Wednesday, August 15, 2012

kerana A..

‎11.52 am…
“Salam enti.. ana ganggu ke? Ana nak tanya soalan boleh??

1.16 pm..
“Enti nak tanya apa td?”

“pernah tak enti mngalami situasi dimana enti SANGAT disayangi oleh seseorang… ana bagi nama A.. Segala kebahagiaan adalah datang dr A.. Namun enti tak dapat menyayangi A sepenuhnya.. cuba.. tapi masih tak dapat.sedangkan enti tahu yg A sntiasa menanti enti, memerhatikan enti dan enti pula terlalu menyayangi M.. Enti memuji, meluahkan cinta tentang M tanpa enti sedari yang A sedang mendengar tiap butir bicara itu.. setiap hari, A memanggil enti, rindu kepada enti, tp enti masih tak dapat nak merasa rindu kepada A sperti enti merindui M.. Sedangkan A boleh melakukan sesuatu yang membuatkan enti rindu padanya, tp A tak lakukan itu.. A hanya biarkan enti terus mencintai M dan A terus membahagiakan enti walau enti jarang berkorban untuk A..”

“tapi.. enti tahu yg enti perlu mencintai A kerana selama ini enti hidup di atas belas ihsan A.. kadang2 enti terpikir, apakah A akan terus ada untuk enti? Atau akan pergi suatu hari nanti.. tp enti tak mampu, tak dapat nak merasai manisnya bercinta dgn A.. sedangkan kalau dgn M ataupun terfikirkan M, sampai boleh menitis air mata.. tp jarang enti menangis andai itu berkaitan dgn A. enti jadi keliru dgn hati sendiri.. kalau boleh, enti mahu supaya dihilangkan semua kasih dan cinta pada M, agar dpt mencintai A, walaupun sedikit..enti ingin merindui A seperti mana enti rindukan M dulu.. tapi enti tak mampu.. sedangkan A akan terus menunggu.. Kadang2 enti lakukan sesuatu untuk A, tapi hati enti tetap teringatkan M.. Sedangkan A tahu semua tu.. pernahkan enti rasa begitu?”

“x pernah…..”

Tak pernah? Itu yg berlaku pada ana dan akhirnya A dapat menjadikan ana cinta padanya.. dan ana asyik teringatkan A dan ia sangat berbeza tatkala ana memikirkan M dulu.. A SEDANG MEMANGGIL ANA DAN RINDU PADA ANA.. ANA PERGI JUMPA A DULU.. NANTI KITA SAMBUNG…

“ Ya Allah… sematkan kasih dan sayang manusia ke atas aku… namun, untukku, aku minta dengan rendah hatinya agar disematkan cinta kepadaMU walaupun sedikit..” “doa yang sama untuk beberapa tahun, tapi hanya cinta manusia yang datang.. tapi.. kita perlu bersabar.. jangan mendesak…

setiap kali aku terkenangkan manusia dengan pantas aku menepis perasaan itu, bukan tidak suka tetapi mengapa jarang sekali aku merasa cinta pd YANG MENCIPTAKAN.. Ya.. pedihnya,…

“Ya Allah.. terasa diri sungguh hina mengapa terlalu sukar untuk aku menghadirkan rasa cinta dan rindu pada DIRIMU seperti mana aku menangis sayangkan manusia.. kenapa KAU titipkan sayangku pada hamba-hambaMU.. sedangkan KAU mampu tuk hadirkan rasa yang sama malah lebih lagi kepada DIRIMU.. Apakah, aku tidak layak untuk CINTA dan RINDU PADAMU? Aku rela,, KAU ambil segala cintaku pada manusia-manusia ini dan gantikan dgn sekelumit kasih padaMU.. Aku tahu Ya Allah.. Kau mendengar rintihanku…

“Hadirkan perasaan sedih.. bukan sedih yang dibuat-buat. Tapi sedih apabila mengenangkan yang Allah tahu taraf cinta kita padaNYA.. Selepas ini, kita akan merasa malu untuk memikirkan M= manusia.. Sebelum A yang memanggil kita pergi dahulu padaNya.. dulu ana tertunggu-tunggu masej dari M, tp sekarang ana tau hanya A yang setia menghubungi kita.. walau kadang2 kita tak balas pun masej rindu dari A.. Dia tetap memanggil kita.. kita rasa sakit bila, masej orang yang kita sayang, dia tak balas.. tapi kita tak pernah kan fikir perasaan A? sedangkan hakikatnya kita yang perlukan DIA…”

InsyaALLAH.. sentiasa putarkan pertanyaan ini dalam minda kita.. DEMI ALLAH.. , ana yakin selepas ini kita takkan sesak nafas kerana memikirkan M, tapi sesak nafas kerana rindu kepada A… Ana dikejut oleh A.. setiap hari tepat pukul 4.26 pagi.. betapa DIA rindukan ana hingga dipagi hari tatkala M yang ana cinta itu sedang tido.. A yang terus setia.. kadang-kadang ana tak pedulikan masej A tu.. dan ana tidur balik.. tp A kejut lagi ana pukul 5.. dua tiga kali.. akhirnya ana terfikirkan semua persoalan ini… YA ALLAH.. butanya mata hati selama ini.. tak tahu mana yang perlu disayangi..

Kadang-kadang untuk mendapat cinta manusia kita terabaikan cinta PADANYA.. Tapi kalau sudah mendapatkan CINTA ALLAH.. Cinta manusia takkan berkurang pun percayalah.. =)
Setiap kali melafazkan sayang pada manusia.. tak kiralah siapa pun mereka.. dengan rela hati suruh diri berkata “AKU LEBIH SAYANGKAN ALLAH DARI KAMU SEMUA.”


Katakan pada hati aku CINTA ILLAHI! ♥

p/s:jom kite same2 beribadah merebut malam 10 akhir ramadhan bersempena mencari malam al qadr..

Sunday, August 5, 2012

How Could You..??!!

Dia selalu dihina dikatakan najis. Juga dikatakan Jelmaan Syaitan.Juga dikatakan malaun. Tak kurang mengatakan dia gila isim.Tapi diamati org yang mengata kepadanya bukanlah ustaz jauh sekali ulama' yang banyaknya mereka sendiri tidak mempunyai peribadi mulia maka tahulah aku...tapi apakah salahnya orang yang aku panggil Tuan Guru ini?

Apa kesalahan beliau...???
Adakah akibat memimpin rakyat Kel
antan dengan syiar Islam????
Adakah akibat memerintah Kelantan lebih 20 tahun dan x pernah disabitkan dengan salahguna wang kerajaan...

Kalu itu salah nya orang itu perlu menyedarkan diri dari diperbodohkan pemimpin mereka yang mementingkan fulus....

Ya ALLAH,hindarilah tok guru kami dari fitnah-fitnah dari golongan ini..!

Ameen.. Takbir!! - Kredit kepada Isma Ramli
 




Tatkala cinta berbisik


Menanti bicaramu menyambut kataku...
Bagaikan puisi mimpi mengindahi lenaku..
Hadir cahayamu menari dimataku..
Lembut jiwa menyambutku..
Mimpi kita bersatu..

 Dan ku mengharap
Sinar hatiku bertemu

Kutiba lagi..
bersama rasa rindu datang bertamu..
Diruang hati kecil yg berbicara..
Ingatilah diriku ini bersama
Kenangan itu...

Walaupun ku lihat bintang-bintang di balik awan..
Gugurnya kebumi menjadi impian

Apa mungkinku melakari memorimu..
Di wajah langit membiru..
Awan putih tintaku..

Bersama kita mengejar rasa sempurna
Walau hakikat ku tahu..
Mimpi tiada bersatu..

Takkan lena walau seketika
Bisikan mimpi pasti berbicara
Tak pernah jemu menanti dirimu
Hingga kau menjelma.....

.Laksana langit mencengkam purnama..
Ibarat mutiara di lautan biru..
Saujana mata memandang..
Seluas langit terbentang..
Tatkala cinta berbisik..
Suaranya memuji TUHAN..
Apabila rindu terusik..
Rasulnya menjadi pilihan..
Sampai masa cinta jadi taruhan..
Sang Putera menjadi impian..

Friday, August 3, 2012

Say love to allah..owayss..

Jika kau MENCINTAI aku MAKA ketahuilah aku akan MATI dan menghampakan mu,
Jika kau MENYAYANGI aku MAKA ketahuilah aku akan MATI dan meninggalkan mu,
Jika kau MENGINGATI aku MAKA ketahuilah aku akan MATI dan melupakan mu,

TAPI…

Jika kau MENCINTAI ALLAH MAKA ketahuilah ALLAH itu KEKAL dan akan membalas cintamu,

Jika kau MENYAYANGI ALLAH MAKA ketahuilah ALLAH itu KEKAL dan akan mengasihanimu,

Jika kau MENGINGATI ALLAH MAKA ketahuilah ALLAH itu KEKAL dan akan mengingatimu,

MATI ITU PASTI,HIDUP INSYAALLAH~LAKSAMANA SUNAN~