Friday, January 20, 2012

✿~ Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan, semoga Dia menghadirkan seseseorang yang MENGIMPIKANMU..
✿~ Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MERINDUKANMU..
✿~ Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan, semoga Dia memberimu seseorang yang MENDAMBAKANMU..
✿~ Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MENCINTAIMU..

>>> Yang bukan HANYA kerana apa yang ada PADAMU tetapi apa adanya DIRIMU..semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK dengan segala keindahan hati & KETAQWAANNYA, insyaAllah…♥♥


Thursday, January 19, 2012

Pendek Tapi Besar..

Surah PENDEK Ganjaran BESAR...

Sahabat, salah satu surah pendek dalam al-Qur'an yang apabila dibaca, pahalanya seperti membaca sepertiga al-Quran!!

Surahnya adalah : Surah AL-IKHLAS (Qul huwallahu ahad) ♥

Jom baca bersama! =)

Dari Abu Sa’id (Al Khudri) bahawa seorang lelaki mendengar seseorang membaca dengan berulang-ulang ’Qul huwallahu ahad’. Orang yang mendengar tadi mendatangi Rasulullah s.a.w dan menceritakan kejadian tersebut dengan nada seakan-akan merendahkan surah al Ikhlas. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda, ”Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya surah ini sebanding dengan sepertiga Al Qur’an”.
[HR. Bukhari]

Nabi s.a.w bersabda, ”Adakah seorang di antara kamu tidak mampu untuk membaca sepertiga Al Qur’an dalam semalam?” Mereka mengatakan, ”Bagaimana kami bole membaca seperti sepertiga Al Qur’an?” Lalu Nabi s.a.w bersabda, ”Qul huwallahu ahad itu sebanding dengan sepertiga Al Qur’an.”
[HR. Muslim]

SubhanAllah!!
Begitu mudahnya mendapat pahala, yang penting ada keinginan.. =)


Rahsiaa Solat Yang Tidak Semua Taw..

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".

Solat ini ada banyak kebaikan dan rahsianya. Antaranya, Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Saturday, January 14, 2012

SETIAP HARI KUBUR MEMANGGIL MANUSIA SEBANYAK 5 KALI

1. "Aku adalah rumah yang sunyi dan keseorangan. Bagi memeriahkannya hendaklah kamu membaca Al-Quran."

2. "Aku adalah rumah yang gelap gelita. Terangilah aku dengan sembahyang malam."

3. "Aku adalah rumah yang dipenuhi dengan habuk dan debu. Hendaklah kamu membawa bekal taqwa dan amal-amal soleh."

4. "Aku adalah rumah yang dipenuhi ular. Bawalah pendinding iaitu bacaan ‘Bismillahirrahmanirrahim' hingga mencucurkan air mata."

5. "Aku adalah rumah pertanyaan Mungkar Nakir. Perbanyakkanlah membaca ‘Laa ilaaha illallah, Muhammadur Rasulullah’ agar kamu dapat memberi jawapan kepadanya."

Firman Allah SWT: "Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (QS Al-Jumu'ah: 8)

Allah SWT juga berfirman: "Dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti datang, tidak ada keraguan padanya; dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur." (QS Al-Hajj: 7)

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama untuk alam akhirat." (HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al-Hakim)

Rasulullah SAW juga bersabda: "Apabila seseorang itu sudah mati, maka diperlihatkan kepadanya tempat di mana ia akan duduk, pada setiap pagi dan petang. Jika ia termasuk ahli syurga, maka ia (melihat) syurga, dan apabila ia termasuk ahli neraka, maka ia pun (melihat) neraka." Sabda Nabi lagi: "Kemudian dikatakan: "Inilah tempatmu yang dibangkitkan di Hari Kiamat." (HR Muslim)


Friday, January 13, 2012

9 Siti patut dijadikan contoh



1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?

Thursday, January 12, 2012

Ya Habibi..

Rasulullah menangis kerana risaukan kita... :''(
ya Rasulullah... aku rindu kepadamu... aku syg kepadamu... aku cinta kepadamu... 

ade 7 pintu neraka..
rasulullah bertanya kepada Malaikat Jibril
" siapakah penghuni pintu2 ini?"

jawab Jibril :

*pintu y pling bawah adalah utk org2 munafik n org2 y kafir stlah diturunkn hdangn mukjizat Nabi Isa serta keluarga Firaun. namanya ialah al-hawiyah

*pintu kedua tempat orang2 musyrikin bernama Jahim
*pintu ketiga ialah tempat org shobi'in bernama Saqar
*pintu keempat ialah tempat iblis dan pengikutnya dri kaum Majusi bernama Ladha
*pintu kelima ialah utk org Yahudi bernama Hutomah
*pintu keenam tempat org Nasrani bernama Sa'eir

kemudian Jibril diam malu kpd Rasulullah shingga ditanya:
"mengapa engkau tidak trangkn mngenai penghuni pintu ke7?

jawab jibril :
" di dlmnya org2 y berdosa besar drpd umatmu y smpai mati belum sempat bertaubat"

RASULULLLAH PENGSAN KTIKA MENDENGAR KETERANGAN ITU, SHINGGA JIBRIL MELETAKKAN KEPALA BAGINDA DI PANGKUANNYA SHINGGA BAGINDA SEDAR KEMBALI. SETELAH TERSEDAR. RASULULLAH BERSABDA :

"wahai jibril, sungguh besar kerisauanku dan sedihku, apakah ada seorang daripada umatku yang akan masuk ke dalam neraka?"

jawab jibril :
" ya, iaitu orang yang berdosa besar drpd umatmu."

kemudian rasulullah menangis dan jibril turut menangis.kemudian rasulullah masuk ke dlm rumahnya dan tidak keluar kecuali utk bersolat dan kemudian baginda kembali.

baginda tidak berbicara dgn org2 di sekelilingnya. stiap kali mendirikan solat baGINDA selalu MENANGIS DAN MEMOHON KEPADA ALLAH

(dipetik drpd Kitab Peringatan Bagi Yang Lalai)

:''(

ya rasulullah.... maafkan daku....
ya rasulullah... aku rindu kepadamu..
ya rasulullah... engkaulah kekasihku..
ya rasulullah... aku kasih kepadamu..
ya rasulullah.. aku sayang kepadamu...
ya rasulullah.. aku cinta kepadamu..
ya rasulullah... aku ingin bersamamu...
ya rasulullah... aku ingin dekat denganmu..
ya rasulullah.. aku ingin melihatmu..
'(
:''(

ya ALLAH.... :''(

Saturday, January 7, 2012

DI MANAKAH KEADILAN?


✿~ "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya MENCIPTAKAN kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang HIKMAH pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.."
(Surah Al-Mu'minun : 115-116)

✿~ "Maka barangsiapa mengerjakan KEBAIKAN seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa mengerjakan KEJAHATAN seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.."
(Surah al-Zalzalah : 7-8)


Pelajar : Ustazah,doakan saya ustazah,saya nak dapat 5A dalam UPSR ni. Serius.
Ustazah:Ya,insyaAllah saya doakan.
Pelajar : Ustazah kata nak doakan,tapi ustazah tak mintak nama saya pun.
Ustazah :Ya,apa nama awak?
Pelajar : Adam ustazah.
... Ustazah : Kenapa awak macam beria-ia sangat ni?
Pelajar : Saya kena dapatkan 5A jugak,sebab saya nak tuntut hadiah dari mak
saya. Mak saya kata,kalau saya dapat 5A,saya boleh mintak apa saja. Mak
saya tak tahu lagi apa saya nak.
Ustazah : Boleh ustazah tahu apa permintaan Adam?
Pelajar : Saya nak mak saya tutup aurat ustazah.

Ustazah terkejut dan terharu,lantas beliau mengangkat dua tangannya dan terus berdoa untuk si pelajar tadi. Allahu Rabbi..♥♥

Sebuah Kisah Kehidupan..

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :

" sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :

" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

Moral : Never judge anyone..... because U never know how their life is & what they're going through...

Monday, January 2, 2012

GANJIL NYA PEREMPUAN MUSLIM NI?"



Dengar tajuk pun sudah lain macam.. cuba anda luangkan masa untuk membaca artikel ini :)

-Gadis yg berniqab, ganjil?
-Gadis yg menutup aurat sepenuhnya, ganjil?
-Gadis yg melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?
-Gadis yg mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?
-Gadis yg malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?
-Gadis yg pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?
-Gadis yg pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?
-Gadis yg meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?
-Gadis yg tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?
-Gadis yg tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?
-Gadis yg tak 'couple' sebelum nikah, ganjil?
-Gadis yg tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?
-Gadis yang ganjil???


Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (H.R. Muslim)