Thursday, February 28, 2013

Cara Mengetahui Berhenti Haid.

Pertanyaan:
Saya masih bingung tentang cara mengetahui berhentinya haid. Karena kadang muncul lendir kekuningan atau kecoklatan sampai berhari-hari. Mohon penjelasan tentang ini.
Jawaban:
Alhamdulillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, wa ba’du,
Dalam kitab Shahih-nya, Imam Bukhari membuat satu bab khusus masalah ini, dengan judul: Iqbal Al-Mahidh wa Idbarihi (Bab tentang Datang dan berhentinya haid).
Dalam bab tersebut, beliau membawakan atsar:
Bahwa dulu para wanita menemui Aisyah radhiyallahu ‘anha dengan membawa tas kecil berisi kapas yang ada shufrah (cairan kekuningan). Kemudian Aisyah mengatakan:
لاَ تَعْجَلْنَ حَتَّى تَرَيْنَ القَصَّةَ البَيْضَاءَ
“Jangan kalian terburu-buru, sampai kalian melihat al-Qasshah al-Baidha’.”
Bukhari mengatakan: “Maksud Aisyah adalah (jangan buru-buru merasa telah) suci dari haid.” (Shahih Bukhari, 1:71).
Terdapat beberapa pendapat ulama tentang makna al-Qasshah al-Baidha’ pada keterangan Aisyah di atas:
Pertama, al-Qasshah al-Baidha’ adalah kapasnya masih utuh putih sebagaimana serpihan batu bata putih. Sehingga maksud perkataan Aisyah adalah jangan kamu terburu-buru menganggap sudah suci sampai kamu melihat kapas yang dimasukkan ke farji itu bersih (tetap putih) tidak ada bekas darahnya dengan berbagai macam warnanya, termasuk sufrah. Penafsiran ini diberikan Ibnu Rajab dan beberapa ulama lainnya.
Kedua, al-Qasshah al-Baidha’ adalah cairan putih yang keluar sebagai tanda berhentinya haid. Tafsir kedua ini merupakan tafsir Imam Malik, az-Zaila’i, dan beberapa ulama lainnya. Sehingga maksud Aisyah adalah bahwasanya tanda sucinya haid itu dengan keluarnya cairan putih. (Mausu’ah Kuwaitiyah 2:12197 dan Syarh Shahih al-Bukhari Ibn Rajab 2:126).
Kesimpulan yang lebih tepat dalam hal ini bahwa makna al-Qasshah al-Baidha’ memuat dua makna di atas. Karena tidak semua wanita memiliki tabiat yang sama ketika haid. Bagi wanita yang memiliki kebiasaan mengalami keputihan paska haid, maka berhentinya haid ditandai dengan keluarnya cairan itu. Sementara bagi wanita yang tidak mengalami keputihan pasca haid maka indikator berhentinya haid adalah kepastian tidak ada lagi cairan yang keluar. Sehingga ketika dibersihkan dengan kapas maka kapas itu masih putih seperti semula. (Fatwa Islam, no. 5595)

Keluar Cairan Setelah Suci

Jika setelah datang tanda suci, dengan salah satu indikator di atas, kemudian muncul cairan keruh atau kekuningan, atau kecoklatan maka tidak dihitung sebagai haid. Sehingga tetap berkewajiban shalatpuasa, sebagaimana layaknya wanita suci.
Ini berdasarkan keterangan Ummu Athiyah radhiyallahu ‘anha, beliau mengatakan:
كُنَّا لَا نَعُدُّ الْكُدْرَةَ، وَالصُّفْرَةَ بَعْدَ الطُّهْرِ شَيْئًا
Kami tidak menganggap cairan keruh atau kekuningan setelah suci sebagai bagian dari haid. (HR. Abu Daud 307 dan dishahihkan al-Albani).
Kesimpulan
Cairan keruh atau kekuningan yang bersambung dengan haid, dihitung sebagai haid. Dan baru dikatakan haid berhenti jika keluar cairan putih atau tidak keluar cairan apapun. Cairan keruh atau kekuningan yang muncul setelah haid berhenti, baik dengan keluarnya keputihan atau sudah tidak lagi keluar cairan.

TAMBAHAN:


Apakah warna darah haid?
Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu;
1. Hitam
2. Merah
3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
4. Kuning
5. Keruh

Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih dan hitam).

Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Aisyah r.a. dalam hadisnya) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.

Bilakah warna kuning dan keruh dianggap haid dan bila pula tidak dianggap haid?

Warna kuning dan keruh hanya dianggap haid pada hari-hari kebiasaan haid. Ini berpandukan kepada hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; para wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih”. (Riwayat Imam al-Bukhari)
Adapun selepas hari kebiasaan haid (yakni pada hari-hari suci), maka warna kedua-duanya tidak dianggap darah haid. Ini berdasarkan kenyataan Ummu ‘Athiyyah r.a. yang menyebutkan; “Kami tidak menghitung warna keruh dan juga kuning selepas suci (yakni setelah habis haid) sebagai sesuatu (dari darah haid)”. (Riwayat Imam Bukhari dan Abu Daud)


Friday, February 22, 2013

Kerana KemuliaanNYA..

6 perkara Allah sembunyikan~~

''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari..



Wednesday, February 20, 2013

Nabi pernah kata; kalau ditimbang iman Abu Bakar dan iman seluruh umat, nescaya lebih beratlah lagi iman Abu Bakar.

Hari ini, kita banyak sangat takut kepada sesuatu yang selain daripada Allah.

Kita lebih rela buat maksiat dari pergi masjid sebab takut orang kata kita baik sangat.

Kita lebih rela bercinta dulu sebelum kahwin sebab takut nak kahwin dengan orang yang kita tak kenal.

Kita takut kalau tak grad dari universiti ternama, nanti orang kata kita bodoh.

Kita takut kalau kita Islamik sangat di tempat kerja, nanti bos kita pecat kita.

Kita takut kalau tak bersalam dengan orang yang bukan muhrim, nanti orang kata kita kuno.

Kita takut nak pandang belakang sebab takut ada hantu.

Kita takut nak turun sawah sebab takutkan pacat.

Kita takut nak bawa kereta sebab takut jumpa pakcik polis.

Kita takut nak pergi hospital sebab takutkan jarum.

Kita takut nak nyatakan kebenaran sebab takut nanti peminat-peminat kita lari.

Kita takut itu, kita takut ini, kita takut kepada macam-macam yang selain daripada Allah.

Jadi memang tak peliklah kalau dibandingkan iman Abu Bakar dengan iman kita seorang, ibaratnya macam ikan paus dengan semut ajelah kan jadinya?


~Ingatlah NERAKA tidak pernah memanggil kita, Tapi kita sendiri yang mendekatinya..
Namun SYURGA sentiasa menunggu kita, Tapi kita yang menjauhi darinya..


Tuesday, February 19, 2013

KEHEBATAN DOA


Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu
bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan
stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara
ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat
menghadap Allah SWT;
"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa
bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.
"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.
"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai
Rabb?" Tanya malaikat lagi.
"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab
Allah.
Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-
ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi
adalah sememangnya benar setelah diciptakannya
gunung-ganang, bumi pun diam kemudian
berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung
dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah
SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat
dari besi.
Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-
ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;
"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"
"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan
panasnya dapat melelehkan besi."
"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?"
Tanya malaikat.
"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api."
Jawab Allah lagi.
"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?"
Sambung malaikat.
"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa
air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.
"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada
semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat
bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-
Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu
mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT
menjelaskan..

(Sumber: Hadis Kudsi).
Pelajaran dari cerita di atas: Gunakan kehebatan doa
untuk ubah nasib kita!





Thursday, February 14, 2013

Jahat tak selamanya jahat,baik x selamanya baik.


Ak join sume
Group jahat2 k .
Sume
Sbb ak pum brasal dr dunie b'sosial . Tp last mase form 3 bulan disember sblum masuk form 4


Jd bile ak masuk form 4
Alhamdulillah tuhan bg hdayah kt ak antare ramai2 kwn ak dlu .
Jd bile ak masok form 4 . Keadaan skul ak teruk
Pengawas d'permain2 kan je oleh murid biase
Jd bile ak tgk kadaan tu
Ak rase bnda ny xleh biar . Ak pum pegi sndiri mtak ngan cg paling bekeng utk jd pngawas sdangkan yg len temu duga . Allah mudahkan pmintaan ak tuh .
Jd
Niat ak jd pngawas nk halang budak2 ni dr b'maharajalela kt skul ak
Pd mulanye
Lepas ak b'ubah len drpd yg len
Kwn2 ak yg nakal2 mule jauh dr ak
Tp mula2 je
Jd start form 4 . Ak slow2 tngal dunie sosial ak .
Cara ak dpt hdayah bile ak dgr nasyid
Tajuk kehidupan oleh nazrey dan fatamorgana .
.
Start drpd tu la .
Bile ak jd pngawas
Rmai kwn2 yg pulau ak .
Ak bwt xtau . Ak terus dgn pngawas dan cegah jenayah yg pnah ak bwt kt skul dlu
Sgale nye ak tau sbb ak sndiri yg bwt dlu
Ak peg cegah dgn lembut je .
N start drpd tu
Ak start dgn tazkirah kt asrama laki
Pd mulenye mmg kene nyenye . Tp bile ak trus bwt2 . Kwn2 ak mula jd len .
Jd hormat skit kt ak . N jd rapat mcm dlu blik
Ak pum pengaruh kwn2 ak sorang demi soranga
Tazkirah ak mcm biase dlm tema sedih je
Tp
Akhir taun form 4
Ak bru jd pngawas dilantk bkal ketue pngawas utk taun dpan
Tp
Akhr taun tu t'jadi satu kesah kwn rapat ak mula dengki kt ak
Die bwt satu demi satu utk memalukan ak
Cg mula pcye pd die
Cume 3org je cg pcye kt ak mase tu
Ak pum jadi malu utk naik trun dr blik guru atau pjabt krane pandangan mereka sudah brubah trhadap ak
Tp akhr last sblum tamat sesi skolah . Sehingga kwn ak tu da jd gler isim
So sume t'bongkar jd cg2 laen mula pcye kt ak blik
Bile masuk form 5
Bilangan pngawas xd . Ak xlarat bwt sorang2

Jd ak pengaruh sume kwn2 ak yg nakal tuh jd pngawas
Start drpd tu la skul da brubah . Budak2 xd wat jenayah sngt melain kn same2 form . Tp dlm skolah ttap peraturan
Ak kwn ngan sume
Ak b'bek ngan sume form 5 laki
Utk dakwah
Sehingga pngawas2 ak ni ad org cari kt luar skolah
Tp ak kabo dh kt kwn2 ak sume . Jgn panggl org luar melainkan ahli pngawas tu sndiri . Setel sndiri .
Tp kadang2 kt skul ak . Asrama ak . Brehi baloh . Katok budok2 hok curi k . Tp kalu ak ad . Mmg ak akn suh setel ngan cra bek . Tp bile ak xd . Wajib kene katok budok tu . Bkn krane ap . Kwn2 ak cume hormat je . Bkn takot . Bleh sngt ramai2 tu nk katok ak tp mustahil utk blaku .
Kadang2 baloh same sndiri . Ak mmg jd btu api utk due belah pihak dlm snyap2
Bia damai .
Ak mmg bwt perancangan pelik2 ikot citarase org yg dlm kejahilan . Cntoh g kt air terjun k . Ap2 la . Tp tjuan tuk rapat hbungan .
Sbb tu . Jngn lari dr org yg jahil atau nakal atau jahat .kite kwn je .
Smpai skrg ak rapat ngan sume .

:cite drpd sorang kenalan saya yang kita boleh amik pengajaran.Hidayah ALLAH itu amat hebat.Menjadikan hambaNYA jd hebat.Persekitaran jd hebat.Segalanya hebat.Jangan lupa,HEBAT itu sebenarnya daripada SANG HEBAT iaitu SANG KALIQ.