Friday, July 29, 2011

~Aku Tahu Bila ALLAH Mencintaiku, Iaitu Saat Aku Membenci Segala Kejahatanku..~♥~

kadang2.. kita rasa macam nak nangis.. nak marah.. nak bersendirian.. rasa sumting wrong dgn diri kita.. dalam sedar atau tidak, kadang2 kita terlupa yang jauh kat lubuk hati kita, ada sesuatu yang dipanggil iman yang sedang merintih2.. menangis2 kerna dipinggirkan..

so, bila mana kita rasa sedih, rasa nak menangis... just let it be.. ambil wudhuk, duduk kat tikar solat... dan menangislah pada Allah... minta pada Allah beri ketenangan pada hati kita... mudah2an selepas kita menangis, Allah alirkan rasa tenang yang menyerap ke seluruh urat saraf dan nadi kita... menangislah pabila sedang bersendirian dengan Tuhan... ^_~ ~♥~
----

Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan itu adalah HATI, disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian berganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan berjiwa bersih. Hati ini seolah berbisik...


No comments:

Post a Comment