Tuesday, May 31, 2011

Nasihat untuk kaum hawa..~


Assalamu'alaikum w.b.t...

Setiap hari saye buka Facebook,pasti ada post-post hangat/perli/sindiran buat kaum hawa di salah satu group yang memperjuangkan untuk membenci orang yang membuka aurat di Facebook..Mungkin ramai yang tahu group  Aku Benci Dedah Aurat Di Facebook

Memang hakikatnya,patut benci mendedahkan aurat di mana-mana depan khalayak.Tapi,ramai yang xtau,atau buat-buat tak tahu,yang mana,di luar,bertudung,tetapi dalam facebook,mendedahkan semuanya tanpa segan silu..Kerana itu,saye sokong tajuk group itu.. :)
 

Dan,yang create group itu adalah dari kaum Adam..
Berbagai2 'notis cinta' yang dia dapat kerana create group ni..Ada yang keluarkan kata-kata tak puas hati,kutuk dan macam2 lagi..

Dalam masa yang sama,berbagai perkongsian dari semua muslimin muslimat yang dapat kita ambil iktibar dalam group tu,dan majoriti untuk kaum hawa..Sehinggakan,ada lelaki2 dalam group tu jeles,kenapa peringatan untuk diorang xde?Asyik untuk wanita je.. :D
 

Bukankah kita patut bersyukur ada yg sudi menegur dan dalam masa yg sama,menjauhkan kita dari terjunam dalam lembah neraka? 
:ymhug:

Ingat kembali pesanan Rasulullah S.A.W:


Wahai mawar-mawar agama yang disayangi kerana Allah..
Sama-samalah kita menjaga diri,menjaga pergaulan dengan bukan mahram,jauhi dari apa-apa yang boleh menarik perhatian lelaki,tutup aurat sesempurna mungkin..Redha Allah yang kita cari..

Ingatlah..

"Biarlah kita diketawakan manusia kerana mengikut syari'at Allah,Asalkan tidak diketawakan syaitan kerana menjadi peneman mereka di neraka Allah"

"Sekali wanita tergoda,gugurlah sekuntum wardah di syurga,sekali wanita ternoda,berdekah-dekahlah syaitan di neraka"


Sabarlah..
Kita di dunia tak lama..Jangan mengeluh..
Kelak saat kedua-dua belah kaki kita melepasi pintu syurga, kita berehatlah sepuas-puasnya... :ymhug:


"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenar-benar kehidupan, andai mereka mengetahui." (Al-'Ankabuut: 64)

luahan hati..

salam..hurm..tadi ader halaqah-sentuhan qalbu ..tajuk khusus tentang ayah emak..ayah sruh tengok..terkesan gak r kt hati nie..tapi..x taw la kenape..miker sokmo,gane la prasaan *truly for my heart*lebey tahu...lame dok miker..tup..tup..sorang ustazah ni amanh(x silap la)usuludiin tu..power la..dye cakap..berbunyi lebeyh kurang gini la.."kalaw kite berbuat baik kat ibu (semasa mk dye tu sedang sakit)si emak tu balas sebaliknye(jahat)..ustazah tu cakap wat camni..ade dye bace cam doa..lebeyh kurang gini r..waktu bangun pagi,doala..zra x ingt la ayt dye..hehehhe..tengok mate *** cam ..hurm..mybe prasaan zira jer kot..http://myezanur.blogspot.com/2011/05/jagalah.html..huhuhu..herm..

orang sentiase cakap,mana mungkin si emak tu tak sayang anak..pada hakikatnye...ader jer si emak tu x sayang anak..aq rase jer la..

Monday, May 30, 2011

♥ஜ♥(¯`•.¸ღ Kawan2…sahabat2…baca nie… ღ¸.•´¯)♥ஜ♥ ·٠•

Sekarang ni kan ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sahabat-sahabat sekalian..sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah s.w.t..kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang jer kita dapat pahala..

Kerjasama Dengan Pas:umno pujuk tok guru nik aziz ,,tawar 3 jawatan menteri..

KUALA LUMPUR 30 MEI : Umno menawarkan tiga jawatan menteri kepada PAS, sekiranya Murshidul Am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat bersetuju kepada penubuhan kerajaan perpaduan antara kedua-dua parti itu, kata Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain.
Datuk Nik Aziz bagaimanapun menolak tawaran itu kerana PAS tetap komited kepada Parti Keadilan Rakyat dan DAP dalam Pakatan Rakyat, kata beliau.
Muhammad berkata Nik Aziz mendedahkan tawaran Umno itu pada majlis bersama anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.


"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat. (Ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," kata Muhammad yang turut hadir pada majlis itu.


Menteri Besar Kelantan itu tidak mengenal pasti pemimpin Umno yang membuat tawaran berkenaan namun merujuknya sebagai seorang pesara kerajaan bergelar Datuk.


Pemimpin Umno itu dilaporkan mula 'berjinak" dengan Nik Aziz pada April lalu, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja keperluan PAS dan Umno menjalin kerjasama politik demi masa depan orang Melayu.
Difahamkan, majlis di Dengkil itu dihadiri kira-kira 500 orang termasuk Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan Ahli Parlimen Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh) dan Abdullah Sani (Kuala Langat).


Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu.


Sumber yang dekat Nik Aziz mengesahkan pegawai Umno itu menziarahi Nik Aziz beberapa kali, termasuk di rumahnya di Pulau Melaka.
Nik Aziz adalah antara pemimpin PAS yang paling lantang menolak idea kerjasama politik dengan Umno malah pernah mencadangkan supaya PAS mengadakan Muktamar Khas bagi membahas isu berkenaaan secara telus. 


p/s..aahahhahaha...lawak2,,

Sunday, May 29, 2011

Firaun Kecil..~

Bismilllah..


Semua kenal Firaun tak?


Mesti kenal kan...kalau tak kenal,tak duduk mesir namanya.


Sahabat semua mesti sudah tahu mengenai cerita Firaun.Cerita mengenai Firaun yang ditenggelamkan di dalam laut.Cerita Firaun yang membunuh semua kanak-kanak lelaki.Cerita mengenai keangkuhannya menentang seruan  Nabi Musa.








So,kali ini tak nak cerita pasal Firaun Mesir tapi nak cerita pasal Firaun kecil.Kenal tak siapa dia Firaun kecil ni?


Firaun Kecil...(jom kenal dia melalui pantun)

Azan bergema di malam hari
Solat Isya' wajib ditunaikan
Firaun kecil sedang menyanyi
Akademi Fantasia tidak mahu dilepaskan




Handphone berbunyi tanda sms 
Girlfriend sedang tunggu di depan kelas
Rasa diri dah macho habis
Ada makwe first class


Jalan bersama menuju ke shatby
Begelak ketawa beramah mesra,
Makwe memakai baju yang seksi
Leka si firaun tuhan sedang murka





Seorang ustaz memberi nasihat
Firaun kecil tetap dengan egonya
Maki si firaun kepada si ustaz
Tenang si ustaz yakin dengan Tuhannya.



Marah rasa bila terasa
Gembira rasa bila bersama
Hidup ini hanya sementara
Dunia ni bukan kau yang punya.



Aurat perempuan tutup semua
Ada kelonggaran muka dan tapak tangan
Tapi dia peduli apa
Yang penting nampak menawan



Allah suruh ada hikmahnya
So jangan sombong sahabat2
Bila Allah dah murka
Tiada apa yang lagi hebat.




Dah kenal siapa Fiaraun Kecil.
Dia mewarisi sifat Firaun yang sombong...antaranya:




  • Allah dah panggil solat dia buat dek...je
  • Allah kata la takrabu zina...dia degil,,,nak couple juga
  • Orang nasihat tak mau ikut..macam firaun tak mau ikut seruan nabi Musa
  • Aurat Allah suruh tutup,tak nak tutup,terbuka sana terbuka sini


Niat hati bukan nak perli atau tuju dekat siapa2.Kita ni insan.Sifat kita ialah lupa.So,sama2 lah ingatkan diri dan sahabat2 di sekeliling kita.


Wallahualam..

Pesan Hassan AL BANNA..~



“Wahai Ikhwan Muslimin, terutamanya mereka yang bersemangat dan tergesa-gesa di kalangan kamu...Jalan kamu ini telah pun dilakarkan perancangan-perancangan dan diletakkan batas2nya, aku tidak akan menyalahi batas-batas tersebut yang memberi keyakinan kepadaku bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai ke destinasinya, benar, boleh jadi jalan ini panjang, namun di sana tiada lagi jalan selainnya. Kelakian hanya lahir dengankesabaran, tabah, serius, dan amalan yang berterusan. Barangsiapa kalangan kamu yang hendak mempercepat buah sebelum ia masak atau bunga sebelum ia mekar, maka aku tidak akan bersamanya dalam keadaan ini biar apapun keadaannya. Adalah lebih baik berundur diri dari dakwah ini dan menyertai dakwah lain. Barangsiapa yang bersabar bersamaku sehingga bercambahnya benih, tumbuhnya pokok, masaknya buah dan sampai ketikanya untuk dipetik, maka pahalanya adalah urusan Allah. Kami dan ia tidak akan terlepas dari ganjaran orang-orang yang baik sama ada kemenangan atau syahadah. Wahai Ikhwan, pakaikan pada gelojak emosi kamu dengan ladam pertimbangan akal, sinari akal kamu dengan nyalaan emosi (semangat), janganlah kamu cenderung berlebihan nescaya kamu akan menjadikannya tergantung tanpa bertali. Janganlah kamu menyalahi peraturan alam kerana ia pasti akan menang. Sebaliknya atasilah emosi kamu dan gunakannya serta ubah gelombangnya. Gunakan kedua-duanya pada tempatnya, dan insya-Allah nantilah saat-saat kemenangan, sesungguhnya ia tidak jauh dari kamu. Aku telah katakan kepada golongan yang bersemangat kalangan kamu agar mereka perlahan dan menunggu peredaran masa,sementara aku katakan kepada mereka yang tidak bekerja agar bangun dan bekerja,tiada kerehatan dalam jihad."


'Ya Allah, thabatkan aku dalam jalan ini walau susah, walau perit, walau payah, walau pahit, tetapkan langkahku dalam jalan juang ini. Amiin.'

Saturday, May 28, 2011

10 gangguan ketika solat..~



Antara gangguan ketika melakukan solat adalah:

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram

Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.
Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.
Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.

Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).

8)Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”

10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.Bagi yang berasakan gangguan itu,sebahagian atau keseluruhannya,janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Selamat Berjuang Sahabat-Sahabat...!! 

Rapuh-0pick..~



Jom dengar jap..sebagai halwa hati kite..


berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu semua berakhir padaMu

wanita..

Aku sedeyh biler tengok wanita skunk free hair..nak2 orang tu ada talian darah ngan aq..maren,aq rase terharu la jugak sebab dalam ramai2 yang mandi kat kolam tu..hanya segelintir..tipu r segelintir..hanya sebesar zarah jer yang tutup aurat..yang lebey terharu sangat2 orang baru masuk islam dari kalangan india (india muslim la nie)kewarge dye mane ade free hair..dah tu..gane orang islam nie leyh terbabas gitu sekali..?siap lebey cam mat saleh lagi..orang melayu beri/c kan islam tu..malu2..sedeyh pown ade..fikir jugak..camne la tetibe ALLAH turun bala..aduh..nauzubillah..tapi..hakikatnya,manusia sendiri yang mem books of record kan name depa sendiri dalam arena dunia nie..dunia ..dunia..dunia..dunia tak salah..malah,dunia pown x nak kite dok atas muka bumi nie sebab lawan cakap pencipta sendiri..seandainye kite la jadi bos..agak2 nyer kan,nak ker kite amik pekerja yang lawan tokei sendiri??...apalah yang ada kat sangat kat dunia nie..aq pown kekadang tersasar gak..tapi..alhamdulillah la aq still ade kat jalan yang betul walaupown aq tak la sebetul yang betul-betul..ape2 pown..maruah..aset diri..rambut..mahal tu buat para wanita..tender yang paling mahal dan tak sumer yang boleh beli..!


p/s:haaa.pic kat atas tu..cara pakai tudung pown kene ade adab jugak..adab biler tak ikot..jadilah biadab..so,tak kan nak biadap ngan PENCIPTA  sendiri kot..untuk diriku dan warga negara muslim..~

Thursday, May 26, 2011

Ya RABB..Matilah aku dalam beriman..

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar, bahawa Rasulullah pernah ditanya tentang siapakah orang beriman yang paling bijak ? Lalu dijawab oleh baginda dengan bersabda : “Mereka yang lebih banyak mengingati mati dan lebih baik persediaannya kepada perkara selepas mati, mereka itulah orang yang paling bijak.”(Hadis Riwayat Ibn Majah)
 -----------------------------------------------------------------------------------------

Astaghfirullah haladhzim..
Dalam sehari,pernahkah kita merenung sat,bertanya diri sendiri,
"Dah bersediakah aku dijemput Allah ni??"

Rendahkan hati,selami lagu ni,hayati liriknya,moga sedikit kekuatan untuk berubah pada lebih baik,akan dapat kita dilakukan..! 

 
Selimut Putih

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan 

Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri

Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

------------------------------------- 

"Allahummahyina bil iman,wa amitna bil iman,wahshurna bil iman, wa adkhilnal jannata ma'al iman,Allahumma sabbitna ma'al iman,wa akhrijna minaddunya ma'al iman,wa khaddim lana minal jinni ma'al iman.Allahumma 'afina min kulli bala'iddunya wa 'azabil aaakhirah, wa sharriddunya,wa sharril aaakhirah, ghafarallahu lana walahum birahmatikaya arhamarraahimin."

"Ya Allah hidupkanlah dengan iman,matikan kami dengan iman,kumpulkan kami di padang Mahsyar nanti dengan iman,masukkan kami ke syurga dengan iman.Ya Allah,tetapkanlah kami beserta iman,dan keluarkan kami dari dunia bersama iman,tundukkan penggoda kami daripada jin kerana iman.Ya Allah,hindarkan kami dari bala dunia dan azab akhirat.Semoga Allah mengampuni dosa kami dan dosa mereka,dengan rahmat-Mu ya Allah,Tuhan kami yang Maha Pengasih."Amin ya Rabbal'alamin.

----------------------------------

Wednesday, May 25, 2011

No boyfriend..no kapel..no problem..~




Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. [24:30]
Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.” (H.R. Bukhari & Muslim)
Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.” (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi)
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.” (H.R. At-Tabrani dan Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda: “Kedua mata dapat berzina, dan zina keduanya adalah melihat. Kedua telinga dapat berzina, dan zina keduanya adalah mendengar. Lidah zinanya dengan bicara. Tangan zinanya dengan menyentuh. Kaki zinanya dengan melangkah. Hati zinanya dengan berhasrat dan menginginkan. Dan kemaluan akan membenarkan atau mendustakannya.” (H.R. Muslim)
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita.” (H.R. Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, Tirmidzi)
Kesimpulan: Couple (berpasangan) dalam Islam adalah haram jika pasangan belum bernikah. Ini kerana mereka akan terjerumus melakukan maksiat (bersentuhan dan zina). Mempunyai rasa cinta adalah fitrah manusia yang diberi Allah dan ia tidaklah salah. Bermanja-manja dengan orang yang dicintai, keluar bersama tanpa mahram wanita tidak dibenarkan dalam Islam walaupun sudah bertunang. Adapun bercinta jarak jauh (tidak bertemu dan hanya sms dan chatting) bukanlah dinamakan couple, namun masih perlu menjaga batas-batas...~

p/s..sudah2 la tu kapel2 tu..budaya asing sumer tu..kenapa mengagungkan budaya asing berbanding agama sendiri..agama ALLAH sendiri..agama yang jadi sumber kekuatan kite..agama pemangkin kecemerlangan kite..agama hidup mati kite...jangan hanye dekat  i/c bertulis"islam"..pada hakikatnye..sendiri mau ingat la..hidup hanya sementara..setakat alam musyahadah(dunia)..kenikmatan sementare jer..tak yah agung2 la..setakat dapat ayat manis2..wat ape..nanti dapat nyakit plak..ingat senang ker nak baik pulih hati ni..setakat ayat yang bese digunakan"lautan api sanggup ku renangi,,tapi (dalam hati,,lepas hujan la..eee panas tu)..belahla dadaku..fuhh..jangan la caye..tu tipu..munafiq sumernyer...jadi..tingkatkan prestasi..kurangkan kontroversi...ahahhahaha..wallahualam..~uNTUK diriku dan semua warga negara islam..

who loves u??
whom u love??
thats u really get ur love??
love in world or... in there..
am u really think love can make u happy if the love from the couple??

 thats my answer..not angsa..
im just want ALLAH..my love.
RasulAllah my love..
Islam my love..
Mu'min my love..
The family my love..
and..
the guy WHICH ONE  whos love ALLAH..
ahahahha...cam keling jer ayat aq tu..x per la..kalaw tak paham..tu maknahu..ayat aq tu..ayat sastera la tu...ngeh3..

Anwar Saman Balas Hishamuddin..(fitnah vdeo s**s..~)

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengemukakan saman balas fitnah ke atas Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang menyamannya berhubung isu berkaitan rakaman video seks didedahkan “Datuk T”.
Justeru, Anwar menuntut sejumlah kerugian daripada Hishammuddin atas kenyataan fitnah yang dikaitkan dengan saman Menteri Dalam Negeri itu.
“Kami telah memfailkan (tuntutan) bela atas tuntutan Hishammuddin dan juga memfailkan tuntutan balas ke atas saman fitnahnya.
“Pokoknya, fitnah berkaitan dengan apa yang dikatakan oleh beliau (Hishammuddin) ketika sidang media di Bukit Aman pada 21 Mac,” kata peguam Anwar K. Shanmuga kepada The Malaysian Insider.
Pada 1 Mei lalu, Hishammuddin berkata, beliau akan meneruskan hasrat memfailkan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkannya dengan video seks yang pelakunya mirip Ketua Pembangkang itu.
Beliau berkata, dakwaan Anwar itu perlu dijawab di mahkamah supaya masyarakat tahu kedudukan sebenar isu terbabit.
“Kita bawa ke mahkamah kerana kalau tidak, apa yang disebar melalui media dan internet orang akan percaya kerana kita tidak jawab,” katanya.
Naib Presiden Umno ini berkata, tindakan Ketua Umum PKR mengaitkan beliau dengan video seks terbabit semata-mata untuk mengalihkan perhatian masyarakat.
“Itu strategi... dia (Anwar) tidak boleh jawab soalan wartawan, dia alih pandangan kepada orang lain. Kita tidak berdosa, kenapa hendak takut,” katanya.
Akhir Mac lalu, Hishammudin melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi mewakili beliau dalam memfailkan saman terhadap Anwar.
Anwar (gambar) dalam laporan beberapa akhbar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video kononnya aksi beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara 21 Mac lalu.
Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan pembabitan mereka dalam rakaman berkenaan...