Wednesday, October 24, 2012

Andai Dipinjam Perasaan Itu Untuk Seketika..


Teringat tangisan dan kerisauan seorang ustaz pada tahun 1998.

Seorang ustaz yang belajar di Pakistan. Saya sempat bersama dan bersafar dengan beliau selama sebulan. Setiap hari beliau sangat tekun dalam usaha memujuk pemuda dan ustaz-ustaz dalam memakmurkan masjid. Sifat rendah diri dan kasih sayang sangat terserlah.Saya ingat masa dia dimarahi seorang ustaz juga. Beliau hanya mendengar selama 2 jam tanpa balas, macam orang bodoh dan tak reti. Jika dari segi ilmu dan pendidikan jauh lebih dari ustaz yang sibuk marah tadi. Malah melayan dengan memberi air dan makanan kepada ustaz tadi tanpa menjawab sepatah.
Apa yang sangat menyentuh hati saya beliau hanya tidur sekejap dalam sebulan itu. Kadang-kadang kami jumpa pemuda dan rumah-rumah pakistan yang bujang sehingga 1 pagi. Balik saya terus tidur.
Tapi ustaz tadi sibuk dengan solat dan menangis. Beliau solat 2 rakaat kemudian menangis. Kemudian beliau akan pusing masjid. Kemudian solat 2 rakaat dan menangis. begitulah sehingga pagi. Begitulah keadaan beliau sehingga hari ini.
Ya ALLAH bagaimana keadaan kita hari ini. Beliau pernah berkhidmat dengan Syeikh Abdul Wahab selama 2 tahun. Dikatakan begitulah amalan syeikh Abdul Wahab, solat menangis dan berpusing-pusing kesana sini kerana kerisauan atas umat ini.
Syeikh Ilyas RAH, dikatakan menangis begitu teruk sehingga orang sangka ada binatang buas. Bunyinya sangat dahsyat..
Bagaiman keadaan kita, adakah kita menangis untuk umat ini? risau keadaan agama kita?
Kerisauan seorang Dai atas umat Nabi dan manusia ialah seperti seorang ibu yang yang kehilangan anaknya. Mereka resah tidak boleh duduk diam dan menangis setiap waktu. Bagaimana keadaan kita?
Ya Allah kurniakanlah kepedihan dan kesedihan atas keruntuhan agama dalam hati-hati kami dan umat ini seperti hati Nabi Saw dan sahabat r.hum- 


#farhi

No comments:

Post a Comment