Friday, April 1, 2011

Ketua Polis sahkan video seks adalah tulen ..?




Seperti yang telah dijangka, Ketua Polis Negara hari ini mengesahkan bahawa video seks yang melibatkan lelaki mirip Anwar Ibrahim adalah rakaman yang tulen dan bukan dipalsukan.[Msian Insider]. Sebelum ini Yusry KRU pernah mengeluarkan kenyataan bahawa video sepanjang 20 minit itu agak mustahil untuk dipalsukan. Maka apa yang ingin diketahui oleh rakyat, siapakah pelakon yang terlibat di dalam video seks tersebut?

Nampaknya, rakyat tidak akan didedahkan tentang identiti pelakon video tersebut yang memiliki wajah mirip Anwar Ibrahim memandangkan sebelum ini Ketua Sekretariat Polis Bukit Aman Deputi Komisioner Datuk Ghazali Mohd Amin berkata pihak Polis tidak akan menyiasat Anwar Ibrahim kerana tiada tanda-tanda berlakunya jenayah [Msian Insider].



Nampaknya pihak Polis sukar untuk membuktikan bahawa lelaki yang berlakon di dalam video tersebut benar-benar adalah Anwar Ibrahim, jika mereka ada bukti bahawa Anwar Ibrahim benar-benar lelaki yang berlakon di dalam video tersebut, tak sempat anda bangun dari tempat duduk Anwar pasti sudah ditangkap. Bukankah Jabatan Agama Islam boleh mendakwa Anwar Ibrahim atas tuduhan zina? Malah ini adalah peluang untuk memberikan "checkmate" kepada Anwar Ibrahim jika beliau benar-benar terbukti sebagai pelakon video lucah tersebut

Isu ini juga dilihat jelas membahayakan Barisan Nasional, memandangkan perang persepsi ini hanyalah akan "overkill" Anwar, sekaligus menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang sering menyerang Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal seks.



RentaP© "Masih menunggu pendedahan video seks Anwar Ibrahim dengan binatang dan tumbuh-tumbuhan"

No comments:

Post a Comment