Sunday, December 5, 2010

~PERIBAHASA MODEN~
1)Ibarat menyapu balai polis…        Bermaksod sengaja mencari nahas tak memasal @ wat kerja tetapi tak kena dengan tempatnya dan akhirnya menyusahkan diri sendiri.....

2)Bagai henpon dengan topap...
       Bermaksod sering memerlukan di antara satu sama lain.Ye la kalau ada hanpon tapi takde topap tak guna jugak.Lain le kalau pakai henpon botol air.....

3)Seperti memakai henpon canggih di tempat takde line...
       Bermaksud berlagak tak kena tempat @ nak menunjuk-nunjuk kat orang tetapi takde orang nak tengok....

4)Seperti mat rempit di depan polis...
         Bermaksud orang yang hanya pandai berbuat baik di depan orang(dalam kata lain hipokrit)tetapi berperangai di sebaliknya sebaik sahaja berpaling...

5)Ibarat kereta canggih dengan lampu isyarat...
        Bermaksud sehebat manapun seseorang itu tetap akan tewas dengan peraturan yang dibuat oleh manusia...

6)Tak dapat bayar hutang bank .Ah Long dipersalahkan...
         Bermaksud orang yang suka menyalahkan orang lain walaupun sendiri yang salah...

7)Marahkan bini boikot makan nasik...
         Bermaksud orang yang keras kepala @ degil tetapi enggan mengaku kesilapan yang dibuatnya dan sanggup menyusahkan diri sendiri...  ~peace~                                                                                                                          

No comments:

Post a Comment