Thursday, March 31, 2011

Kelebihan SELAWAT..

Telah berkata sesetengah ahli 'Arif-Billah:

        Pada suatu malam sesudah menunaikan solat Isyak ,apabila aq duduk bertasyahhud aq terlupa berselawat ke atas NABI SAW..Aq bermimpi pada malam itu ,Rasulallah SAW telah menemuiku lalu berkata,"Wahai fulan !Mengapa engkau tidak berselawat kepadaku malam ni?"..

      "Aq terlupa ,aduhai RASULALLAH SAW ,"kata orang 'Arif itu, "Dek kerana terlalu banyak memuji ALLAH dan bertahmid kepada-NYA.."

      "Tidakkah engkau tahu bahawa ALLAH SWT tidak akan menerima segala pujian kepada-NYA ,melainkan dengan berselawat kepadaku?"..tanya RASULALLAH SAW..

     Aq tidak dapat menjawab apa2 pun..

    Lalu RASULALLAH SAW berkata lagi,"Lupakah engkau firman ALLAH SWT :SESUNGGUHNYA ALLAH DAN PARA MALAIKAT-NYA BERSELAWAT KE ATAS NABI.MAKA WAHAI ORANG 2 YANG BERIMAN ,BERSELAWATLAH KEPADANYA DAN BERTASLIMLAH <MEMBERI SALAM>DENGAN SEBAIK-BAIKNYA!"{SURAH al-AHZAB:56}

   Lalu aq tersedar daripada tidurku itu,dan aq menuliskan beberapa bait syair ini:

        
     Berselawatlah ke atas siapa yang sungguh menggembirakan beritanya...
     Suku Bani Hashim yang sungguh mulia keturunannya...
     Dialah Nabi yang benar yang sudah tersebar peratusannya...
    Kepada sekalian makhluk tidak kira siapa pun dan sudah terkenal keutamaannya...
     Dialah satu-satunya Rasul yang berdatangan sekalian raja kepadanya ...
     Menjunjung perintah kerana mengharapkan keberkatannya...
    Dialah penawar hati membawa cahaya kepada alam keseluruhannya...
      Yang sakit menjadi sembuh dan yang bengkok dialah yang meluruskannya..
       Dialah orangnya yang hingga Pemilik Arasy berselawat ke atasnya..
    Setiap matahari terbit dan setiap burung bernyanyi di atas pepohonnya..



اللهم سلم على سيدنا محمد                                                




    

No comments:

Post a Comment