Friday, April 15, 2011

pesanan buat wanita islam

pesanan buat wanita islam
ratuku..
ingin ku luahkan apa yang sudah lama ingin ku luahkan
tentang kebimbangan ku ini
tatkala melihat bunga-bunga berguguran
dipetik tangan-tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah..
ratuku..
kebimbangan ku ini
masih menebal
apabila ku dengar
dengungan kumbang perosak
yang cuba menyedut madu mu
walau tanpa rela mu
ratuku..
kebimbangan ku bertambah lagi
bila ku melihat
bunga yang tidak segan silu
melampiaskan kecantikannya
ketika sedang mekar
melupakan kuntuman
yang sebelum ini melindunginya
ratuku..
aku masih terpinga-pinga
masih wujudkah lagi
ratu idaman hatiku
kerana apa yang ku lihat 
hari ini
semakin banyak bunga-bunga gugur
bagaikan tibanya musim luruh
ratuku..
bukanlah ku harap kau se gigih siti hawa
yang berlari-lari
antara safa dan marwah
bukan juga  setia ainul mardhiah 
menanti kekasih di pintu syurga
ratuku..
akuilah hakikat yang tersurat
engkau bukanlah siti khadijah
mahupun siti fatimah
engkau bukan aisyah
bukan juga rabiatul adawiyyah 
wanita suci terpuji
kembang mekar mewangi
sehingga harum melewati pintu-pintu syurga
jangan kau risau ratuku
kadangkala musim berganti
sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar
tapi..
itu hanya ujian buat mu
ratuku..
esok musim bungan pasti akan tiba
dan kau akan mampu berkembang lagi
jagalah kelopak mu itu
jangan sampai tangan-tangan kasar memetik mu lagi
jangan goda kumbang-kumbang yang menghisap madu mu
jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan seri mu
kerana kau ratu idaman kalbu ku....

No comments:

Post a Comment