Thursday, April 14, 2011

Teman,aku ingin...

Teman tersayang..
aq ingin kita seperti ABU BAKAR as SIDDIQ..
Persahabatan terjalin kerana al-khaliq..
Harta di korbankan bukan sedikit..
Cintakan kebenaran sanggup bersakit..


Serta tawakkal Ibrahim mulia..
ketika meninggalkan tercinta..
di bumi tandus tanpa bicara..
menyakini ALLAH sebagai penjaga..


Aq impikan antara kita seorang UMAR..
berdiri tatkala tunduknya manusia..
bersuara tatkala diamnya mereka..
menggerunkan musuh durjana..


Serta senyuman SYED AQ-QUTB..
ketika berhadapan tali maut..
akidah mantap tidak terenggut..
roh dakwah tidak surut..


Aq ingin kita seteguh IBNU ZUBBAIR..
menahan panahan Hajjaj dengan rela ..
bersama si ibu tua..
lantas syahid ,rohnya ke syurga..


Marilah kita menyemai benih HASSAN AL BANNA..
fikrahnya bersih menggegarkan dunia..
merelakan dirinya dimamah peluru..
demi menegakkan kalam ALLAH DAN RASUL..


Aq cintakan pemuda GIFFARI..
menentang kezaliman walaupun diancam..
moga kan lahir lagi di abad ini..
jiwa jitu pemuda yang tidak pernah suram..


Aq ingin kita sepemaaf YUSOF..
tetap mencintai saudaranya..
walaupun di humban ke perigi tua..
terpisah dari ayahnda bertahun lamanya...


"..bertemu cinta dalam halaqah..
   hidup lebih indah terarah..
   menyulamkan tautan hati..
   kerana ILLAHI.."


  Terpaterilah ikatan AKIDAH
"..wajiblah cintaku bagi orang2 yang berkasih sayang keranaku.."Hadis Qudsi..n__n

No comments:

Post a Comment