Monday, July 25, 2011

Secebis Keinsafan..~




Muhasabahlah diri seandainy tika dkelilingi tangisan org lain usai solat,berzikir & mbaca al Quran,kita hnya tmangu2 mlihat & bermonolog sendiri,

"Mgapa mrka smpai menangis? Sdang aku sedikitpun x mrasa sedih?"

Tatkala itu,mnangislah krna x mampu mnangis krn bimbang ALLAH SWT sudah 'menutup hatimu' dari mrasakan kehangatan cinta, kasih dan rindu kepada-NYA.

Menangislah, krn hakikatnya jiwamu sdg mnderita 'sakit'!

Orang yang berfikiran tinggi banyak memperkatakan tentang ilmu, orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan tentang peristiwa, dan orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan tentang diri sendiri.


✿ WANITA yang BERTUDUNG belum tentu baik *~
~* Tapi wanita yang baik sudah tentu bertudung ✿

✿ ORANG yang SOLAT belum tentu baik *~
~* Tapi orang yang baik tentu akan solat ✿



Hati itu milik Tuhan bukan milik kita. Dan Allah sahaja yang mampu menguasai hati manusia. Hati itu pula sifatnya adalah terlalu unik, berbolak balik, liar dan maknawi. Kembalilah pada Ilahi lalu hati itu akan kembali kepada fitrahnya yg suci.


Perjuangan itu ibarat TIRAM di lautan..Dihiris pepasir TERCALARLAH ia,Sungguhpun TERLUKA tapi DIPENDAM,Sungguhpun PEDIH tapi DISIMPAN,
Akhirnya dibalas MUTIARA berharga.. 


‎"Zikirnya ALLAH kepada hamba-hambaNya adalah dengan mengurniakan keampunan terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan.Maka apabila seseorang hamba berzikir kepadaNya,Dia menyambut zikir hambaNya itu dengan kurniaan keampunan." Berzikirlah mengingati ALLAH,kerana dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang..~




3 comments: