Tuesday, May 31, 2011

Nasihat untuk kaum hawa..~


Assalamu'alaikum w.b.t...

Setiap hari saye buka Facebook,pasti ada post-post hangat/perli/sindiran buat kaum hawa di salah satu group yang memperjuangkan untuk membenci orang yang membuka aurat di Facebook..Mungkin ramai yang tahu group  Aku Benci Dedah Aurat Di Facebook

Memang hakikatnya,patut benci mendedahkan aurat di mana-mana depan khalayak.Tapi,ramai yang xtau,atau buat-buat tak tahu,yang mana,di luar,bertudung,tetapi dalam facebook,mendedahkan semuanya tanpa segan silu..Kerana itu,saye sokong tajuk group itu.. :)
 

Dan,yang create group itu adalah dari kaum Adam..
Berbagai2 'notis cinta' yang dia dapat kerana create group ni..Ada yang keluarkan kata-kata tak puas hati,kutuk dan macam2 lagi..

Dalam masa yang sama,berbagai perkongsian dari semua muslimin muslimat yang dapat kita ambil iktibar dalam group tu,dan majoriti untuk kaum hawa..Sehinggakan,ada lelaki2 dalam group tu jeles,kenapa peringatan untuk diorang xde?Asyik untuk wanita je.. :D
 

Bukankah kita patut bersyukur ada yg sudi menegur dan dalam masa yg sama,menjauhkan kita dari terjunam dalam lembah neraka? 
:ymhug:

Ingat kembali pesanan Rasulullah S.A.W:


Wahai mawar-mawar agama yang disayangi kerana Allah..
Sama-samalah kita menjaga diri,menjaga pergaulan dengan bukan mahram,jauhi dari apa-apa yang boleh menarik perhatian lelaki,tutup aurat sesempurna mungkin..Redha Allah yang kita cari..

Ingatlah..

"Biarlah kita diketawakan manusia kerana mengikut syari'at Allah,Asalkan tidak diketawakan syaitan kerana menjadi peneman mereka di neraka Allah"

"Sekali wanita tergoda,gugurlah sekuntum wardah di syurga,sekali wanita ternoda,berdekah-dekahlah syaitan di neraka"


Sabarlah..
Kita di dunia tak lama..Jangan mengeluh..
Kelak saat kedua-dua belah kaki kita melepasi pintu syurga, kita berehatlah sepuas-puasnya... :ymhug:


"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenar-benar kehidupan, andai mereka mengetahui." (Al-'Ankabuut: 64)

No comments:

Post a Comment