Thursday, November 6, 2014

Ahlullah


Setiap kali ustaz menyuruh menyambung ayat yang dia telah baca
Jujur
Hati terasa sangat sedih dan terkilan 
Kenapa aku tak boleh mengingati ayat allah sebagaimana ustaz itu mengingatinya
Sedangkan aku dah menghafal ayat itu 
Dan setiap kali itulah hati akan terasa pedih mengenangkan al quran
Sehinggakan air mata bertubi-tubi menyelusuri jatuh ke pipi
Aku ingat aku dah pandai untuk mengawal perasaan ini
Tapi aku silap
Ramai dapat baca air muka aku
Sehinggakan mereka tersalah tafsir bahawa kesedihanku berpunca daripada "manusia"
Hakikatnya kesedihanku berpunca dari al quran.
Dan setiap kali melihat kehebatan para pensyarah membaca ayat quran tanpa melihat mushaf
Serta mengingati setiap juzuk dan maqro'
Sekali lagi hati terasa seperti di hiris-hiris 
Air mata yang di tahan-tahan terjatuh ke bumi jua
Sangat sukar untuk mujahadah dalam murojaah ayat al quran
Ya..terlalu sukar dan terkadang hati selalu berputus asa
Tapi semangat dari ALLAH melalui al quran membangkitkan ku semula..
Sweet kan ALLAH..;')

"Apabila kamu dapati hafazan al quran kamu semakin menghilang,ketahuilah bahawa pada ketika itu kamu bukan dalam keadaan terlupa,bahkan sebenarnya kamu telah dilupakan oleh allah.Sesungguhnya allah sengaja menarik ayat-ayatnya daripada ingatan kamu kerana sikap kamu yang memperlekeh dan bermain-main denganNYA sehingga menyebabkan kamu hilang kelayakan sebagai seorang penghafal al quran yang juga mengamalkannya"..
-Ustaz Zahazan Mohamed-



#Semoga kehadiran manusia yang hebat di atas mampu menaikkan semangatku kembali meraih al quran sepenuh hati.Amiin.