Sunday, December 5, 2010

~pesanan bonda~
Maka adanya telah berperi sang bonda kepada anakandanya pada suatu hari.Akan dendang pesanannya adalah seperti arakianlah bunyi ingatannya.Semoga dapat juga menjadi panduan sekalian yang ada hendaknya...
Duhai anakandaku ,jikalau tak tertanggung engkau menahan kesedihannya usahlah dipendam di dalam hati nescaya matilah jiwamu kelak ,merana badan.hendakalah engkau menangis semahunya kerana ia dapat mengurangkan rasa gundah gulanamu serta mengurangkan gelisah dirimu tapi jangan overdos sangat nanti orang kata mengada pulak..

Akan jika anakanda bergembira suka,tidak meengapa kalau hendak bergembira tertawa sampai tercabut anak tekak jugak adanya selagi tidak sampai mudarat .kelak yang rugi ekau jugak jika ditahan ke wad giler..

Jikalau jika rasa meluap amarahmu bagai tak tertahan lagi maka hamburkanlah dengan cermatkerana jika didiamkan maka menjadi bak api di dalam sekam ,membakar dalam diam .Namun berpada –padalah dalam meleskan amarahmu ,jangan anakanda pikerkan marah anakanda sorang jer.Silap ari bulan keluar sokabar front page berita anakanda menetak orang dan orang menetak semula anakanda..

Tetapi andainya wujud perasaan malu dalam sanubarimu wahai anakandaku maka berhati-hatilah.Pilih langkah yang bijaksana ,usah pulak anakanda berani mempamerkan perasaan malu yang  terlalu over .nanti dikata dek orang ..”anak sapelah ni?”buat malu BONDA jer..~peace~

No comments:

Post a Comment