Tuesday, August 23, 2011

Kata-kata Ya rabi’ah adawiyah dalam bentuk alunan puisi...

Ya tuhanku!
Tenggelamkanku dalam mencintai-mu,
Sehingga tiada suatu yang dapat memalingkan aku dari-mu,
Kekasihku tidak menyamai kekasih lain biar bagaimana pun,
Tiada selain dia dalam hatiku mempunyai tempat mana pun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatan dan peribadiku sekali pun,
Akan tetapi, dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun..

Aku mencintai-mu
Oh, tuhan tercinta
Dengan cinta yang penuh kesenangan
Kerana engkaulah yang layak untuk dicintai
Adapun cinta hawa
Maka aku sibuk mengingati-mu daripada yang lain
Kuharap kau bukan tabir untukku
Sehingga aku dapat memandang-mu
Maka ujian yang ini dan itu bukan untukku
melainkan hanya untuk –mu...

dipetik dari: buku ( ya ALLAH! Aku tidak layak untuk SYURGA-MU,
namun aku juga aku takut azab NERAKA- MU..)

No comments:

Post a Comment