Monday, October 31, 2011

Jika diri bercinta...

Jika Bercinta, Masa Bersama Rasa Sekejap, Tak Puas, 
Jika Bercinta, Panas Tak Terasa Walau Tiada Bumbung,
Jika Bercinta, Bercakap 3 Jam Terasa 3 Minit,
Jika Bercinta, Nak Jumpa Akan Pakai Wangi2, Cantik2.
Jika Bercinta, Apa Diminta Diusahakan Sebaik Habis.
Jika Bercinta, Taat Setia, Sanggup Menunggu Lama.
Jika Bercinta, Asik Teringat Kata-Kata, Asik Teringat Dalam Hati....

Itu Fenomena Normal Bercinta Lelaki Dan Wanita... Kenapa Tidak Begitu Apabila Bercinta Dengan Allah Swt?

Jika Bercinta Dengan Allah Swt, Solat Tak Rasa Berat, Tak Puas Solat Wajib, Tambah Pula Solat Sunnat, Solat Malam.

Jika Bercinta Dengan Allah Swt, Keluar Berdakwah Menyebarkan Agama Islam, Panas Terik Padang Pasir Boleh Tahan, Apatah Lagi Panas Terik Malaysia Yg Byk Wap Air Humidity Tinggi.

Jika Bercinta Dengan Allah Swt, Mulut Sentiasa Berzikir, Hati Sentiasa Berzikir, Sentiasa Berkomunikasi Melalui Doa-Doa..

Jika Bercinta Dengan Allah Swt, Nak Solat Akan Pakai Wangi2, Cantik2, Kemas2,

Jika Bercinta Dengan Allah Swt, Apa Sahaja Suruhan Allah Swt Akan Dituruti Walaupun Tak Selari Dengan Nafsu Dan Kehendak Peribadi.

Jika Bercinta Dengan Allah Swt, Taat Setia, Sanggup Berkorban Apa Sahaja Demi Suruhan, Larangan, Permintaan, Saranan Dari Allah Swt Di Dalam Al-Quran

Jika Bercinta Dengan Allah Swt, Asyik Teringat Ayat Al-Quran Yang Merupakan Kalamullah, Kata-Kata Allah Swt Melalui Kitabnya.

Realitinya, Betulkah Cinta Kita?


Friday, October 28, 2011

al-kissah pemberi sadaqah..

Hadith :
Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “ Seorang lelaki berkata : “Demi Allah saya akan memberi sedekah. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “ Telah diberi sedekah kepada pencuri. Si pemberi itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina. Pada pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina. Orang tersebut berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah saya akan memberikan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada orang kaya. Orang itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya. Kemudian datanglah seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu berkata kepadanya : “Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah berikan kepadanya.”

(al-Bukhari dan Muslim)


Friday, October 21, 2011

ALLAH TIDAK BERJANJI kepada kita :

ALLAH TIDAK BERJANJI kepada kita :

KEHIDUPAN tanpa KESAKITAN
KEGEMBIRAAN tanpa KESEDIHAN
CAHAYA MATAHARI tanpa HUJAN
...
Tetapi ALLAH BERJANJI kepada kita :

KEKUATAN menempuh KEHIDUPAN
KETENANGAN disebalik KESEDIHAN
dan CAHAYA-Nya untuk CARA HIDUP kita ..~



☆彡kadang2 HATI kering tnpa sinar hidayah drpdNYA..Oh IMAN...jgnlah tinggalkan HATI...HATI sayang IMAN...andai IMAN pergi tgglkn HATI, pasti HATI terluka...IMANlah penawar HATI...kernamu IMAN..HATI mengenal Sang Pencipta YG MAHA PENGASIH..yg telah mgurniakan IMAN pada HATI...IMAN, HATI perlukan mu IMAN...Ya ALLAH, peliharalah IMANku ini Ya ALLAH...IMANlah sbaik2 teman yg indah skali buat HATI ☆彡



Wednesday, October 12, 2011

Al-Khansa bin Amru

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :
“Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingkuke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku.”
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dna dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.
Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam.
Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, “Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahwasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa.”
Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung.” Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata, “Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal.”
Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik saja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .
Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,
“Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi.”
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,
“Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah.”
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,
“Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi.”
Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,
“Bukanlah aku putera Khansa’, bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana ‘Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku.”

Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil saja yang dapat menyelamatkan diri.
Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahwa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,
“Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!”
Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan ‘Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid.”

Friday, October 7, 2011

Sabda RASULALLAH S.A.W yg meriwayatkan oleh imam al hakim sari jabir r.a :"sebaik-baik kamu ialah yang panjng umurnya serta baik amalannya."

ok..sesapa hari nie berdays dia ,sye ucap selamat panjang umur..dan..remember!umur itu amanah.Akan ditanya kemana ianya digunakan ..syukurilah ni'mat umur dengan kebaikan yea..

korang..seyesly,aq heppy sangat ade sahabat cam korang..terharu..sedih..gembire..sumenyer dalam satu perasaan.malam tadi mesej yang korang send,betul2 buat aq senyum sampai siang taw..x pernah aq rase camni..ngeh3..
:to aisyah,jannah,ibah,knah,nik,piqoh,wana, eyna dan lain2 syukran banyak2..may ALLAH always bless all of u until die..

Persahabatan yang indah dihiasi perbagai "ber"
bergurau
bertekak
bertengkar
berebut
bergaduh
dan bermacam2 "ber"lagi yang mencuit hati..
"ber" yang mampu menghadirkan segaris senyuman saat diri leka di buai kenangan..
"ber" yg kadangkala x mampu membendung tangis,
namun
segala yg "ber" lalu dulu andai pernah dipalit walau secalit kesalahan yang
"ter"sengaja
terlanjur
terlajak
tersasul
terkasar
terkutuk
dan apa2"ter" yang mengguris ,
maafkan ..
semoga kita saling bahagia dan membahagiakan ..
semoga yang terjalin bukan sekadar kenangan..
semoga ukhuwah yang dibina berkekalan sehingga akhir hayat..

cOz i belive..



When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him
You’re always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day
Coz
I believe
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared with him
So full of light and blessings
You’re always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace
I believe I believe, I believe I believe

Thursday, October 6, 2011

Exam...ohh exam..

Assalamualaikum ya akhi wa ukhti..haha..cam lagu pulak..hope korang sihat la sumer..rase cam da lame x pos apa2 yang berfaedah..tup-tup update tulisan sendiri yang ayat terabur..kan3?..kadang ,zz rase x dop orang pown nak bace..hehe..tapi ,saye taw ada jer yang bace..betol x..?mesti tak kan..^^

exam mengejut minggu depan membuatkan saye tersentak sangat2..kecoh sekejap perhimpunan bilamana cg umumkn kitorang pekse rabu depan..perghhh..dah la cakap last minit..mau berenti jantong sye time tu..tapi,kawan cepat2 bagi CPU..haha..x la...hope korang doa2kan la ea semoge sye mudah jawab..first time dalam hidup sye ,sye take care sgt2 pasal pekse..sebelum nie tak penah pown.nie ade kata2 untk saye dan sahabat2 sye sumer yg bace..

                                                               

Dari Abu Hurairah .a bahawa nabi SAW telah bersabda: "Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan." Lalu baginda ditanya oleh seseorang: "Apa maksudnya meminta dicepatkan?" Jawab baginda: "Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya: "Aku telah berdoa. Aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa."

(Muslim)






apa-apa pown doa adalah senjata orang mu'min,,right..?ok la..eh..nanti2..erm,yang akan menghadapi ujian jugak jawab baik2 jer la yea..


usaha+tawakal=kejayaan fid dunia wal akhirah..^^
.