Thursday, June 2, 2011

Teka Teki IMAM AL GHAZALI

Teka-Teki Imam Al-Ghazali
Imam Al-Ghazali: Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid 1: gunung
Murid 2: bumi 
Murid 3: matahari
Imam Al-Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang besar sekali HAWA NAFSU (Surah Al-A'raf : 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Al-Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Dedaun
Imam Al-Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Al-Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Imam Al-Ghazali: Semua jawapan kamu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Imam Al-Ghazali: Apa yang paling tajam di dunia ini?
Murid-murid dengan serentak menjawab: Pedang
Imam Al-Ghazali: Itu benar. Tetapi yang paling tajam di dunia ini ialah LIDAH MANUSIA. Kerana lidah manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai hati saudaranya sendiri.
*******************************************
Sekadar untuk renungan dari Hamba Allah yang tidak seberapa ini .. =)
Islam boleh!!

PEACE NO WAR..HEHEHEH

2 comments: