Tuesday, August 16, 2011

Separuh Sedar..?

sedar tak sedar.
dah separuh bulan kita berpuasa.
lagu raya makin rancak disini sana.
semua mula countdown bila nak raya.

sedar tak sedar.
discount dipasaraya buat kita rambang mata.
nafsu mula bermaharaja.
yang itu mahu, yang ini suka.

sedar tak sedar.
lailatul qadar makin hampir mendekat menyapa.
makin excited patutnya rasa.
makin bersungguh tingkat amal kita.

tapi sedar tak sedar.
masjid mula hilang jemaahnya.
ramadhan mula hilang hangatnya.
bahang raya mula dominate rasa.

silalah sedar wahai diri..
mari kita duduk sebentar.
muhasabah diri koreksi jiwa.
kualiti ramadhan kita bagaimana?
jangan cuma lapar dahaga.
apa khabar iman didada?
jangan berkurang menipis pula.

ya Allah ampunkan aku. terimalah puasaku.. juga temukan aku dengan Lailatul Qadr-Mu..



No comments:

Post a Comment