Friday, April 25, 2014

Kemuliaan VS Kehinaan

Nabi SAW,
Menangis kerana KAMU,
Dipukul kerana KAMU,
Dipulau kerana KAMU,
Disakiti kerana KAMU,

Diceraikan anak perempuannya kerana KAMU,

Adapun kamu berasa MALU dengan SUNNAH Baginda SAW..
Kamu MALU menzahirkan SUNNAH Baginda SAW..
Kamu malu kalau sesiapa bertanya,"Apa yang kamu lakukan"..
Kita malu untuk menyimpan janggut,
Berpakaian singkat (Sunnah Baginda),
Berjalan seperti jalannya Baginda SAW,
Berkata-kata seperti kata-kata Baginda SAW,
Menghafal hadis-hadis Baginda SAW,
Memuji perwatakkan dan sifat Baginda di kalangan orang bukan Islam,
Kita MALU untuk MENYERU kepada Islam sepertimana Baginda SAW,
Kita MALU untuk memberi PERINGATAN kepada manusia sepertimana Baginda SAW mengingatkan manusia kepada Allah SWT,
Kita MALU daripa MENYERU manusia mengikuti Sunnah Baginda SAW..
Kita MALU dengan SUNNAH Baginda SAW yang mana Baginda HAMPIR untuk DIBUNUH berkali-kali disebabkan KAMU,
Hakikatnya Baginda meninggalkan dunia ini (wafat) dibunuh dengan bisa racun.. Keatasnya selawat dan salam..
Kerana KAMU!..
Kerana KAMU!..

Ketika hendak meninggalkan dunia ini, Baginda MENANGIS..
Lalu ditanyakan, "Kenapa engkau menangis Ya Rasulullah?"
Baginda SAW menjawab,
"Aku berharap kalau aku dapat melihat saudara-saudaraku"
BAGINDA SAW BERCITA-CITA UNTUK MELIHAT KAMU!!..
TETAPI alangkah MALUNYA Baginda SAW bilamana Baginda melihat aku, engkau dan kita semua MEMBUANG SUNNAH Baginda SAW di bawah TELAPAK KAKI kita..
Kita merasa JANGGAL melakukan SUNNAH Baginda SAW di khalayak ramai..
Kita MALU untuk MEMUJI Baginda SAW di hadapan manusia..
SEBALIKNYA kita menghiasi diri dan berbangga dengan sunnah orang KAFIR.. dan kita memandang cara mereka (orang kafir) lebih baik dari hati kita dan sempurna di mata kita berbanding SUNNAH NABI SAW
Sesetengah manusia wahai saudaraku yang dimuliakan, bila kita berbicara bab JANGGUT contohnya mereka akan kata "Wahai Syeikh,
benda ini hanyalah sunnah"..
Baiklah, aku akan beritahu kamu APA ITU SUNNAH!!..
SUNNAH!!..
Tapi kenapa ada sebilangan pemuda meletakkan gambar seseorang pada baju mereka yang aku tidak mahu sebut namanya di dalam rumah Allah ini.. Bila aku bertanya kepada mereka, "Kenaka kamu letak gambar orang ini (che guevera) pada baju kamu?"
Maka dijawab mereka, "Wahai Syeikh, dia ini adalah lambang kebebasan."
BETUL!! dia lambang kebebasan. bahkan dia juga LAMBANG PENZINA.. dan LAMBANG PEMINUM ARAK!!..
Maka kamu berasa bangga dengannya??? Akan tetapi kamu tidak merasa bangga dengan SUNNAH NABI SAW???
Kenapa kamu tidak menyimpan JANGGUT? sebab nanti akan akan ada yang bertanya mengapa kami menyimpan JANGGUT? Nanti kamu boleh berkata inilah lambang kebebasan dan kemuliaan. Juga LAMBANG SUNNAH BAGINDA MUHAMMAD BIN ABDILLAH SAW..


No comments:

Post a Comment