimanan pada waktu pagi ,lalu dia mati pada petangnya maka dia kan menjadi ahli syurga.Demikian juga bagi yg membacanya dengan keimanan pada waktu petang lalu meninggal dunia selepas itu,maka dia tergolong dalam golongan ahli syurga.

Riwayat al Bukhari no. 6306


Doa Solat Istikharah


Ya Allah,sesungguhnya aku memohon petunjukMU untuk membuat pilihan yang tepat dengan ilmuMU & aku memohon kekuatan kepadaMU (untuk mendapat penyelesaian) dengan kekuasaanMU ,aku memohon anugerahMU yang maha agung ,sesungguhnya engkau maha berkuasa ,sedangkan aku tidak,engkau maha mengetahui sedangkan aku tidak,dan engkau maha mengetahui urusan ini..(disebutkan hajatnya)baik untukku dalam urusan agamaku ,hidupku dan kesudahanku,maka mudahkanlah bagiku dalam urusan itu ,kemudian kurniakanlah berkat kepadaku.bagaimanapun,apabila engkau mengetahui bahawa persoalan itu membahayakan diriku berkaitan agamaku ,kehidupanku & kesudahanku ,maka elakkanlah aku daripadanya,kemudian takdirkan bagiku segala perkara yang baik di mana-mana sahaja dan berilah redaMU kepadaku..

Riwayat Al Bukhari no 1162,6382 &7390.


Kemuliaan VS Kehinaan

Nabi SAW,
Menangis kerana KAMU,
Dipukul kerana KAMU,
Dipulau kerana KAMU,
Disakiti kerana KAMU,

Diceraikan anak perempuannya kerana KAMU,

Adapun kamu berasa MALU dengan SUNNAH Baginda SAW..
Kamu MALU menzahirkan SUNNAH Baginda SAW..
Kamu malu kalau sesiapa bertanya,"Apa yang kamu lakukan"..
Kita malu untuk menyimpan janggut,
Berpakaian singkat (Sunnah Baginda),
Berjalan seperti jalannya Baginda SAW,
Berkata-kata seperti kata-kata Baginda SAW,
Menghafal hadis-hadis Baginda SAW,
Memuji perwatakkan dan sifat Baginda di kalangan orang bukan Islam,
Kita MALU untuk MENYERU kepada Islam sepertimana Baginda SAW,
Kita MALU untuk memberi PERINGATAN kepada manusia sepertimana Baginda SAW mengingatkan manusia kepada Allah SWT,
Kita MALU daripa MENYERU manusia mengikuti Sunnah Baginda SAW..
Kita MALU dengan SUNNAH Baginda SAW yang mana Baginda HAMPIR untuk DIBUNUH berkali-kali disebabkan KAMU,
Hakikatnya Baginda meninggalkan dunia ini (wafat) dibunuh dengan bisa racun.. Keatasnya selawat dan salam..
Kerana KAMU!..
Kerana KAMU!..

Ketika hendak meninggalkan dunia ini, Baginda MENANGIS..
Lalu ditanyakan, "Kenapa engkau menangis Ya Rasulullah?"
Baginda SAW menjawab,
"Aku berharap kalau aku dapat melihat saudara-saudaraku"
BAGINDA SAW BERCITA-CITA UNTUK MELIHAT KAMU!!..
TETAPI alangkah MALUNYA Baginda SAW bilamana Baginda melihat aku, engkau dan kita semua MEMBUANG SUNNAH Baginda SAW di bawah TELAPAK KAKI kita..
Kita merasa JANGGAL melakukan SUNNAH Baginda SAW di khalayak ramai..
Kita MALU untuk MEMUJI Baginda SAW di hadapan manusia..
SEBALIKNYA kita menghiasi diri dan berbangga dengan sunnah orang KAFIR.. dan kita memandang cara mereka (orang kafir) lebih baik dari hati kita dan sempurna di mata kita berbanding SUNNAH NABI SAW
Sesetengah manusia wahai saudaraku yang dimuliakan, bila kita berbicara bab JANGGUT contohnya mereka akan kata "Wahai Syeikh,
benda ini hanyalah sunnah"..
Baiklah, aku akan beritahu kamu APA ITU SUNNAH!!..
SUNNAH!!..
Tapi kenapa ada sebilangan pemuda meletakkan gambar seseorang pada baju mereka yang aku tidak mahu sebut namanya di dalam rumah Allah ini.. Bila aku bertanya kepada mereka, "Kenaka kamu letak gambar orang ini (che guevera) pada baju kamu?"
Maka dijawab mereka, "Wahai Syeikh, dia ini adalah lambang kebebasan."
BETUL!! dia lambang kebebasan. bahkan dia juga LAMBANG PENZINA.. dan LAMBANG PEMINUM ARAK!!..
Maka kamu berasa bangga dengannya??? Akan tetapi kamu tidak merasa bangga dengan SUNNAH NABI SAW???
Kenapa kamu tidak menyimpan JANGGUT? sebab nanti akan akan ada yang bertanya mengapa kami menyimpan JANGGUT? Nanti kamu boleh berkata inilah lambang kebebasan dan kemuliaan. Juga LAMBANG SUNNAH BAGINDA MUHAMMAD BIN ABDILLAH SAW..


Tuesday, April 15, 2014

Couple VS Kahwin

"Akhi, macam mana nak selesai isu couple? Kawan-kawan di sekolah ramai couple. Masuk universiti makin ramai. Masalahnya, mereka cuma couple yang belum pasti nak nikah atau tidak. Hanya suka-suka, sekadar nak merasai pengalaman berdating dll. Ada nasihat?"
Jawapan:
Dah ada banyak nasihat tentang couple haram di internet. Kali ini, cukuplah saya petik kata-kata dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam siri kuliyyah tafsirnya. Saya ingat-ingat lupa (maaf andai saya silap) sebagaimana berikut,
"Orang yang berbulan-bulan, bertahun-tahun berboyfriend atau bergirlfriend (atau tidak letak sebarang istilah tapi perbuatannya sama saja), orang-orang sebegini adalah orang yang terputus hubungan dengan Allah Ta'ala.
Bukan caranya seseorang lelaki pilih mana-mana perempuan, kemudian bawa perempuan itu naik kenderaannya ke pantai atau ke hotel (atau mana-mana tempat dating). Kemudian, kononnya cuba bina relationship selama setahun dua tanpa bernikah. Lepas tu, bila tidak cocok atau tidak puas hati, habis manis sepah dibuang macam sampah. Kemudian, cari yang lain pula.
Setiap manusia Muslim khasnya lelaki. Dia kena berasa dia jadi bapa kepada anak adalah satu kehormatan. Seorang manusia jadi bapa maknanya dia telah menunaikan salah satu tugas yang Allah beri. Tugasnya, Allah buat lelaki dan perempuan adalah untuk ramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w. Jadi, bila kita duk berzina, duk couple, duk bujang (tak mahu usaha kahwin), mana hubungan engkau dengan Nabi Muhammad?
Mung mari atah dunio ni kijo gapo?
Nak seronok-seronok atau nak jadi umat Nabi Muhammad s.a.w.?
Bernikahlah. Sebagaimana yang Allah nak."