Thursday, June 23, 2011

buatmu para wanita..~

Buatmu para wanita,
Senyummu semanis madu,
Ditatap dijaga,
Dibelai disayang sang lebah,
Makin payah digapai,
Makin ramai yang memburu...

Buatmu para wanita,
Dirimu tersimpan seribu rahsia keindahan,
Dari helaian hujung rambutmu,
Hinggalah kehujung jari manismu,
Semuanya cukup menawan,
Ilham yang penuh kerahsiaan...

Buatmu para wanita,
Dirimu bagaikan Hawa,
Melengkapi hidup si Adam.
Dirimu bagaikan Zulaikha,
Yang memburu cinta si Yusuf.
Dirimu bagaikan Khadijah,
Sayap kiri buat perjuangan Rasulullah,
Menjadi sejarah cinta teragung buat seorang mujahid...

Buatmu para wanita,
Dirimu bak bidadari,
Menghiasi taman-taman syurga.
Dirimu bak bunga yang mekar,
Subur ditaman larangan...

Walau seribu kata terungkap,
Keindahanmu tiada bandingan,
Mahalnya emas kerana beratnya,
Cantiknya permata kerana kilauannya,
Indahnya seorang wanita pada akhlaknya,
Sempurnanya seorang wanita pada kerendahan hatinya,
Agungnya seorang wanita pada pengorbanannya,
Lembutnya seorang wanita pada kasihnya...

Sesungguhnya wanita adalah perhiasan didunia,
Dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah...
Biarlah hanya yang layak menjadi milikmu,
Bahagialah kalian dengan cinta hakiki,
Kerna diri ini juga seorang wanita...

No comments:

Post a Comment